Setiap kali naikkan pasal pendaratan Bulan, mesti ada yang mempertikai guna hujah bendera berkibar. Sudah jadi komen cepumas, padahal isu ini sudah lama dibidas dengan jawapan rapi. Maka sebelum mengulas panjang, kena faham satu benda dulu – bendera Amerika Syarikat tidak berkibar di Bulan. Itu asas semua kena faham terlebih dahulu, sebelum cuba memahami konteks gambar ini:

Mana ada berkibar?

Itu yang pertama. Yang kedua pula, gambar tersebut sudah menunjukkan kenapa bendera Amerika Syarikat nampak beralun-alun. Cuba teliti balik di sini:

Apa yang ada dalam bulatan hijau?

Di sini jelas kelihatan yang bendera Amerika Syarikat diikat pada sebuah tiang berbentuk L. Sebab itulah bendera kelihatan terletak elok. Mereka berjaya memacakkan bendera bertiang biasa. Memandangkan tiada batang penyokong macam tiang L, bendera berkenaan terjuntai ke bawah seperti berikut:

Tanpa tiang L.

Benda ini NASA sudah menjawab begitu lama, diperakui benar tanpa sebarang bukti boleh menafikannya. Tetapi ada yang membangkitkan persoalan tentang penampakan bendera beralun-alun begini:

Puncanya boleh nampak dengan jelas dalam video-video NASA udarakan ketika bendera dipacak. Buzz Aldrin memulas tiang bendera begitu kuat kerana tanah Bulan keras. Pulasan ini menyebabkan bendera bergerak-gerak.

Buktinya ada di sini:

Dalam video di atas, bendera bergerak-gerak ketika Aldrin sedang mendirikan tiang. Apabila Aldrin tidak berbuat apa-apa, bendera nampak kaku. Dan ada masa Neil Armstrong perlu membantu. Kelihatan pada 00:50, Aldrin sedang berhempas-pulas untuk memulaskan tiang masuk. Kain bendera menutup separuh daripada tubuhnya. Tetapi kalian boleh tengok pada bayang-bayang yang lebih jelas.

Enam saat kemudian, bendera tidak beralun langsung. Kaku saja macam lidah orang-orang menafikan pendaratan Bulan apabila disergah dengan fakta. Bukti bendera pegun disahkan lagi dengan pendaratan Apollo 14. Ingat – NASA tidak hantar satu kapal saja ke Bulan. Ada enam kapal yang berjaya menyentuh permukaan Bulan, membawa 12 orang angkasawan untuk menerokai Bulan.

Selepas selesai misi, Alan B. Shephard dan Stuart A. Roosa naik kapal Apollo LM-8 untuk melancar pulang. Pada saat-saat terakhir mereka di Bulan, bendera Amerika Syarikat nampak kaku habis.

Namun pada 00:47, bendera bukan main berkibar kerana tempias daripada roket LM-8. Jadi persoalan sekarang, celah mana pula bendera berkibar… melainkan kalian sendiri tidak mendalami ilmu dengan betul? Bendera Amerika Syarikat tidak pernah berkibar di Bulan, melainkan jika ada sentuhan daripada angkasawan sendiri.

Sentuhan ini dalam laras saintifik dipanggil “physical force”. Apa-apa benda yang diberi sentuhan, pasti akan ada tindak balas. Seorang pencipta kandungan di YouTube pernah naikkan satu eksperimen yang jelas membuktikan punca bendera beralun-alun.

Bermula saat 2:25, The Action Lab mengeluarkan semua udara yang ada dalam peti. Seminit kemudian (3:25), peti tersebut tiada udara – persis persekitaran Bulan. Jadi The Action Lab memberi “physical force” (sama seperti pulasan daripada Buzz Aldrin). Apa yang berlaku?

Bendera beralun-alun. Apabila the Action Lab mengembalikan udara, bendera terus hancur. Tidak berkibar langsung. Hancur berderai terus macam hati orang yang tidak percaya pada fakta pendaratan Bulan. Jadi sekarang ini, semua nampak kenapa bendera berkibar. Jawapannya, bendera tidak berkibar – sekadar beralun-alun. Tidak perlu eksperimen rapi. Cuba bentangkan sejadah dalam bilik tanpa angin (jangan hidupkan kipas). Sejadah pasti beralun sekejap sebelum labuh pada lantai. Kenapa sejadah beralun? Tiada angin pun. Habis takkan solat di atas sejadah tersebut palsu juga?

Kami juga ada karya-karya fiksyen khas untuk para peminat pelbagai genre. – https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Kalau ada yang pelik kenapa saya tanya begini pasal solat, cuba tengok balik teknologi yang melimpah hasil pendaratan Bulan. Banyak. Salah satu teknologi adalah penyempurnaan mesin MRI, yang berpunca daripada pendaratan Bulan. Jika pendaratan itu palsu, maka MRI takkan disempurnakan begitu cepat.


Kami ada banyak buku-buku yang menarik untuk kalian baca. Kalian dipelawa kunjung Shopee kami: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Ada banyak buku-buku menarik yang menanti anda di https://shopee.com.my/thepatriotsasia

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply