“Sekiranya anda mahu pergi ke Marikh, bersedialah untuk ma.ti.” (Elon Musk)
Bagi komuniti saintifik, Marikh merupakan sempadan terbaru untuk aktiviti penjelajahan angkasa lepas. Bagi mana-mana angkasawan yang terpilih untuk penjelajahan ke planet itu, mereka perlu menghabiskan masa selama tujuh bulan dalam kapsul kapal angkasa untuk perjalanan yang tidak pernah dilalui mana-mana manusia. Sekiranya mereka terselamat, maka mereka perlu berdepan dengan persekitaran Marikh yang mencabar.
Tetapi apabila salah seorang ahli ekspedisi meninggal dunia semasa dalam perjalanan, apa yang perlu dilakukan mereka? Persoalan menarik ini diutarakan oleh Popular Science dan beberapa solusi dicadangkan oleh beberapa saintis. Antara kaedah yang dicadangkan ialah melepaskan ma.yat ke angkasa lepas, mengebumikannya di Marikh atau senario paling buruk, kaedah Hannibal Lecter (ka.ni.bal.isme).
Semua senario di atas merupakan cadangan pengkaji astronomi dari seluruh dunia. Ini berikutan Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) tidak menyediakan sebarang protokol sekiranya wujud senario angkasawan ma.ti semasa penjelajahan ke Marikh.
Sekiranya wujud senario begini, kebiasaannya ma.yat ahli ekspedisi akan disimpan dalam tempat simpanan sejuk beku atau disejuk kering sehingga kapal tiba di Marikh. Berbeza di bumi, proses sejuk kering di sini ialah meletakkan ma.yat di luar kapsul di mana angkasa lepas akan meliputinya dengan ais. Sekiranya senario itu tidak dipilih, maka angkasawan boleh saja melepaskan ma.yat rakan mereka ke ruang angkasa lepas yang gelap.
Melepaskan ma.yat ke angkasa lepas mungkin dianggap pilihan mudah. Tetapi ia boleh menyebabkan ma.yat tersangkut pada laluan kapal dan terus kekal di situ sehingga kapal tiba di Marikh. Dan sekiranya misi-misi Marikh lain memilih pendekatan sama, maka bersedialah berdepan lambakan ma.yat semasa dalam perjalanan ke planet berkenaan.
Sekiranya seseorang angkasawan itu meninggal dunia selepas tiba di Marikh, pengebumian biasa boleh dilakukan tetapi dengan syarat ma.yat telah diba.kar sehingga menjadi abu. Menurut Catherine Conley dari Pejabat Perlindungan Planet NASA, langkah ini bertujuan membu.n.uh semua mikrob bumi yang wujud bersama ma.yat.
Kaedah Hannibal Lecter lebih kepada kaedah menyelamatkan diri sekiranya misi Marikh kehabisan bekalan makanan dan terdesak untuk terus hidup. Mungkin ada menganggap kaedah sebegini sebagai ke.jam dan tidak berperikemanusiaan. Tetapi ia juga merupakan kunci kemandirian penumpang Ten.te.ra Udara Uruguay Penerbangan 571 yang terhempas di Pergunungan Andes pada tahun 1972.
Penumpang-penumpang yang terselamat terpaksa memamah daging ma.yat rakan dan ahli keluarga mereka yang terbu.nuh bagi membantu mereka selamat. Pakar bioetika Paul Wolpe melihat ini sebagai kaedah penyelamatan kemandirian diri yang diperlukan oleh ahli misi Marikh untuk terus hidup walaupun mereka enggan melakukannya.
Bagi para angkasawan yang beraspirasi mahu ke Marikh, berikut cara bagaimana planet tersebut menguji dan membu.n.uh mana-mana penjelajah ke sana:
- Terdedah kepada radiasi semasa dalam perjalanan dan bila mendarat di Marikh.
- Kapal angkasa lepas terhempas semasa cuba mendarat.
- Tarikan graviti rendah mencetuskan masalah perubatan seperti kehilangan tulang.
- ca.man sut angkasawan terkoyak yang mengakibatkan angkasawan ma.ti akibat kekurangan oksigen.
- Tanah Marikh mengandungi kandungan garam yang tinggi dan berpotensi mengan.ca.m penjelajah semasa di sana.
- D.ib.n.uh oleh ahli ekspidisi yang hilang waras semasa dalam perjalanan atau sampai di Marikh.
Bak kata Musk, mana-mana angkasawan yang ingin ke Marikh perlu bersedia untuk ma.ti. Mungkin ada merasakan kata-kata pengasas SpaceX itu sebagai keterlaluan. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar untuk aktiviti penjelajahan angkasa lepas sekiranya mahu melepasi Marikh sebagai sempadan baru penjelajahan alam semesta.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih