Beberapa bulan lepas, pelakon berkaliber Russell Crowe memuat naik satu gambar menarik di Twitter semasa berada di Thailand. Ketika itu, pelakon The Loudest Voice itu menjalani penggambaran filem The Greatest Beer Run Ever. sebuah filem era Perang Vietnma. Anda boleh lihat tangkap skrin ciapan Crowe yang dinyatakan.
Sejak ciapan ini dinaikkan, ramai warga Thailand memuat naik imej sama di laman media sosial. Dan antara soalan yang dikemukakan kepada pihak kerajaan ialah mengapa perkara ini terus berlaku?
Imej kabel elektrik dan telekomunikasi yang tersusun rapat ini merupakan imej yang biasa dilihat di Bangkok terutama di kawasan kediaman. Bagi Kullapa Sakkaravech, seorang guru bahasa, pemandangan sebegini bukan saja menyakitkan mata yang melihat. Malah, ia juga boleh mendatangkan bahaya terutama semasa musim hujan dan banjir.
Tetapi dengan soalan yang dinyatakan di atas, agak sukar untuk percaya perkara ini dapat diubah – apatah lagi didorong oleh ciapan pemenang Oscar dan Golden Globe itu. Selepas ia timbul, Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha mengarahkan semua kabel elektrik dan telekomunikasi disusun semula dan dipasang di bawah tanah. Tetapi menurut Dr Napong Rugkhapan dari bahagian perancangan bandar Universiti Thammasat, Bangkok, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan.
Pertama, kebanyakan kabel yang dipasang sudah tidak digunakan tetapi sukar dialihkan kerana berselirat dan dipasang antara satu sama lain. Kedua, tiada keinginan untuk mengalihkan kabel lama oleh syarikat-syarikat internet atas alasan itu bukan tanggungjawab mereka. Mentaliti sebegini sememangnya mengecewakan warga Thailand dan ia tidak terhad kepada pihak swasta saja.
Tiga tahun lepas, kerajaan melaksanakan projek memanjangkan Sistem Pengangkutan Transit Bangkok (BTS) ke sekitar kawasan Universiti Kasetsart. Malangnya, projek ini terhalang akibat lambakan susunan kabel elektrik dan telekomunikasi di situ. Daripada mengalihkannya, kontraktor memilih memotong dahan-dahan pokok untuk mewujudkan ruang yang diperlukan mereka. Tindakan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai.
Crowe bukan satu-satunya figura terkenal yang menggeleng kepala melihat kabel berselirat ini. Pengasas Microsoft Bill Gates turut mengeluarkan komen serupa di Facebook pada 2016. Bagaimanapun, hantaran tersebut dipadamkan selepas pihak berkuasa memberitahu wujud kesilapan pada kenyataannya.
Begitupun, itu tidak bermakna teguran sebegini dipandang sepi oleh kerajaan Thailand. Susulan komen berkenaan, lebih 127 km kabel elektrik dan telekomunikasi dialihkan dan dipasang di bawah tanah oleh pihak berkuasa. Prayuth juga mengarahkan agensi kerajaan berkenaan agar menyegerakan fasa pertama membabitkan 39 batang jalan dalam dan sekitar Bangkok.
Dan pada 2019, Gabenor Bangkok, Aswin Kwanmuang mengarahkan Pihak Berkuasa Metropolitan Bangkok untuk mengalihkan semua kabel telekomunikasi dalam tempoh dua tahun. Inisiatif ini berjalan lancar di banyak kawasan tetapi kerja mengalihkannya masih lagi satu tugas sukar. Tetapi ramai percaya ciapan Crowe dilihat dalam mempercepatkan inisiatif yang dinyatakan.
RUJUKAN
Root, R. (2021, 3 Disember). Can Russell Crowe succeed in cleaning up Bangkok’s terrible wiring?. The Guardian.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih