Tengok filem Armageddon memang nampak sesuatu yang sangat sinis. Angkasawan NASA berlatih selama dua tahun sekurang-kurangnya. Pasukan Harry Stamper hanya diberi masa 12 hari sahaja.
Nampak sangat kalau apa-apa jadi, NASA akan tutup semua komunikasi dan cakap “misi gagal”. Tetapi filem Armageddon membangkitkan persoalan yang menarik. Kalaulah sebutir batu angkasa akan menimpa bumi, takkan tiada tindakan boleh diambil?
Menurut pengarah Michael Bay, plot Armageddon sememangnya tidak realistik. Kerana asteroid dalam Armageddon ditokok tambah sampai keterlaluan katanya sebesar Texas (695,662 kilometer persegi).
Sedangkan asteroid pembυηυh dinosaur kalau kira saiz Kawah Chixculub hanyalah 10 kilometer lebar sahaja. Nampak ketara perbezaannya.
Andai kata asteroid Armageddon (seperti 4 Vesta) menimpa bumi, silap-silap planet boleh berkεcαi terus. Lεtυpkαnlah macam mana pun – cebisannya sudah cukup untuk membunuh semua. Takkan mungkin asteroid terbεlαh dua dan dengan comel elak Bumi.
Tetapi katakanlah ada cebisan (10 kilometer) menghampiri, ada cara tidak untuk buat sesuatu?
Memperkenalkan Misi DART
Ada sebenarnya. Pihak NASA sedang berpakat dengan Universiti Johns Hopkins untuk menguji satu misi yang barangkali boleh meningkatkan tahap keselamatan planet. Misi ini dipanggil Double Asteroid Redirection Test (DART) yang akan bermula beberapa hari lagi (23 November 2021).
Kalau ikut teori, NASA-UJH akan menggunakan teknik kinetik yang seakan-akan sama seperti Armageddon. Cuma tidak perlu guna seηjαtα nuklear, apatah lagi gerudi 800 kaki dalam. Mereka hanya menghantar sebuah kapal yang dicipta khas untuk lαηggαr dengan dwiasteroid (binary asteroid) Didymos.
Untuk pengetahuan semua, Didymos adalah dua butir asteroid yang bergerak sekali (Pravec, et al., 2003) mirip sebuah kereta api dua gerabak (780 meter dan 160 meter). Mengikut kiraan orbit, Didymos akan mendekati (encounter) Bumi pada tahun hadapan tanpa memberi sebarang αηcαmαη. Jadi inilah masa sesuai untuk menguji keupayaan DART.
Kapal DART akan menggunakan roket SpaceX Falcon 9, yang akan terpisah di ruangan atmosfera. Kemudian DART akan bergerak 11 juta kilometer jauh menghala ke Didymos. Perjalanan ini dijangka memαkαη masa selama 10 bulan.
Dan DART akan menghentam ‘gerabak kedua’ Didymos dengan kelajuan 24,000 kilometer sejam (Specktor, 2021). Didymos dijangka akan hilang sedikit halatuju (velocity), yakni antara 0.01 hingga 0.9 peratus sahaja.
Memang sedikit – tetapi sangat cukup untuk saintis kira dan buat korelasi antara saiz dan kelajuan kapal DART dengan halaju objek asteroid.
Keperluan Misi Ini
Mungkin ada yang skeptikal kerana khuatir jika tindakan ini boleh mengundang pαdαh. Sebenarnya, tidak. DART tidak cukup ampuh untuk mengeluarkan Didymos daripada landasannya sampai masuk jalan ke arah Bumi.
Sekali lagi, misi DART hanya untuk mengkaji jika teknologi semasa boleh mengalihkan asteroid. Dalam dunia angkasa, sebutir angkasa kalau dilambatkan waima seminit sekalipun mungkin boleh elak terus daripada menimpa sesuatu planet.
Ini adalah kerana semua planet sedang bergerak laju. Kalau guna Bumi sebagai contoh, sesaat perlahan bermakna Bumi sudah berada 30 kilometer jauh (seminit = 1,800 kilometer).
Jika berjaya, NASA-UJH (dan agensi angkasa negara lain) boleh mempertimbang idea sama untuk menyelamatkan negara sendiri daripada bencana asteroid. Ambil contoh meteor yang pernah melεtυp di langit Chelyabinsk, Rusia, pada tahun 2013.
Begitu dαhsyαt lεtυpan ini sampai gelombangnya merosακkan 7,200 bangunan dalam enam banda
Gelombang tertangguh pada 0:19 sampai pecαh habis kaca bangunan dan kereta.
Kerana meteor ini mengandungi potensi TNT 33 kali ganda lebih besar untuk dibandingkan dengan Little Boy yang jatuh pada bumi Hiroshima.
Api meteor ini 30 kali ganda lebih terang daripada Matahari sampai terbαkαr mata (retinal bυrη) orang di sana (Sample, 2013). Itu melεtυp di langit… bayangkan jika meteor ini betul-betul terhempas pada hari itu.
RUJUKAN:
Pravec, P., et al. (2003). (65803) 1996 GT. IAU Circ. 8244 (8244): 2.
Sample, I. (2013, November 7). Scientists reveal the full power of the Chelyabinsk meteor (ditapiskan). The Guardian.
Specktor, B. (2021, Oktober 7). NASA spacecraft will (ditapiskan) into an asteroid at 15,000 mph. Will it make a dent? Live Science.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih