Bangsamoro, salah satu kumpulan etnik beragama Islam di Filipina memiliki sejarah penentangan selama 400 tahun terhadap penja.jahan bangsa asing. Gerakan bersen.jata mereka melibatkan penentangan terhadap Sepanyol, Amerika, Jepun, dan kerajaan Filipina sendiri, ianya dianggap oleh para pemimpin Moro hari ini sebagai sebahagian daripada “gerakan kemerdekaan nasional” selama empat abad diperjuangkan oleh Bangsamoro.
Konflik ini terus berlanjutan dan berkembang menjadi per.ang kemerdekaan mereka saat ini menentang negara Filipina. Mereka menganggap semangat jih.ad telah lmaa muncul di kalangan orang Moro berikutan penglibatan mereka dalam per.an.g selama berabad-abad menentang penj.aja.han Sepanyol.
Penduduk etnik Moro di selatan Filipina menentang penj.ajahan Sepanyol dan Amerika Syarikat. Kawasan yang diduduki populasi Moro di Mindanao Barat merupakan kawasan pemberon.tak yang paling besar di Filipina bersama dengan Pulau Samar dan Wilayah Bicol. Pasukan Sepanyol disekat oleh beberapa garisan pertahanan pesisir pantai atau kubu-kubu dan mereka melaksanakan ekspedisi punitif ke kawasan pedalaman yang luas secara berkala.
Setelah beberapa siri percubaan yang tidak berjaya selama berabad-abad pendudukn Sepanyol di Filipina, pasukan Sepanyol berjaya menduduki kota Jolo, Sulu, tempat bersemayam Sultan Sulu yang telah ditinggalkan pada tahun 1876. Sepanyol dan Sultan Sulu menandatangani Perjanjian Damai Sepanyol pada 22 Julai 1878. Penguasaan kepulauan Sulu di luar garis pertahanan Sepanyol diserahkan kepada Sultan.
Namun perjanjian ini terdapat beberapa kesalahan dalam terjemahan: Menurut versi berbahasa Sepanyol, Sepanyol memiliki kedaulatan penuh ke atas kepulauan Sulu, sementara versi bahasa Tausug menggambarkan kedaulatan itu hanya sebagai sebuah protektorat dan bukanlah kekuasaan penuh.
Walaupun terdapat tuntutan yang sangat nominal terhadap wilayah Moro, Sepanyol menyerahkannya kepada Amerika Syarikat dalam Perjanjian Paris yang menandakan berakhirnya Pera.ng Sepanyol-Amerika.
Setelah pendudukan Amerika Syarikat di Filipina Utara pada tahun 1899, pasukan Sepanyol di Filipina Selatan dibubarkan, dan mereka berundur ke garis pertahanan di Zamboanga dan Jolo. Pasukan Amerika menawan kerajaan Sepanyol di Jolo pada 18 Mei 1899, dan di Zamboanga pada bulan Disember 1899.
Bangsamoro meneruskan penentangan mereka terhadap penjaja.han Amerika Syarikat pula sebagaimana mereka telah menentang Sepanyol. Boleh dikatakan, kesemua kerajaan Sepanyol, Amerika Syarikat dan Filipina sendiri telah dipe.ran.gi oleh umat Islam di Sulu dan Mindanao.
Walau bagaimanapun, pada penghujung abad ke-19, kerajaan Amerika Syarikat adalah salah satu kuasa baru yang memiliki hubungan yang baik dengan penaung seluruh dunia Islam ketika itu, iaitu Empayar Uthmaniyah yang juga merupakan khalifah dunia Islam. Anda boleh baca tentang hubungan Uthmaniyah-Amerika Syarikat di sini: Hubungan Uthmaniyah-Amerika Yang Kita Tidak Tahu
Peranan Besar Sultan Abdülhamid II
John Hay, Setiausaha Negara Amerika Syarikat pernah mengarahkan duta besarnya ke Empayar Uthmaniyah, Oscar Straus pada tahun 1899 untuk menghadap Sultan Abdülhamid II bagi memohon agar Sultan menulis surat kepada orang Moro dan Sulu Muslim di Kesultanan Sulu di Filipina agar mereka patuh kepada pendudukan dan ketenteraan Amerika Syarikat.
Di sebalik ideologi pan-Islam yang diperjuangkan Sultan Abdülhamid II, baginda dengan mudahnya membantu Amerika Syarikat kerana merasakan tidak ada keperluan untuk merosakkan hubungan baik Uthmaniyah-Amerika dan menimbulkan permu.suhan di antara Barat dengan umat Islam. Kita semua sedia maklum, sejak awal penubuhannya, Amerika Syarikat tidak pernah terlibat dalam sebarang konflik bersen.jat.a dengan Uthmaniyah.
Cubaan menyelaraskan Islam dengan modenisasi oleh Abdülhamid dican.tas oleh kaum Turki Muda pada tahun 1909. Walaupun pada zahirnya mereka berpandangan sekular, namun mereka juga perlu mempergunakan konsep Islam untuk tujuan politik kerana para pemimpin Turki Muda yang sedang mengawal pemerintahan Uthmaniyah menerima nasihat sekutu baru mereka, Empayar Jerman, untuk melancarkan ji.had global pada tahun 1915 menentang British dan sekutunya.
Sayangnya, khalifah yang telah mereka guling dan asingkan sejak awal lagi telah memberi peringatan mereka bahawa mereka harus menyelaraskan hubungan Empayar Uthmaniyah dengan British, yang menguasai laut dan pasti akan menang. Ianya terbukti benar kerana British berjaya, dan ini menjadi titik tolak yang mengakhiri Empayar Uthmaniyah.
Pada awal pemerintahannya, Abdülhamid memerhatikan seratus tahun kemerdekaan Amerika Syarikat dengan mengirimkan sejumlah besar buku Uthmaniyah untuk dipamerkan di Philadelphia dan kemudiannya disumbangkan kepada Universiti New York. Kemudian, dia adalah ketua negara asing pertama yang menerima undangan ke Columbian Exposition pada tahun 1893, yang diadakan di Chicago untuk sambutan ulang tahun keempat ratus penerokaan Amerika.
Walaupun tidak hadir secara peribadi, baginda diwakilkan oleh seribu orang dari Baitulmaqdis untuk mengunjungi pameran tersebut. Parlimen Keagamaan Dunia mengadakan persidangan perdana di Chicago pada masa yang sama, dan wakil-wakil Sultan Abdülhamid II membawa sejumlah besar barang-barang pameran dari Uthmaniyah dan membina sebuah miniatur masjid.
Oleh kerana Abdülhamid percaya bahawa kemakmuran Amerika disebabkan sebahagiannya dari sikap penduduknya yang baik dan pengurusan sumber-sumber negara yang cekap, dia meminta Samuel Sullivan Cox, duta besar Amerika di Konstantinopel dan penganjur bancian moden pertama Amerika Syarikat untuk memperkenalkan kepada orang-orang Turki kepada kajian statistik, salah satu dari budaya sains tulen yang pernah diasaskan di Empayar Uthmaniyah.
Di sebalik pertukaran budaya ini, kerjasama Uthmaniyah-Amerika sebenarnya dalam dasar luar mereka terpaksa menghadapi pember.on.takan orang-orang Islam di Filipina yang diduduki Amerika Syarikat. Duta Amerika ke Uthmaniyah ketika itu, Oscar S. Straus yang kebetulan seorang diplomat berbangsa Yahudi, menerima sepucuk surat dari Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Hay pada tahun 1899.
Setiausaha Hay bertanya-tanya “adakah Sultan di dalam keadaan itu mungkin boleh mengeluarkan perintah orang-orang Mohammedan dari Filipina, yang sudah biasa menentang Sepanyol, agar dengan rela hati akur untuk berada di bawah kawalan kami?” Straus kemudian mengunjungi sultan dan menunjukkan kepadanya Fasal 21 perjanjian antara Tripoli dan Amerika Syarikat, yang berbunyi:
“Sebagai pemerintah Amerika Syarikat, dalam dirinya sendiri tidak memiliki sifat permu.suhan terhadap undang-undang, agama, atau keamanan Musulman (Istilah kuno atau bahasa asing merujuk kepada orang Muslim); dan memandangkan Amerika Syarikat tidak pernah terlibat dalam pe.rang atau sebarang tindakan permu.suhan terhadap mana-mana negara Mehomitan (istilah bagi pengikut Nabi Muhammad S.a.w.), telah dinyatakan oleh rakan negara ini bahawa tidak ada agenda yang timbul dari pendapat keagamaan yang akan menyebabkan gangguan terhadap keharmonian di antara kedua-dua negara.”
Berpuas hati dengan artikel tersebut, Abdülhamid menyatakan, berkaitan dengan Filipina, bahawa “orang-orang Islam yang berkenaan mengakui dia sebagai khalifah umat Islam dan dia yakin mereka akan mengikuti nasihatnya.”
Dua orang ketua etnik Sulu berada di Mekah pada waktu itu, dan mereka diberitahu bahawa khalifah dan duta besar Amerika telah mencapai persefahaman yang mutlak bahawa umat Islam di Filipina tidak akan diganggu dalam segala amal ibadat agama mereka jika mereka akur untuk berada di bawah kawalan tentera Amerika Syarikat.
Kedaulatan Abdülhamid II sebagai Sultan dan Khalifah umat Islam terbukti benar, menurut Duta Besar Straus, selepas menerima perintah dari Abdülhamid melalui surat itu, umat Islam Sulu serta merta menolak dari melibatkan diri dengan pember.ontakan dan segera menempatkan diri mereka di bawah kawalan tentera Amerika Syarikat, sekaligus mengiktiraf pemerintahan Amerika.
Catatan ini turut disokong oleh artikel yang ditulis oleh Leftenan Kolonel John P. Finley (yang telah menjadi gabenor Amerika di Provinsi Zamboanga di Filipina selama sepuluh tahun) dan diterbitkan dalam edisi April 1915 Journal of Race Development. Finley menulis:
“Semasa awal pepe.ran.gan dengan Sepanyol, Kerajaan Amerika Syarikat tidak menyedari kewujudan kelompok Muslim di Filipina. Ketika perkara ini diketahui dan disampaikan kepada duta besar kami di Turki, Oscar S. Straus, dari New York, dia sekaligus melihat kemungkinan yang ada di hadapan kami berkaitan dengan peran.g suci. Dia menghadap Sultan Abdul Hamid dan memohonnya sebagai khalifah Islam untuk bertindak demi penganut agama Islam di Filipina. Sultan selaku khalifah mengirimkan pesanan kepada orang-orang Islam di Kepulauan Filipina yang melarang mereka menimbulkan permu.suhan terhadap Amerika, kerana mereka tidak akan campur tangan dalam hal keagamaan di bawah pemerintahan Amerika.”
Kemudian, Presiden McKinley mengirim surat ucapan terima kasih kepada Duta Besar Straus atas kerjanya yang sangat baik, menyatakan bahawa tindakannya itu telah menyelamatkan sekurang-kurangnya dua puluh ribu tentera Amerika Syarikat di lapangan. Semuanya berkat kerjasama khalifah Abdülhamid II.
Walau bagaimanapun, Presiden McKinley tidak menyebutkan peranan Empayar Uthmaniyah dalam kerjasamanya menenangkan umat Islam Sulu-Moro dalam ucapannya pada sesi pertama Kongres ke-56 pada bulan Disember 1899 memandangkan perjanjian dengan Sultan Sulu belum diserahkan kepada Senat sehingga 18 Disember.
Hari ini kita tidak dapat lagi melihat hubungan sebegini rupa pernah terjalin di antara khalifah Islam dan Amerika Syarikat, kerana Turki hari ini bukanlah Uthmaniyah yang dahulu, dan Amerika hari ini bukanlah Amerika yang dahulu.
Kekhalifahan dimansuhkan pada bulan Mac 1924 oleh pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk, pejuang Pera.ng Dunia Pertama dan Pera.n.g Kemerdekaan Turki. Walaupun mendapat tentangan kuat di Parlimen Nasional Turki, Ataturk melucutkan jawatan dan mengusir khalifah terakhir, Abdulmecid Efendi, sepupu Abdülhamid, dan melarang operasi sebarang institusi Islam termasuk Sufi. Pemerintahan Islam yang berusia 1,300 tahun dihancurkan dalam sekelip mata.
Hari ini kebanyakan orang Turki melihat tindakan ini sebagai kemajuan besar dalam pemodenan Turki. Tetapi ia juga memiliki kesan sampingan yang teruk. Orang Kurdi yang kuat beragama dan setia kepada Uthmaniyah selama berabad-abad, terutamanya atas dasar persaudaraan Islam, antara yang paling teruk terjejas.
Pada tahun 1925, sekumpulan etnik Kurdi membero.nta.k menentang Turki sekular dengan matlamat mahu mewujudkan semula khalifah. Namun mereka gagal dan dimusnahkan, dan trauma ini adalah sumber kepada situasi orang Kurdi di Turki hari ini yang tidak pernah berakhir.
Di dunia Arab, kejatuhan kekhalifahan meninggalkan kekosongan kuasa yang dipenuhi oleh berbagai gerakan radikal, rev.ol.usioner, atau fundamentalis. Yang paling teruk adalah Wahabisme, hasil dari pembe.ron.takan menentang Empayar Uthmaniyah pada abad ke-18 yang dihentikan oleh khalifah. Dalam kekacauan pasca-kekhalifahan, Wahabi memulakan penyelewengan Islam yang bersifat antimoden dan mahu kekal lapuk ketinggalan zaman.
Salah satu penawar terhadap ajaran pelampau itu adalah dengan memulihkan kembali semangat kemodenan Islam yang pernah diperagakan oleh seorang khalifah sufi yang menjadikan bertukang, fotografi dan bermain piano sebagai hobinya, iaitu Sultan Abdülhamid II. Jika tidak sekali pun, alternatif yang kita ada hanyalah dengan menolak segala bentuk pemikiran yang eks.trim dan kega.nasan atas nama agama.
RUJUKAN:
Akyol, Mustafa. (2006) Remembering Abdul Hamid II, a pro-American caliph. Columbian College of Arts & Sciences.
Kemal H. Karpat (2001). The Politicization of Islam: Reconstructing Identity, State, Faith, and Community in the Late Ottoman State. Oxford University Press.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih