Dalam pasaran atas talian perkakas realiti maya semakin menjadi mampu milik. Peralatan tanpa jenama hanya dalam ratusan ringgit sahaja. Zeiss dan Lenovo menawarkan produk mereka pada harga masing-masing RM489 dan RM729. Manakala jenama Oculus mempunyai tiga jenis iaitu Quest 64GB (RM2,600), Rift (RM2,975) dan Quest 128GB (RM4,149). Dari suatu perspektif, harga ini dalam lingkungan iPhone 11 yang diminati ramai.

Realiti maya memberikan suatu pengalaman simulasi komputer yang seakan-akan sama dengan dunia nyata. Tujuannya pun meluas juga sama ada hiburan, pendidikan, kajian dan pertahanan. Penggunaan yang begitu meluas sebegini membuka pelbagai jenis peluang yang menjimatkan kos.

Cabaran semulajadi telah dijadikan penghalang bagi kemajuan misi-misi aeroangkasa, oleh kerana pemahaman yang diperlukan tentang suatu persekitaran selain daripada teori semata-mata. Dengan teknologi realiti maya, Agensi Angkasa Eropah telah menjalankan latihan pemadaman api berdasarkan persekitaran Bulan.

Korea Selatan walau bagaimanapun telah menggunakan teknologi realiti maya bagi situasi yang jauh lebih meluas daripada aplikasi saintifik semata-mata. Emosi seorang ibu yang kehilangan anak takkan mungkin boleh digambarkan. Jutaan ibu di seluruh dunia mengalami kepahitan hidup sedemikian selepas anak mereka diambil Tuhan atas faktor-faktor tertentu. Jang Ji-sung merupakan salah seorang yang sudah empat tahun meratapi pem3rgian Na Yeon-yang.

Hati keluarga mana yang tidak pecah apabila anak mereka disahkan menghidapi kanser dar4h. Na Yeon pula meningg4l dunia sebelum umur tujuh tahun. Namun Jang Ji-sung berjaya memanfaatkan peluang untuk melihat Na Yeon-yang semula.

Bukan sihir atau syirik yang menghubungkan ibu dan anak ini. Sebaliknya teknologi realiti maya berjaya merekakan simulasi seolah-olah Jang Ji-sung berjaya bertemu dengan Na Yeon-yang di syurga.

Dalam alam realiti, Jang berdiri di dalam studio yang dipenuhi layar hijau sambil memakai peralatan realiti maya di kepala dan tangan.

Namun yang paling menyayat hati, Jang tidak dapat menyentuhi anaknya. Rambut Na Yeon tidak dapat dirasai jari-jemarinya. Pengalaman tidak ternilai ini hanya terhad pada penglihatan dan pendengaran sahaja.

Dengan suara begitu sebak lagi teresak-esak, Jang melayan soalan-soalan Na Yeon yang bertalu-talu: “Mak pergi mana? Mak ingat saya tak?”. Na Yeon kemudian berkata, “saya rindu mak sangat. Peganglah tangan saya.”

Disaksikan juga oleh bapa, abang dan kakak Na-Yeon, staf VR Studio pun boleh dikatakan menahan pilu juga. Dan paparan realiti maya diteruskan dengan sambutan hari lahir dimana Na Yeon mengucapkan keinginannya supaya Jang berhenti sedih.

Video Penuh: https://www.youtube.com/watch?v=uflTK8c4w0c

Projek Na Yeon ini memakan masa selama lapan bulan. Taman kunjungi Jang dan Na Yeon diciptakan secara maya berdasarkan taman yang pernah mereka kunjungi dulu. Sebarang video yang ada semasa Na Yeon digunakan bagi tujuan tangkapan pergerakan (motion capture) supaya simulasi Na Yeon boleh dibuat. Walaupun tidak sempurna, VR Studios berjaya membuat apa yang tidak dinikmati ramai sekalipun tafsiran positif dan negatif daripada pihak umum.

Impak teknologi sebegini terhadap keluarga dengan rapi dibincangkan.

  1. Apakah melihat si m4ti boleh merawat duka lara keluarga?
  2. Apakah keluarga takkan begitu ketagih untuk bertemu anak yang sudah tiada?
  3. Bukankah realiti maya boleh mengurangkan potensi hidup keluarga kerana terlalu sedih?
  4. Realiti maya ibaratkan Batu Penjelmaan yang diilhamkan dalam Harry Potter 7. Apakah penggiat realiti maya takkan berakhir seperti Cadmus Peverell jua?

Soalan takkan terhenti. Tetapi beberapa syarikat realiti maya telah menggerakkan kerja untuk pengumpulan data yang hidup dan yang mati supaya avatar digital boleh diciptakan.

Tidak pelik jika suatu hari nanti manusia boleh mencerap manusia daripada fizikal ke mental sehingga rohani untuk mewujudkan simulasi seorang moyang yang memberikan nasihat hidup kepada keturunannya ke-10. Dari segi fitrahnya pula, teknologi sebegini memberikan ilmu yang meluas.

Bayangkan jika keadaan di 1920-an dirakamkan dengan sempurna untuk realiti maya. Yang lahir pada tahun 2120 pun boleh menikmatinya kelak.

RUJUKAN:

Chng-won, L. (2020 February 7). Sorrow-stricken mother reunites with deceased daughter in virtual world. Aju Business Daily. Retrieved from http://www.ajudaily.com/view/20200207175148638

Houser, K. (2020, February 7). Watch a mother reunite with her deceased child in VR. Futurism. Retrieved from https://futurism.com/watch-mother-reunion-deceased-child-vr

Ilbo, S. (2020, February 6). “I want to see Nayeon once.” Meet her daughter who died in VR. Segye. Retrieved from http://engnews24h.com/i-want-to-see-nayeon-once-meet-her-daughter-who-died-in-vr/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.