Pembaikan politik ialah suatu rujukan yang semakin difahami kewujudannya dalam masyarakat demokrasi. Dalam bahasa Inggeris, rujukan ini digelar political correctness yang mengutamakan sifat neutral dari segi penggunaan bahasa atau pelaksanaan dasar.

Intipatinya adalah untuk mengelakkan kelompok tertentu (selalunya minoriti) tersinggung. Seawal 1980-an, pembaikan politik ialah sebuah metodologi yang sangat bermanfaat. Gaya bahasa media terutamanya mempunyai fokus agar semua orang dapat terlibat dalam suatu matlamat.

Senang kata, pembaikan politik memastikan diskriminasi terhadap agama, bangsa dan jantina tidak berlaku. Namun berdekad-dekad kemudian, pembaikan politik telah berubah daripada suatu elemen positif kepada bagaikan penghinaan. Bertahun-tahun berlembut dalam arus liberalisme, memanglah suatu perkara semulajadi jika kritikan daripada konservatif pula timbul.

Dan di Malaysia, perkara ini telah jelas. Isu bermula apabila didapati Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai silibus bahasa Jawi yang hanya beberapa halaman mukasurat sahaja. Sekarang ini bukan mukasurat yang menjadi masalah. Sebaliknya, sikap menentukan suatu “non-issue” menjadi hal untuk bertelagah. Dengan kata mudah, Jawi dipandang sebagai suatu cabang ilmu yang tidak membawa manfaat masa depan. Sementara itu, panel SJKC tidak kisah pun apabila pelajar dipaksa belajar Algebra walhal meminati seni.

Maka naiklah sepanduk-sepanduk di sana dan sini menyuarakan bantahan terhadap pengajian Jawi. Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir bangsa Cina yang berdegar di media sosial dengan kemahiran menulis Jawi (lebih-lebih lagi dalam rekabentuk khat yang dikecam). Anasir yang lantang ialah pertubuhan Dong Zong yang menerbitkan suatu buku 16 mukasurat menjelaskan pendiriannya terhadap Jawi (MK, 2019). Alasan yang digunakan ialah pembelajaran dalam Jawi ialah beban, suatu perkara yang tidak membantu bangsa Cina belajar bahasa Melayu pun oleh kerana skrip berbeza (Dong Zong, 2019).

Uniknya dengan mengatakan Jawi sebagai bebanan pembelajaran, skrip ini cukup popular digunakan pada permukaan papan-papan tanda perniagaan, terutamanya dalam kalangan bangsa Cina. Maka jelas sekali mengatakannya sebagai beban itu sendiri tidak bertepatan dengan realiti semasa. Segelintir minoriti yang mengatakan Jawi ini tidak berguna untuk masa depan pun enggan mengulas bila ditanya tentang penularannya di papan tanda. Jadi kesimpulan di sini ialah tunggangan sosio-kebudayaan agar sentimen pro-Melayu boleh mendatangkan keuntungan semasa berniaga.

Setelah redanya isu dan turunnya seorang menteri yang memperjuangkan Jawi, datang pula suatu usaha kononnya pupuk semangat perpaduan. Bukan Jawi yang diperjuangkan – sebaliknya kaligrafi Cina pula diutamakan dalam peristiwa tersebut. Oleh kerana tampil di media dan timbul pula muka Ahmad Fahmi (Lembah Pantai), jadi bergegar semula di media maya kerana jelas sekali wujud pembaikan politik negatif lagi rasis terhadap bangsa Melayu sendiri.

Pembaikan politik buat masa sekarang memang nampak biasa-biasa. Namun akan tiba masanya amarah serta dendam rakyat akan mencanak. Biasanya musim pilihanrayalah waktu paling sesuai, ditambah pula jika ada didihan daripada parti-parti pembangkang. Ia bukan sekadar teori semata-mata, kerana seorang yang tidak bermoral sendiri telah berjaya menjadi ketua negara bagi Amerika Syarikat – apatah lagi dalam perlumbaan politik yang disertai wajah-wajah disegani.

Sekitar September 2015, Donald Trump mengisytiharkan bahawa beliau sangat muak dan mual dengan najis-najis pembaikan politik (Gass, 2015). Kenyataan beliau mengundang sorakan yang sangat besar. Dan berkali-kali Trump mengulangi kebenciannya terhadap pembaikan politik, sepanjang kempen pilihanraya sebelum dan pada tahun 2016 (Weber, 2016). Hanya bermodalkan “anti-establishment” dan “anti-political correctness”, nama Trump melonjak dalam pilihanraya sampai mengejutkan dunia dengan kemenangan besarnya.

Maka tidak pelik jika tatacara negatif ini jika diteruskan boleh menyebabkan perubahan yang dicanangkan dahulu. Pendek kata, orang benci pembaikan politik melampau.

Sumber:

Dong Zong. (2019). Isu Tulisan Jawi: Mempertahankan Hak Lembaga Pengelola Sekolah Jenis Kebangsaan. Retrieved from https://www.dongzong.my/v3/images/jawi/jawi%20bm/mobile/index.html

Gass, N. (2015, September 23). Trump: I’m so tired of this politically correct crap. Retrieved from https://www.politico.com/story/2015/09/donald-trump-politically-correct-crap-213988

(2019, December 7). Dong Zong releases 16-page Malay booklet explaining Jawi issue. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/505055

Weber, P. (2016, August 11). Donald Trump is losing his war on political correctness. Retrieved from https://theweek.com/articles/641981/donald-trump-losing-war-political-correctness


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.