Sekumpulan saintis dari NeuroElectronics Research Flanders (NERF) mendapati bahawa pengalaman yang sangat bermakna dan bermanfaat menghasilkan kenangan yang lebih kuat.
Dengan membuat kajian ke atas tikus, para penyelidik mengesan mekanisme di sebalik kekuatan memori yang begitu selektif. Penemuan penting ini memberikan pandangan baru mengenai salah satu ciri otak yang paling misteri – penyatuan memori.
Apabila kita mengalami kejadian yang penting, kita biasanya mengingatnya dengan lebih baik dari masa ke semasa. Memori yang kuat ini boleh disebabkan hasil pengekodan memori ketika kejadian penting itu berlaku, atau kerana penyatuan memori (memory consolidation) yang berlaku setelah kejadian itu berlaku.
Sebagai contoh, pengalaman yang ternyata sangat bermanfaat didapati membawa kepada kenangan yang lebih kuat dan tahan lama.
Salah satu cara otak kita menggabungkan ingatan adalah dengan menghidupkan kembali pengalaman secara mental. Dari segi biologi, ini berpunca dari pengaktifan semula atau pemutaran semula corak aktiviti neuron yang berkaitan dengan pengalaman tertentu. Ulangan ini terjadi pada jaringan otak kortikal hippocampal semasa rehat atau tidur.
Para penyelidik melatih tikus untuk mempelajari dua lokasi tujuan dalam suasana yang familiar. Salah satu tujuannya yang dilalui oleh tikus akan memperoleh ganjaran besar iaitu sembilan pelet makanan.
Sementara lokasi tujuan lain hanya mempunyai satu pelet makanan yang ditawarkan sebagai hadiah kecil. Eksperimen mendapati bahawa tikus lebih mengingati lokasi di mana mereka mendapat hadiah yang besar.
Kajian juga memerhatikan bahawa kesan yang berkaitan dengan ganjaran ini pada memori adalah paling kuat ketika pelet makanan berada di tempat yang memerlukan pembentukan memori yang lebih kompleks.
RUJUKAN:
- Frédéric Michon, Jyh-Jang Sun, Chae Young Kim, Davide Ciliberti, Fabian Kloosterman. Post-learning Hippocampal Replay Selectively Reinforces Spatial Memory for Highly Rewarded Locations. Current Biology, 2019; DOI: 1016/j.cub.2019.03.048
- VIB (the Flanders Institute for Biotechnology). (2019, April 29). What makes memories stronger? Researchers shed new light on how the brain solidifies important memories. ScienceDaily. Retrieved September 24, 2020 from www.sciencedaily.com/releases/2019/04/190429111840.htm
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih