“Tak baik buat macam tu. Sebab perempuan ialah ibu. Kalau tidak ibu kepada anak-anak kita, ibu kepada ayah kita, ibu kepada datuk kita,” jawab seorang guru mursyid Tarekat Naqsyaband.

Ada satu kes, seorang gadis dipaksa berkahwin secara tiba-tiba. Lepastu, boleh pula diceraikan sesuka hati, atas alasan arahan pimpinan. Isteri dijadikan komoditi yang boleh dinikahi dan diceraikan tanpa kerelaan hati. Perempuan dilayan tanpa perasaan.

Syeikh tersebut membidas penganiayaan sebegitu. Walaupun dari segi hukum suami berhak menjatuhkan talak, bukan bermakna ia berhak pula dijatuhkan sesuka hati. Tidak. Begitu juga nikah, bukan sesuka hati tanpa memikirkan masa depan pasangan.

Just because you can, doesn’t mean you should.

Dari satu sudut, memanglah bukan wajib untuk kenal sebelum kahwin. Ramai pasangan yang tidak pun berkenalan awalnya, bahagia juga ke akhirnya. Soalnya di sini, ialah keserasian. Sekufu. Jika di masa tok nenek kita, di zaman penjajahan jepun, berapa ramai yang dinikahkan di usia kanak-kanak sebab nak mengelakkan daripada diculik jepun. Ia tidak perlu dipersoalkan kerana memang wujud keperluan. Di zaman ini, keadaan berubah. Nikah itu masih sah. Soalnya, adakah ia keputusan yang terbaik menurut situasi?

Islam itu sempurna.

Bila dikatakan sempurna, ia tidak berhenti pada ahwal halal haram semata-mata. Kesempurnaan Islam terangkum juga pada soal adil atau zalim, beradab atau biadap, bahagia atau sengsara. Islam tidak setakat syariat. Setiap kes pasangan hendaklah dikaji khusus berdasarkan situasinya yang tersendiri. Kisah hidup manusia berbeda-beda. Jalan takdir berlainan.

Agama kita bukan sekadar hukum hakam. Wahyu kepada manusia ini bersifat manusiawi. Hal yang halal tetapi menyakiti tanpa alasan yang benar, pun boleh jatuh haram. Islam itu lengkap pada aqidah, feqh dan tasawuf. Iman, islam dan Ihsan. Sesuatu amalan itu kewajarannya dipengaruhi oleh kematangan, kemampuan memikul tanggungjawab, adat, fitrah, keadaan, zaman, tempat dan seumpamanya.

Islam tidak menafikan kemanusiaan.

Sufi Naqsyaband di zaman Syeikh Abdul Wahab Rokan digalakkan untuk kahwin ramai. Poligami. Ketika itu ialah era peperangan melawan belanda. Bersesuaian keadaan zaman. Seorang anak murid sufi berkelayakan menjaga isteri-isteri, menyebarkan dakwah dan berjihad. Ia tidak pelik kerana wujud sebab tersendiri.

Sufi Naqsyaband di zaman sekarang pula digalakkan kahwin seorang sahaja. Kepada orang bujang, digesa segera bernikah. Kita sudah di akhir zaman. Sempurnakanlah sebahagian agama cepat-cepat. Lebih penting menjaga anak isteri yang ada berbanding menambah lagi beban. Amanah yang ada pun belum tentu sempurna dilaksana. Zaman kita lagi mencabar. Ketika ini ialah era fitnah dajjal berleluasa.

Masanya hampir tiba.

“Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sampai-sampai ada seorang yang pergi ke isterinya, ibunya, putrinya, saudarinya dan bibinya kemudian mengikatnya karena khawatir keluar menuju Dajjal.”

(HR. Ahmad)

Kahwin bukan sekadar soal nafsu.

Pilihan beristeri seorang atau ramai,

Sewajarnya dinilai neraca iman.

 

ﺇﺫﺍ ﺟﺎﺀﻛﻢ ﻣﻦ ﺗﺮﺿﻮﻥ ﺩﻳﻨﻪ ﻭﺧﻠﻘﻪ ﻓﺰﻭﺟﻮﻩ ﺇﻻ ﺗﻔﻌﻠﻮﻩ ﺗﻜﻦ ﻓﺘﻨﺔ

ﻓﻲ ﺍﻷﺭﺽ ﻭﻓﺴﺎﺩ ﻛﺒﻴﺮ

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian ridhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. Tirmidzi)

Karakter. Calon yang sesuai tidak terhenti pada beragama sahaja. Akhlak yang mulia sama ditekankan. Sikap bertanggungjawab, bertimbangrasa dan kepimpinan patut ada pada lelaki sebelum memperisterikan seseorang. Karakter yang baik dan sekufu bakal membahagiakan pasangan dunia & akhirat.

“Fatimah binti Qais telah berjumpa Rasulullah menceritakan bahawa Mu’awiyah dan Abu Jahm telah meminangnya, baginda bersabda yang bermaksud: Mua’awiyah seorang yang miskin tiada harta, manakala Abu Jahm pula seorang yang sentiasa mengantung tongkat di atas tengkoknya (garang dengan isterinya), maka kahwinlah dengan Usamah bin Zaid.”

(HR-Bukhari dan Muslim).

Maslahat nikah antaranya:

  1. Tidak timbul permusuhan, pertentangan dan fitnah.
  2. Wujud keserasian menurut uruf setempat.
  3. Dikahwini si isteri tersebut mengikut mahar seumpamanya.
  4. Mas kahwin adalah dinilai menurut mata wang setempat.
  5. Tidak menyusahkan pihak suami dalam mas kahwin yang dituntut.
  6. Perkahwinan tersebut tidak mendatangkan kemudharatan baik sebelah pihak suami atau isteri yang ingin dikahwini dalam kehidupan mereka. Tidak diwajibkan padanya (si suami) haji ketika akad nikah ingin dilaksanakan.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.