Tamadun China merupakan antara satu tamadun yang gah di dunia. Dan atas pengaruh itulah juga mereka mempunyai cara tersendiri di dalam mengekspresi dunia astrologi. Salah satunya yang berhubungkait dengan dunia astrologi China adalah Zodiak Cina iaitu sesuatu yang dikatakan berhubungkait dengan karektor setiap individu.

Malah pengaruh zodiak ini menurut kepercayaan masyarakat Cina di seluruh dunia akan menentukan penghidupan mereka kelak. Jadi apabila adanya tradisi perkahwinan dan sebagainya kebiasaannya hanya mereka yang pakar boleh menginteprasi maksud zodiak ini.

Dan permulaan kepada zodiak cina ini juga yang menandakan permulaan tahun baru Kalendar Qamari Cina bagi masyarakat Cina di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Zodiak Cina ini diungguli dengan 12 karektor haiwan sebagai lambangnya. Ianya adalah:

1. Tikus (Rat)
2. Lembu (Ox)
3. Harimau (Tiger)
4. Arnab (Rabbit)
5. Naga (Dragon)
6. Ular (Snake)
7. Kuda (Horse)
8. Kambing (Goat)
9. Monyet (Monkey)
10. Ayam (Rooster)
11. Anjing (Dog)
12. Khinzir (Pig)

Sejarah Asal Usul

Menyelusuri sejarah asal usul bermulanya zodiak Cina ini dikatakan ianya sudahpun wujud sejak adanya penghidupan manusia di dunia menurut legendanya. Namun begitu jika diperhalusi dari satu permulaan tahun baru Cina pula yang sistematik dimulai ketika pemerintahan maharaja China yang pertama iaitu Maharaja Qin Shi Huang.

Pemerintahannya bermula pada tahun 221M sehingga 206M dan merupakan dinasti pertama yang berjaya menyatukan keseluruhan China pada masa itu sebagai satu sistem pemerintahan berpusat. Ianya juga dikenali dengan pemerintahan China dibawah Dinasti Qin.

Hanya di ketika Dinasti Qin ini dikatakan tarikh perayaan dan bermulanya tahun baru Cina mengikut kalendar agak jelas dengan menjadikan bulan 1 sebagai permulaannya. Kerana jauh sebelum itu ianya dikatakan mempunyai kecelaruan iaitu tiada yang sistematik mengikut kesesuaian pemerintahan dinasti-dinasti yang berkuasa.

Mitos Dan Legenda

Sudah tentu, penceritaan mengenai zodiak cina tidak akan menarik tanpa menyelitkan mitos dan legenda mengenai kewujudannya di dalam masyarakat Cina di seluruh dunia. Dan di dalam legenda ini akan terjawab kenapa dan mengapa banyak haiwan tiada di dalam senarai.

Al-sahibul hikayat, dikatakan pada suatu hari telah dijemput kesemua haiwan di alam maya untuk beradu di dalam satu pertandingan. Peraduan tersebut adalah siapa yang paling pantas menyeberangi sebuah sungai. 12 yang paling pantas akan diungguli namanya di dalam satu kalendar tahunan yang akan menjadi rujukan segenap manusia.

Maka ianya didengar oleh sang Kucing dan Tikus, suatu masa dahulu mereka ini dikatakan adalah “sahabat baik” dan berjanji untuk bersama-sama beradu tenaga di dalam pertandingan tersebut. Namun tiba harinya, si tikus pula telah membuat onar dengan tidak membangunkan si kucing.

Cerita si Tikus pula sewaktu pertandingan adalah sang haiwan yang bijak serta opportunis. Tikus mengetahui bahawa jika melihat kepada saiznya yang kecil sudah tentu dia kalah dengan haiwan-haiwan yang lain. Maka sewaktu pertandingan bermula, si tikus terlebih dahulu melompat di atas badan si lembu yang besar.

Menurut legenda dikatakan si Lembu yang sepatutnya menang tetapi si Tikus yang menungganginya dahulu yang berjaya melompat ke tepian sungai yang menjadikan ianya adalah haiwan yang pertama menyeberangi sungai tersebut. Maka jatuhlah si Lembu di tempat kedua dan disusuli haiwan-haiwan yang lain. Yang terakhir sekali adalah si sang khinzir yang dikatakan agak lambat pergerakannya.

Dan menurut legenda inilah mengapa dan kenapa zodiak cina dimulai dengan si tikus (rat) dan diakhiri dengan si khinzir (pig). Dan kesudahannya si kucing tiada di dalam senarai kerana si kucing tidur sepanjang hari tanpa menyertai pertandingan tersebut.

Di samping itu, disinilah bermulanya “perkelahian” antara si kucing dan si tikus yang dikatakan pada awalnya bersahabat baik akhirnya menjadi musuh ketat sehingga sekarang.

Serupa Tetapi Tidak Sama

Tamadun China itu cukup luas dan kerana itulah pengaruh budayanya juga menebar di kebanyakan Negara di Asia seperti Vietnam, Jepun, Thai serta banyak lagi.

Dari sini kita juga akan melihat bagaimana Zodiak Vietnam juga mempunyai 12 karektor haiwan dan urutan haiwannya hampir sama Cuma berbeza “lembu” (zodiak Cina) digantikan dengan “kerbau”(zodiak Vietnam). Perbezaan juga dapat dilihat pada urutan “arnab”(zodiak cina) digantikan dengan “kucing”.

Selain itu Jepun juga mengaplikasi zodiak yang sama tetapi berbeza di urutan yang terakhir dengan menggantikan khinzir (zodiak cina) kepada babi hutan atau wild boar (zodiak Jepun). Manakala untuk zodiak dari Negara Thailand pula menukar rupa bentuk naga kepada sejenis ular besar.

Dan di benua Eropah juga mempunyai zodiak yang seakan-akan sama dengan zodiak cina dan ianya diungguli oleh Orang Bulgar yang menggunakan bahasa Slavia dan beragama Kristian Ortodoks di Negara Balkan. Zodiak yang mempunyai karektor yang sama ini dikenali dengan nama Zodiak Pagan Bulgaria.

Inilah sekelumit wacana ilmu untuk kita cuba mengenali Zodiak Cina yang sesungguhnya mempunyai keistimewaannya tersendiri di dalam kepercayaan masyarakat Cina di seluruh dunia.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memartabatkan sejarah Sarawak dan Borneo agar mampu diketahui sebaik mungkin oleh masyarakat Malaysia merupakan visi dan misi yang utama di dalam penulisannya. Seorang jurutera automatif yang terjun ke dunia penulisan bagi memvariasikan kebolehan dirinya.

Leave A Reply