Kalaripayattu atau juga dikenali sebagai Kalari ialah seni bela diri tertua di India, Seni Bela Kalari dipercayai berusia 3,000 tahun sekaligus menjadikan ia antara seni mempertahankan diri tertua di India yang masih dipraktik hingga kini..
Seni Bela Diri Kalaripayattu/Kalari berasal dari provinsi Kerala yang terletak di bahagian Selatan negara India.
Seni bela diri kuno ini dipercayai berkait rapat dengan ilmu spiritual dan kepercayaan agama Hindu kerana terdapat dakwaan konon ia memiliki pelbagai keajaiban salah satu kelebihannya adalah meningkatkan spiritual dan memulihkan rohani serta diberi perlindungan.
Kalari: Seni Mempertahankan Diri Yang Menjadi Pilihan Wanita Di India
Media Al Jazeera pernah melaporkan bagaimana seorang nenek dari Kerala pada usia 78 tahun masih mengekalkan tradisi ini.
Usaha murni seorang wanita tua bernama Meenakshi Berjaya menarik minat golongan belia terutama wanita di tempatnya.
Legasi penubuhan sekolah khas bela diri yang disambung oleh Meenakshi telah menjadi asas kekuatan kepada wanita dan gadis muda di seluruh India mendorong minat mereka mempelajari ilmu mempertahankan diri.
Sekolah Kadathanad Kalari Sangham yang ditubuhkan oleh mendiang suaminya di Kerala pada tahun 1949 kini memenangi anugerah kebangsaan pada tahun 2017 atas sumbangannya kepada masyarakat melalui Ilmu Kalari yang dilestarikan.
Apa yang dikatakan oleh Meenakshi atau lebih mesra dipanggil Amma(ibu) adalah tanggapan negatif masyarakat terhadap wanita sangatlah teruk.
Terutama sejak awal wabak COVID-19 yang menyebabkan berjuta-juta wanita India terkesan dengan keganasan rumahtangga dan penderaan seksual.
Sikap misogini dan layanan buruk terhadap wanita bukanlah perkara baharu di India, malah kejadian seperti itu boleh dikatakan sebagai masalah domestik paling kuno kerana hal semacam itu pernah berlaku sejak ratusan bahkan boleh mencecah ribuan tahun dahulu sejak ketamadunan manusia berkembang
Laporan WHO baru-baru ini, menyatakan bahawa 38% daripada semua kes melibatkan pemb*n*han yang dilakukan terhadap wanita di India dilakukan oleh pasangan lelaki mereka atau ahli keluarga yang lain.
Lantaran daripada itu, maka boleh disimpulkan bahawa dengan kewujudan sekolah dan persatuan Seni Bela Diri seperti yang diusahakan oleh Meenakshi serba sedikit mampu mengekang masalah domestik dengan mengajar wanita di India ilmu mempertahankan diri agar dapat membela maruah mereka dari sebarang bentuk bahaya.
Sejarah Ilmu Bela Diri Kalari
Perkataan Kalaripayattu adalah gabungan dari perkataan Bahasa Malayalam – Dua kata dari Kalari bermaksud latihan/medan p3rang dan payattu bermaksud latihan seni mempertahankan diri.
Tidak seperti bentuk seni mempertahankan diri yang lain, terutama yang terdapat di Asia Timur seperti Kung-Fu atau Taekwondo.
Kalari secara amnya mengajarkan teknik berasaskan s3njata terlebih dahulu, kemudian dengan teknik tempur tanpa s3njata.
Secara asas Kalari menggabungkan unsur tarian dan yoga serta melibatkan penggunaan s3njata seperti pedang, perisai dan sebagainya
Sewaktu era kolonial selepas Perang Kottayathu, British telah melarang segala jenis ilmu bela diri pada tahun 1804 kerana khuatir ilmu tersebut bakal mengancam pentadbiran Inggeris di India sekiranya lebih ramai rakyat tempatan memberontak.
Namun, perkara yang tak diingini oleh Inggeris pun berlaku apabila gerakan menentang pemerintahan Inggeris yang dipimpin oleh Pazhassi Raja.
Larangan mempelajari Ilmu Bela Diri masih dikuatkuasa namun Seni Bela Diri Kalari tetap diteruskan secara rahsia melalui gerakan bawah tanah.
Ia mengalami kebangkitan besar pada abad ke-20, terutama setelah India merdeka dari Britain.
Kini masyarakat India sekarang lebih menghargai dan mula menyedari betapa pentingnya melestarikan ilmu seni bela kuno ini.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih