Ya, jika kita perhatian sotong kurita betul-betul, ia seakan-akan makhluk asing yang telah lama menduduki planet Bumi dan sekian lama melakukan ‘invasi’ terhadap lautan. Sesungut yang begitu banyak dan badan yang amat fleksibel sehingga muat di dalam batang paip menyebabkan sotong kurita ini tidak lari dari digelar sebagai makhluk asing dari lautan.

Namun begitu, pada tahun Ogos 2018, artikel tentang sotong kurita telah diterbitkan oleh Progress in Biophysics and Molecular Biology dan ditulis oleh 33 orang pengkaji. Fokus kajiannya membuatkan kita terbeliak mata, iaitu sotong kurita berasal dari angkasa. Antara pengkaji yang kuat mengangkat kajian ini ialah Nalin Chandra Wickramasinghe, ahli astrobiologi Sri Lanka yang pada waktu itu sedang melaksanakan tesis biologi angkasa bersama rakan pengkaji bernama Fred Hoyle.

Dalam tesis mereka berdua, arah tuju evolusi dipengaruhi oleh aktiviti biokimia yang berlaku di luar Bumi. Bagi Wickramasinghe, komet adalah pembawa kehidupan dalam kosmos dan kehidupan Bumi yang hadir ini adalah hasil hentaman komet. Hidupan yang dimaksudkan Wickramasinghe ialah amino asid dan virus yang menjangkiti organisma sebelum memasuki komet.

Menurut laporan bertajuk “Cause of Cambrian Explosion -Terrestrial or Cosmic?”, lambakan retrovirus (virus yang terdiri dari RNA) asing memainkan kunci penting dalam mempelbagaikan hidupan lautan pada 500 juta tahun lalu. Retrovirus dan virus berkemungkinan dibebaskan dari cebisan komet, seterusnya menambahkan rantaian DNA baru dalam genom organisma daratan dan berlaku mutasi genetik.

Berbalik kepada sotong kurita, haiwan ini tergolong dalam kumpulan Cephalopoda, termasuklah sotong katak, dan spesis sotong lain. Genetik dalam kumpulan ini aneh berbanding genetik haiwan lain kerana kebolehannya merubah DNA pada waktu yang singkat. Menurut penulis laporan 2018, keanehan genetik ini menunjukkan terdapat unsur hidupan dalam sotong bukan berasal dari Bumi.

Bukan virus angkasa punya angkara, kehadiran gen yang beku adalah penyebabnya. Jadi penulis beranggapan bahawa sotong atau/dan telur sotong wujud dalam keadaan beku pada ratusan juta tahun. Kenyataan laporan ini disokong penyelidik perubatan bernama Keith Baverstock dari University of Eastern Finland kerana mengakui terdapat banyak bukti yang munasabah sejajar dengan tesis Wickramasinghe-Hoyle.

Walaupun tesis kedua-dua saintis menyakinkan, tetapi ia hanya nampak relevan dalam kertas. Baverstock percaya bahawa laporan 2018 ini hanya justifikasikan tentang skeptiknya pengkaji terhadap nilai saintifik dalam teori asal-usul kehidupan.

Keanehan fizikal dan gen sotong kurita tidak menjanjikan kebenaran bahawa haiwan ini adalah makhluk dari angkasa lepas. Keanehan ini hanya membuka perbincangan seterusnya bagi mencari asal-usul sotong kurita.
Penyunting jurnal laporan bernama Denis Noble juga telah nyatakan bahawa laporan 2018 tersebut memerlukan kajian selanjutnya yang dilihat munasabah bagi saintis memperkasakan teori mereka.

Namun perbincangan tentang hidupan luar Bumi tetap terbuka luas untuk pengkaji bebas memberikan teori mereka. Menurut Noble, kimia dan biologi angkasa akan menjadi kepentingan dalam perbincangan berkaitan hidupan angkasa. Tambahnya lagi, pada masa akan datang idea hidupan angkasa bakal diuji kaji.

Mungkin kita bakal didedahkan tentang realiti sebenar evolusi kehidupan dalam perspektif yang baru dan dibuktikan melalui kewujudan makhluk Bumi yang berasal dari angkasa lepas.

RUJUKAN:

McRae, Mike. 28 December 2021. A Weird Paper Tests The Limits of Science by Claiming Octopuses Came From Space. Science Alert.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply