Tidak lama dahulu, penulis pernah memuji keupayaan Jepun mengekalkan kadar j3n4y4h yang rendah dalam buku Dasar Pandang ke Jepun. Tetapi berikutan situasi pandemik Covid-19 yang melanda di seluruh dunia terutama Jepun, kini negara Matahari Terbit itu berdepan pertambahan kes j3n4y4h pecah rumah. Dan sasaran mereka ialah kelompok warga emas, satu lagi isu yang membelenggu negara itu.
Satu contoh kes ialah seorang lelaki warga emas yang tidak didedahkan identitinya. Pada satu hari, seseorang menelefon kediamannya dan mendakwa dirinya sebagai pegawai polis lalu bertanya berapa banyak wang simpanan yang dimilikinya. Lelaki itu kemudiannya memberitahu nilai wang yang dimilikinya dan tidak merasa curiga dengan panggilan berkenaan.
Beberapa jam kemudian, dua orang lelaki datang ke rumahnya dan mendakwa diri mereka sebagai pekerja syarikat gas. Selepas dibenarkan masuk untuk memeriksa keadaan gas rumahnya, kejujuran lelaki berusia 80 tahun itu dibayar dengan mereka mengikatnya, mer0mp4k 20,000 yen (RM784.17) dan melarikan buku akaun banknya.
Selepas dua peny4mvn itu menghilangkan diri, warga emas itu berjaya melepaskan diri daripada ikatannya dan meminta bantuan seorang jiran melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Dalam kes ini, lelaki itu bernasib baik. Tetapi bagi sesetengah mangsa warga emas lain, mereka tidak bernasib baik.
Pada akhir September lepas, dua lelaki yang menyamar sebagai pekerja syarikat gas mer0mp4k sebuah kediaman yang didiami pasangan warga emas di Adachi Ward, Tokyo. Mereka mula-mula memukul pemilik rumah berusia 80 tahun sebelum mengikatnya. Apabila isterinya pulang ke rumah, mereka melakukan perkara sama terhadap wanita berkenaan.
Setelah mendapatkan semua maklumat bank pasangan berkenaan, salah seorang daripada mereka keluar dan mengosongkan akaun bank. Sementara rakannya kekal berada di rumah menjaga dua warga emas itu sebelum kedua-duanya menghilangkan diri. Bila ditanya tentang keterangan dua per0mp4k itu, keterangan yang diberi kabur sekaligus menyukarkan pihak berkuasa mengesan penj3n4y4h-penj3n4y4h berkenaan.
Polis Metropolitan Tokyo mengeluarkan amaran kepada orang ramai terutama warga emas agar berhati-hati dengan individu yang mendakwa diri mereka sebagai pegawai polis atau pekerja syarikat gas. Amaran ini dikeluarkan susulan 12 s3r4ng4n pecah rumah dalam tempoh 10 minggu.
Kebanyakan mangsa yang dikenalpasti ialah warga emas dan mereka diikat dengan pita pembalut. Dalam sesetengah kes, per0mp4k bertindak g4n4s dengan memvkvl atau membvnvh seperti yang menimpa seorang wanita berusia 80-an di Koto Ward. Wanita tersebut bukan saja diikat dan ditutup mulut tetapi dic3k1k sampai m4ti oleh pelakunya agar dia tidak keluar mendapatkan bantuan.
Penganalisis Institut Hal Ehwal Global Meiji berusia 70-an, Jun Okumura berpandangan masalah yang dihadapi warga emas Jepun ialah terlalu percaya kepada orang yang mendakwa dirinya sebahagian daripada pihak berkuasa. Beliau berkata, “Di Jepun, ia dianggap lumrah untuk polis meronda sekitar kawasan perumahan, berbual dengan penduduk tempatan, menjaga warga emas dan mempunyai kehadiran di situ.
“Malangnya, orang sebegini juga mudah percaya apabila mereka menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa datang dari balai polis tempatan dan bertanyakan mereka soalan.” Okumura percaya sebahagian kes ini berlaku berikutan kesusahan hidup yang dihadapi akibat pandemik Covid-19. Bagaimanapun, beliau merasakan ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kesusahan mereka dan mengajak mereka melakukan j3n4y4h.
“Saya faham semua kes ini berkait, jadi nampaknya ada orang yang mengumpul individu yang mengalami kesusahan dari segi kewangan untuk melakukan r0mp4kan secara teratur. Dan dengan kes ini mendapat liputan meluas media, ramai orang akan berhati-hati dan individu yang mudah disasarkan sudah dir0mp4k, saya bimbang individu-individu ini akan menggunakan cara g4n4s untuk menyelesaikannya,” ujarnya.
Beberapa tangkapan telah dibuat di Kanagawa dan Chiba. Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati per0mp4k-per0mp4k ini dihubungi seseorang di laman media sosial dan diberi sasaran mereka. Ini sekaligus menunjukkan r0mp4k4n ini diatur oleh sekumpulan organisasi terancang tetapi pihak berkuasa masih tidak mengetahui identiti mereka dan bila semua perancang ini dapat dicekup.
Bagi mengelak aktiviti j3n4y4h ini dari terus berleluasa, pihak berkuasa meminta orang ramai untuk tidak membuka pintu kepada tetamu tidak diundang dan hanya berkomunikasi menerusi interkom. Pemilik rumah juga dinasihatkan mengesahkan identiti mana-mana pekerja dengan syarikat yang didakwa diwakili mereka sebelum membuka pintu.
RUJUKAN:
Ryall, Julian. (2020). Japan home invasion crime wave targets elderly residents ‘too trusting’ of authority figures. South China Morning Post. https://www.scmp.com/week-asia/people/article/3104537/japan-home-invasion-crime-wave-targets-elderly-residents-to
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih