Aku baru habis layan Justice League: Zack Snyder Cut. Pertama, aku nak cakap yang versi ni jauhhh lebih baik daripada versi Justic League versi Josh Whedon punya. Meskipun sedemikian, tidaklah mengatakan versi Snyder ini sempurna, malah masih banyak kelemahan-kelemahannya.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Pertama, kenapa aku katakan jauh lebih baik ialah cara Snyder mengambarkan setiap ahli Justice League. Beza dengan Whedon yang cuba meng-MCU kan JL, apabila downgrade semua superhero kecuali Superman, Snyder menghormati identiti JL itu sendiri dengan memperkenalkan kepada kita bahawa mereka ialah manusia-manusia berkuasa dewa atau persis dewa.

Sebab itu kita nampak yang flashback awal di mana kita dapat melihat flashback apa yang berlaku pada zaman Age Of Heroes, bagaimana aku nampak dewa-dewi tamadun purba. Aku nampak dewa-dewi dari Yunani, Norse, Mongol malah sehingga ke Hindu pun dengan entiti yang aku percaya mewakili Dewa Krishna.

Dan seperti mana Ages Of Heroes, maka gambaran pada superhero-superhero JL ini memang stay true pada godlike power deme. Dan Snyder lebih adil kepada watak Batman. Batman ada peranan lebih besar, tak nampak useless dalam ni, dan lebih berkualiti sebagai pemimpin. Cuma masih belum capai level Batman yang aku nak.

Kau bayangkan kau tengah cakap pasal seorang manusia biasa yang mengetuai para dewa-dewi dalam sebuah organisasi. Tapi walaupun dia manusia biasa, pernah ada suatu masa seluruh ahli JL jadi jahat. Superman, The Flash, Cyborg dengan Wonderman antaranya. Semuanya superpower yang mengatasi Batman hampir dari segenap sisi. Batman berjaya tewaskan semua superhero ni sebab dia ada pelan kecemasan dia sendiri. Sebab tu Batman digelar sebagai the greatest detective in the world.

Batman mungkin tak cukup kuat, tapi apa yang menjadikan seorang Bruce Wayne itu taraf dewa ialah kebijaksanaan dan geniusnya. Batman masih belum cukup genius pada mata aku walau dalam versi Snyder. Jadi, aku berharap filem lebih adil dalam menggambarkan watak seorang Batman. Superheroes terkuat dalam kalangan setiap ahli Justice Leagues.

Tapi aku suka bagaimana superheroes yang diperkenalkan dalam ni diberikan lore-lore dan backstory tentang siapa diri mereka. Itu yang kurang pada versi Whedon. Perlu tahu JL ni bukan macam Avengers. Setiap ahli Avengers ada filem-filem mereka tersendiri, sebelum disatukan dalam sebuah filem. Jadi, penonton dah kenal setiap watak ini, tetapi tidak kebanyakan watak Justice League.

Jadi, apa yang Snyder buat pada Flash, buat pada Cyborg adalah sangat layak sebab dua watak ini tidak memiliki filem mereka lagi. Lebih adil kenapa dua watak ini diberi lebih banyak exposure berbanding dengan watak-watak lain sebab dah ada filem tentang mereka.

Aku lagi suka peranan The Flash pada hujung filem, di mana The Flash diberi peranan yang lebih kritikal. Peranan apa? Kena tengok filem dia sebab nanti spoiler. Berbanding versi Whedon, pada pertempuran terakhir, memang kerja si Whedon ni suka downgrade setiap watak yang power dalam JL.

Seorang The Flash yang mampu melentur ruang dan masa, mampu berlari lebih laju daripada cahaya, dan mampu untuk undurkan masa sesuka hati mak dia sampai dia tercipta berapa banyal multiverse, hanya diberi peranan menyelamatkan entah siapa-siapa warga Russia yang tak ada significant besar pada filem.

Kelemahan pada versi Snyder ni dia pacing dia. Ada masa, slow pacing dia sesuai sebab perlu untuk tangkap emosi setiap watak. Contohnya menceritakan apa yang jadi pada Louis selepas kehilangan Clark.

Pacing slow awal filem memang aku setuju perlu. Tapi terkadang melewah pulak pacing dia, sampaikan ada babak yang tak perlu nak slow pun, dia suka slow, main-main dengan sinematografi, nak bagi setiap scene dia seindah mungkin. Nak skip, rasa sayang.

Dan mungkin pada susunan plot filem ni. Agak berterabur sejujurnya. Dia macam caca merba. Part 1, part 2, part 3, tak ikut sequences yang sebetulnya bagi menampakkan plot lebih jelas. Benda yang aku rasa lebih layak diletakkan di part 1, dia pi bubuh kat part 3 atau 4. Carca merba betul dia susun plot.

Lepas tu aku rasa filem ni dah jadi versi muzikal. Setiap babak mesti ada lagu-lagu pelik. Dah macam cerita Hindustan. Letak lagu-lagu pelik pada setiap scene tak menjadikan sebuah filem sebagai dark, bawak elemen depression dan seumpama dengannya. Mood tidak akan jadi lagi dark, melankolik kalau setiap scene kau nak bubuh lagu. Tapi mana lah tahu mungkin ni cara Snyder nak cuba benda baru?

Lepas tu ada babak-babak yang aku rasa melewah sangat. Dia nak cerita pasal Clark lepas bangkit dari kem.at.ian, dan jumpa family dia pun nak ambil 10 minit masanya. Mengantuk betul layan babak-babak yang melewah ini. Seolah-olah aku rasa filem dipendekkan kepada tiga jam, tapi Snyder sengaja memanjangkan jadi 4 jam.

Oh ya, aku suka lawak dalam filem ni. Lawak dia lebih witty, sarcastic sesuai dengan mood DC itu sendiri. Berbanding versi Whedon, semua pesyen lawak bodoh MCU. Tak sesuai, tak kena langsung dengan theme DC. Merosakkan betul.

Dan pada penghujung filem ni, kita dihadapkan dengan dua kemungkinan sekuel. Sekuel pertama ialah mengenai preparation untuk melawan Darkseid yang merupakan Thanos versi DC, tapi lagi power, lagi menakutkan, lagi menghancurkan dan lagi power.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Yang kedua, barangkali di alternate universe di mana mungkin mereka kalah dengan Steppenwolve. Mungkin Superman kehilangan Lois Lane, lantas jadi gila dan jadi Superman versi jahat yang lagi power, lagi memb.unu.h sampaikan superhero yang masih hidup terpaksa kerjasama dengan villain yang sedia ada untuk tundukkan Superman.

Jadi, macam orang lain, aku akan trendingkan #RestoreTheSnyderverse

Rating aku? 6.5/10


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.