Begitulah kerasnya semangat dan ancaman tentera Yamtuan Antah ketika memerangi British yang datang ke Sungai Ujong, lebih-lebih lagi selepas berita kebangkitan Melayu di Perak hingga membunuh Residen Perak ketika itu, JWW Birch sampai ke Seri Menanti, membakar semangat Yamtuan Antah untuk memerangi British yang tiba di Sungai Ujong.
Maka setelah British serik dihambat tentera Melayu yang diketuai Yamtuan Antah sehingga ke rumah Residen British dan ke Rasah, British membuat risikan tentang kelengkapan persenjataan Melayu sebelum membuat serangan balas bagi mematahkan kemaraan tentera baginda Yamtuan Antah bagi memastikan mereka tahu apa yang bakal mereka hadapi sebelum menyerang Paroi pada 1875.
Hasil risikan British mendapati bahawa Yamtuan Antah memiliki tentera yang lengkap bersenjata api (tetapi model lama), sejumlah kecil ‘Snider rifle’, memiliki bengkel senjata api di Seri Menanti serta mendapat bekalan belerang dari Pahang.
Dinyatakan (lihat gambar) juga bengkel senjata baginda mengubahsuai (downgrade sebenarnya) senjata dari jenis ‘percussion’ kepada jenis ‘flintlock’ kerana kekurangan peledak untuk diletakkan di belakang peluru bagi senjata jenis percussion.
Dinyatakan di bawah juga ialah bilangan rampasan senjata selepas British mengalahkan Yamtuan Antah (baginda berundur dan berlindung di Johor) . British menyatakan bahawa bilangan sebenar senjata api Melayu dipercayai lebih besar dari rampasan.
Gambar di atas adalah raifal percussion type Snider rifle (breech loading), model tahun 1864, kemungkinan ada di dalam pemilikan tentera Melayu hasil rampasan perang dalam pertempuran sebelumnya
Gambar di atas pula ialah Snider rifle yang sama, menunjukkan mekanisme ‘percussion’ (tukul mengetuk bahagian belakang peluru).
Gambar terakhir pula menunjukkan kelongsong peluru Snider rifle dan buntut peluru (caps) dengan bahan peledak padanya.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih