Ada orang buat lawak kata Russia buat vaksin pun lagi cepat dari Joe Biden (calon Parti Democrat bagi pemilihan presiden US 2020) memilih calon naib presiden.
Dan beberapa jam yang lepas berita tu, Biden pun menamakan Senator Kamala Harris sebagai running mate dia.
Selalunya yang bertanding dalam pemilihan presiden US ni samada governor atau senator. Bill Clinton & George W. Bush governor. Obama, Hillary Clinton & Biden bekas senator.
Senator US tak macam senator Malaysia, diorang dipilih menerusi PRU & ada kuasa muktamad meluluskan RUU.
Kamala Harris mula-mula pun bertanding nak jadi calon presiden, tapi disebabkan sambutan suam-suam kuku maka dia berundur diri sebelum primary parti Democrat bermula awal tahun ni (primary ni pemilihan awal untuk menentukan calon presiden mewakili parti).
Dulu tahun 2008 pun sama gak, Biden nak bertanding jadi calon presiden tapi dalam primary pertama (di Iowa) dapat 0.9% undi saja (Obama dapat 38%, Hillary dapat 29%), so dia pun berundur diri, kemudian baru Obama offer dia jadi calon naib presiden.
Naib presiden ni nak kata penting tak ada lah penting sangat, kata tak penting penting juga sebab dia orang pertama dalam line of succession kepada presiden. Kalau apa-apa terjadi kat presiden, naib presiden akan angkat sumpah sebagai presiden.
Dalam sejarah US ada 9 naib presiden naik jadi presiden selepas presiden tetiba meninggal atau meletak jawatan: Tyler (1841), Fillmore (1850), Andrew Johnson (1865), Arthur (1881), Theodore Roosevelt (1901), Coolidge (1923), Truman (1945), Lyndon Johnson (1963) & Ford (1974).
Sebab itu naib presiden selalunya orang yang nampak boring dan unthreatening, termasuk Biden sendiri yang merupakan naib kepada Obama. Kalau pilih yang ambitious bahaya nanti tikam belakang. Ada teori kata dalang John F. Kennedy dibvnuh naibnya Johnson.
Dan naib presiden kadang pun dipilih untuk mengimbangi kekurangan calon presiden. Masa Obama bertanding orang pertikai dia muda sangat, so dia pilih Biden yang dah jadi senator waktu Obama belum akil baligh lagi. Trump yang jenis gila2 pilih Mike Pence yang skema tahap gaban.
Pemilihan Harris tak adalah menarik sangat, malah boleh dikatakan pilihan “safe” & boring. Biden & Harris adalah “moderate Democrat”. Tapi keputusan 2016 & mid-term election 2018 menunjukkan “moderate” dah kurang appeal berbanding radikal atau “progressive” ekonomi.
Yang progressive ni macam Bernie Sanders dan Elizabeth Warren. Tapi Biden tak boleh ambil diorang berdua ni. Sanders tu tua sangat, umur dah 78. Bukan orang US tak boleh terima orang tua, in fact penyokong Sanders majoritinya orang muda.
Cuma takkan nak letak 2 orang tua kat dua jawatan tertinggi negara. Kalau Biden dah umur 77 kena balance dengan seorang bawah 60 at least. Harris umur 55 OK lah.
Plus kalau ambil Sanders nanti penyokong Democrat yang “woke” akan bising “tak ada wanita kah?” Kalau ambil Elizabeth Warren pun bising “tak ada wanita bukan White kah?”
Maka tinggal Harris yang merupakan seorang wanita berketurunan Afrika (mix Tamil) dari Jamaica je pilihan yang “political correct”. Women, “Colored”, immigrant. 3-in-1. Puas hati golongan woke sekalian.
Tapi golongan woke ni walaupun suara diorang dominate media mainstream & medsos, kempen BLM bagai, suara diorang tak semestinya diterjemahkan ke dalam hasil PRU. Nak menang memang kena fokus isu ekonomi. Clinton & Obama menang sebab ekonomi. Even Trump pun menang sebab ekonomi.
So far tak nampak Biden-Harris boleh menawarkan “new deal” ekonomi. Seperti Harris, Biden pun suam2 kuku pada awal kempennya. Momentum Sanders memaksa calon2 moderate berundur memberi laluan kpd Biden untuk memastikan undi moderate tak pecah. Baru Biden dapat mengatasi Sanders.
Jadi walaupun media pro-Democrat seperti New York Times, Washington Post dan CNN duk melambung puji Harris, gandingan Biden-Harris ni sebenarnya kurang “oomph” dari permulaan. Samada boleh kalahkan Trump, masih menjadi persoalan.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih