Nama NORLIA GHANI pada generasi baru mungkin sinonim dengan lakonan watak ‘Joyah’ dalam drama bersiri terkenal OPAH. Tahukah anda Norlia terlebih dahulu bertapak dalam bidang seni melalui nyanyian, melawak dan juga muncul dalam filem PERTAMA beliau arahan P.Ramlee?
Norlia binti Abdul Ghani dilahirkan di Kg. Raja Udang, Klang pada 19 Disember 1948. Anak ke-5 dari 11 orang adik -beradik ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Methodist, Klang. Pernah berkahwin sebanyak dua kali termasuk perkongsian hidup bersama Ramli Ismail yang dikurniakan 4 orang anak termasuk pelakon terkenal Rusdi Ramli.
Sewaktu meningkat remaja, Norlia menyertai kumpulan kugiran bersama rakan baiknya M.Daud Wahid (Presiden PAPITA) dimana kugiran ini dinamakan SUKMA MURNI. Perwatakan Norlia yang bersahaja serta suka berseloroh membolehkan beliau menyanyi dan berlawak di dalam setiap undangan majlis perkahwinan. Kugiran ini aktif sehingga tahun 1965 dimana M.Daud menubuhkan kumpulan baru bernama D-LIMA.
Norlia membawa haluan dengan menyertai pertandingan ratu cantik dan sekali sekala beliau turut berulang alik dari Klang ke PJ untuk menyertai D-Lima membuat persembahan. Sewaktu berulang-alik itu juga Norlia bertemu dengan bekas suaminya Ramli Ismail, PA dan adik angkat P.Ramlee. Perkenalan ini membawa ke jinjang pelamin pada tanggal 20 April 1969 dan Norlia Ghani dikenali sebagai Norlia Ramli.
Ketika sibuk mengikut kumpulan D-LIMA bersama M Daud, Norlia juga tidak melepaskan peluang menyertai acara kemuncaknya : Pertandingan Ratu Cantik. Tuah badan siapa tahu, penyertaan beliau didalam satu pertandingan ratu cantik pada tahun 1968 membuahkan hasil.
Pertandingan ‘Ratu Pandigalongan’ telah diadakan di bangunan MARA anjuran sebuah badan kebudayaan.Juri yang didatangkan khas bukan calang calang, mereka adalah nama besar dalam filem termasuklah P.Ramlee, S.Kadarisman, Omar Rojik & S.Shamsudin. Walaupun tidak memenangi anugerah utama, namum Norlia berjaya dinobatkan sebagai ‘Ratu Fotogenik’. Selepas majlis tersebut, P.Ramlee sendiri bertemu Norlia dan menawarkan Norlia untuk menghadiri ujibakat keesokkan harinya.
Akhirnya Norlia terpilih untuk memegang watak berdialog untuk filem KANCHAN TIRANA (1968) arahan P.Ramlee. Watak bernama Chempaka ini adalah kekasih kepada watak Kanchan, lakonan Jins Shamsudin. Ternyata bakat lakonan beliau telah menarik perhatian pengarah S.Kadarisman untuk melamar beliau berlakon untuk filem kedua; PANGLIMA HARIMAU BERANTAI (1969).
Begitulah permulaan seni Norlia Ghani yang terus membuka jalan kepadanya untuk kembali dalam bidang nyanyian sekitar 70an termasuk berlakon dalam drama radio keluaran RTM bersama Seniman Ibrahim Din. Norlia juga turut diberi watak berlakon dalam filem dan drama berwarna keluaran tahun 80-an. Kemuncak karier beliau adalah memegang watak yang paling dikenali ramai – ‘JOYAH’ dalam siri drama televisyen OPAH (1983), arahan Zohara Gany Mhd. Bathusha.
Norlia Ghani bermula dengan CHEMPAKA dan kekal masyur sebagai JOYAH, pelakon dan pelawak hingga kehari ini.
Rujukan:
Repair Gambar Lama
Berita Harian Jun 1968
Sembang Santai Sheen bersama Norlia Ghani tahun 2009.
Tengku Zakaria P.Ramlee
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih