Malaysia telah memasuki episod politik yang keliru lagi mengelirukan. Jika pilihanraya yang lepas menyaksikan pertembungan tiga penjuru, status politik kali ini jauh lebih teruk.

Kepenjuruan bertiga sekarang ini menyaksikan pertembungan antara Pakatan Harapan (PH), Gagasan Kesatuan (gabungan pro-Mahathir senang kata) dan Muafakat Nasional (MN). Sehingga hari ini (9:16 pagi), tiada gabungan membentuk majoriti mudah.

Sementara rakyat puas mengherdik Pakatan Harapan telah membuka kotak Pandora dalam pilihanraya yang lepas, negara memerlukan solusi dengan segera. Amanah tersebut berada pada bahu Yang Di-Pertuan Agong yang institusi baginda diwujudkan bagi menyelesaikan isu-isu begini.

Puak konservatif dan liberal menahan nafas dengan penantian penuh kesabaran untuk kebijaksanaan baginda.

Dengan Ramadhan (23 April) yang semakin menghampiri, baginda tahu keputusan perlu dibuat dengan segera. Inilah dikatakan a precarious situation with an insidious dilemma (suatu situasi tidak menentu berdilema teruk).

Bagaikan meniti di atas mata pedang: untuk berjalan pun tidak boleh, untuk terjun lagi tidak boleh.

Andainya baginda memilih untuk membubarkan Dewan Rakyat. Tentu sekali parti-parti berkait akan menyokong. Dr. Mahathir juga perlu akur dan menggugurkan kuasa yang menurutnya suatu alat untuk mencapai objektif.

Jadi sebelum 23 April, pilihanraya perlu diadakan, dimenangkan dan dibentukkan kerajaan. Bukan mudah, tetapi boleh dibuat.

Langkah Sheraton Yang Mengubah Segalanya

Suatu gerombolan besar dalam kalangan minoriti Cina dan India mengecam sekeras-kerasnya Langkah Sheraton. Lebih merumitkan Dr Mahathir pun dilihat tidak bersetuju dengan langkah tersebut.

Maka dengan ini, haruslah akur bahawa Azmin Ali dan Muhyiddin Yassin telah bertindak melulu. Anwar Ibrahim yang telah kehilangan 11+26 kerusi sekarang ini bermimpi buruk.

Tetapi dengan sokongan daripada DAP, beliau dengan sah mendapat majoriti besar dalam kalangan Cina dan India.

Sementara itu Melayu pula mempunyai suatu masalah. Jumlah pengundi boleh cecah 22.7 juta pada tahun 2023 (Luqman Arif, 2019). Dan lebih daripada 4 juta dalam kalangan Melayu sudah pastinya tidak mendaftarkan diri sebagai pengundi (Lu Wei, 2019).

Ini ialah suatu masalah yang begitu besar untuk bangsa Melayu. Tanpa jumlah pengundi (belum dikira lagi dengan tidak datang mengundi atau undi rosak), Melayu barangkali dinafikan dominasi populasinya. Jadi peluang untuk Muafakat Nasional dan Gagasan Kesatuan semestinya tipis.

Walaupun ramai mengatakan Muafakat Nasional boleh menang, keyakinan sebegitu yang menyebabkan kekalahan pada PRU-14. Entah-entah apa yang berlaku ialah hanyalah kelantangan daripada penyokong sedia ada atas semangat pembangkang.

Jadi bayangkanlah Dewan Rakyat dibubarkan dan keadaan semasa berkekalan. Takkan perlu pilihanraya lagi?

Kerajaan Minoriti

Mungkin ada yang bertanya: takkan buat pilihanraya pun jadi sebegini?

Bagi yang menafikan kebarangkalian ini, mereka perlu sedar suatu benda: tiada jaminan dalam politik. Langsung tiada. Sementara Malaysia mengharungi denai ini, Israel sudah hampir setahun tanpa kerajaan bermandat sah. 73.54% rakyat menolak Benjamin Netanyahu yang terpalit dengan isu korupsi (BBC, 2019).

Sudah jadi suatu kebiasaan untuk Likud tidak memenangi majoriti mudah. Mereka perlu membentuk kerajaan daripada parti-parti minoriti yang menyokong Netanyahu.

Tetapi tiada parti yang rela menyokong beliau. Maka dilangsungkan suatu pilihanraya pada September 2019 dimana Likud kehilangan majoriti terbesar pada tangan Kahol Lavan (Benny Gantz). Tetapi tiada siapa membentuk kerajaan juga. Pilihanraya

2 Mac ini pun ada jangkaan perkara sama berulangan. Mungkin rakyat Israel akan mengagihkan sokongan tiga penjuru kepada Kahol Lavan, Likud dan Qaimah al-Mushtarakah sahaja.

Jadi bayangkan jika senario sama berlaku di Malaysia. Dr. Mahathir jika masih mendapat sokongan kental boleh merangkul 60 kerusi lagi. Barisan konservatif juga berasa terguris apabila Muafakat Nasional cuba membentuk kerajaan semasa Langkah Sheraton masih samar-samar. Dan golongan liberal sudah sedia maklum bersatu bersama Anwar Ibrahim, dengan tiadanya Dr. Mahathir lagi.

Untuk mengelakkan pilihanraya lagi, kerajaan terbentuk perlulah dalam minoriti. Sebuah kerajaan minoriti ditubuhkan oleh sokongan dua gabungan parti berbeza.

Misalnya jika Muafakat Nasional berundur daripada permintaannya untuk membubarkan Dewan Rakyat, mereka berhak memberikan sokongan sama ada kepada Gagasan Kesatuan atau Pakatan Harapan.

Berkemungkinan besar Gagasan Kesatuan akan disokongnya atas kewujudan tikus politik iaitu DAP dalam Pakatan Harapan.

Senario ini semestinya takkan berlaku. Soalannya mudah: kenapa Muafakat Nasional perlu sokong Gagasan Kesatuan (atau sebaliknya)? Sememangnya sokongan sebegini wajib jaminkan penguasaan kementerian.

Jika Perdana Menteri dilantik dalam kalangan Dr Mahathir, Azmin Ali dan Hishammudin Hussein sekalipun, tentu sekali perbincangan jemaah menteri akan rumit serumit-rumitnya.

Itu pun jika Anwar Ibrahim tidak berjaya merangkul 111 kerusi, sekaligus senario tersebut membuatkan Pakatan Harapan tidak lagi kerajaan sepenggal.

RUJUKAN:

BBC. (2019, April 10). Israel election: Netanyahu set for record fifth term. BBC. Retrieved from https://www.bbc.com/news/world-middle-east-47876539

Luqman Arif, A.K. (2019, July 16). Pengundi cecah 22.7 juta menjelang 2023 – PM. Berita Harian. Retrieved from https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/585580/pengundi-cecah-227-juta-menjelang-2023-pm

Lu Wei, H. (2019, July 1). PAS: Selesaikan dulu lebih 4 juta belum daftar mengundi. Malaysia Kini. Retrieved from https://www.malaysiakini.com/news/481926

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.