Ketika bercakap pasal Rom, nama Julius Caesar pasti tidak dapat dielakkan. Mana taknya, beliau adalah figura ikonik yang telah mengubah sejarah Rom dari sebuah republik menjadi sebuah empayar yang besar dan berkuasa.
Tetapi, siapakah Julius Caesar dan bagaimana beliau berjaya mencapai kegemilangannya sebelum jatuh terhina?
Julius Caesar dilahirkan pada tahun 100 SM dalam sebuah keluarga bangsawan Rom. Walaupun berstatus bangsawan, keluarganya bukanlah antara yang terkaya.
Namun, kebijaksanaannya dalam strategi politik dan ketenteraan menjadikan beliau tokoh penting dalam sejarah Rom. Kerjayanya bermula sebagai seorang tentera muda yang berani, dan kebolehannya terbukti dalam pelbagai kempen ketenteraan di luar negara.
Salah satu kejayaan terbesarnya adalah penaklukan Gaul (kini Perancis dan Belgium) dari tahun 58 hingga 50 SM. Kemenangan ini bukan sahaja mengukuhkan kuasanya tetapi juga menambah kekayaan dan popularitinya di kalangan rakyat Rom. Kejayaan dalam penaklukan ini membuka jalan bagi Caesar untuk meraih lebih banyak pengaruh dan kuasa dalam politik Rom.
Namun, kebangkitannya tidak disambut baik oleh semua pihak. Senat Rom, yang terdiri daripada golongan elit, mula merasa terancam oleh pengaruh dan kuasa Caesar yang semakin meningkat.
Pada tahun 49 SM, setelah tempoh jangka pentadbirannya sebagai gabenor Gaul tamat, Senat memerintahkannya untuk melepaskan tenteranya dan kembali ke Rom sebagai warganegara biasa.
Caesar enggan dan memilih untuk berarak masuk ke Rom dengan tenteranya, melintasi Sungai Rubicon. Ini lantas menjadi suatu tindakan yang dianggap sebagai pengisytiharan perang terhadap Senat.
Perang saudara pun tercetus, dan dalam masa yang singkat, Caesar berjaya menewaskan tentera yang setia kepada Senat. Pada tahun 45 SM, Caesar dilantik sebagai diktator seumur hidup oleh Senat.
Reformasi yang dilakukannya dalam tempoh pemerintahan singkat ini, termasuk memperkenalkan kalendar Julian, memberi kesan besar yang masih dirasakan hingga kini.
Namun, kuasa mutlaknya membawa kepada kejatuhannya. Pada 15 Mac 44 SM, Caesar dibunuh oleh sekumpulan senator yang merasakan beliau terlalu berkuasa dan mengancam prinsip-prinsip republik Rom. Pembunuhan ini, yang dikenali sebagai “Ides of March,” menjadi titik perubahan besar dalam sejarah Rom.
Julius Caesar, dengan kebijaksanaan dan keberaniannya, berjaya mengubah wajah Rom. Namun, keangkuhannya dan keinginannya untuk berkuasa mutlak membawa kepada kejatuhannya yang tragis.
—
Kisah tragis Julius Caesar hanyalah sebahagian daripada warna-warni sejarah tamadun Rom. Tahu tak yang ada banyak lagi tokoh dan peristiwa menarik melibatkan tamadun Rom?
Berminat nak belajar pasal tamadun Rom? Anda kena baca KITAB TAMADUN ROM!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Historofil yang punyai minat untuk berkongsi hasil dapatannya melalui wadah penulisan. Harapannya cuma satu, menjadi sebahagian daripada penyumbang kepada pembangunan tamadun anak bangsa menuju sebuah keagungan.