Istana Shuri di Naha, ibukota Okinawa yang dibina sejak abad ke-14 Masehi pernah menjadi pusat pemerintahan kepada kerajaan Ryukyu.

Istana Shuri ketika itu berfungsi sebagai pusat pentadbiran dan kediaman untuk raja-raja Ryukyu selama berabad-abad lamanya hingga ke tahun 1879, ketika Okinawa menjadi wilayah pentadbiran imperial Jepun.

Semasa Perang Dunia Kedua, tentera imperial Jepun telah menubuhkan ibu pejabatnya di istana ini. Pada awal tahun 1945, pihak Jepun telah membentuk garis pertahanan dan komunikasi yang kompleks di kawasan sekitar Shuri dan merentasi bahagian selatan pulau secara keseluruhan. Namun kapal perang Amerika Mississippi telah membedil istana ini selama tiga hari bermula 25 Mei tahun yang sama dan pada 27 Mei ia musnah terbakar.

Menariknya, bermula dari tahun 1992, bangunan utama dan tembok sekeliling istana telah dibina semula (reconstruct). Pada tahun 2000, bersama-sama dengan bangunan bersejarah dan tapak lain yang berkaitan, ia telah ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Walau bagaimanapun, hanya peninggalan istana seperti tembok batu dan puing-puing lama sebelum tahun 1950 secara rasmi ditetapkan sebagai Warisan Dunia.

Apa yang Srikandi ingin tekankan di sini, kerajaan Jepun telah berusaha MEMBINA KEMBALI istana ini dari kemusnahan ‘padang jarak padang tekukur’ akibat perang dahulu sehingga menjadi satu kompleks istana siap dengan tembok batu di sekelilingnya. Semua ini adalah kerana NILAI SEJARAH yang tidak ada tolok bandingnya bagi mereka.

Namun malangnya, pada pagi 31 Oktober 2019 baru-baru ini, struktur halaman utama istana ini telah pun dihancurkan oleh api. Anda boleh membaca laporan berita dalam dan luar negara berkaitan tragedi ini.

Cuma Srikandi tertarik dengan semangat Gabenor Okinawa, Denny Tamaki yang berazam untuk membina kembali Istana Shuri yang terbakar itu.

“Hati saya penuh dengan kepedihan dan perasaan kehilangan yang tidak tergambarkan. Pada masa yang sama, perasaan saya kuat untuk menyatakan bahawa, kita harus MEMBINA KEMBALI Istana Shuri, simbol Kerajaan Ryukyu, ekspresi dari sejarah dan budayanya.”

(Denny Tamaki, Gabenor Okinawa)

Bayangkan, istana ini telah pun musnah ketika Perang Dunia Kedua, dibina kembali selepas itu oleh kerajaan Jepun. Kini ia musnah akibat kebakaran dan orang di sana berazam untuk membinanya kembali!

Semangat ala-ala “Kalau roboh Kota Melaka, papan di Jawa hamba dirikan” inilah yang perlu ada pada kita dalam konteks memulihara tapak-tapak yang ada nilai sejarah. Srikandi sudah ceritakan tentang kerajaan Korea Selatan yang membina kembali istana-istana mereka yang juga musnah ketika perang. Mereka membinanya dari kosong, bahkan ada tapak istana yang sudah dibina bangunan terkemudian, sanggup dirobohkan bangunan baru itu dan dibina kembali istana sebelum itu di atasnya!

Semua ini untuk apa? Mengapa mereka begitu bermotivasi membina kembali sejarah mereka walau musnah berkali-kali? Ini kerana mereka tahu NILAI SEJARAH itu.

Kekuatan dari sejarah yang telah menyelamatkan bangsa mereka dari trauma, mimpi ngeri dan perasaan ‘inferior’ – dari bahana perang, kejatuhan dan kemusnahan.

~Srikandi
“كقواتن دري سجاره”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.