Bahasa-bahasa yang digunakan oleh etnik Cina di Malaysia boleh dikategorikan kepada 2 kelompok besar, iaitu bahasa-bahasa dari wilayah Fujian dan dari wilayah Guangdong.
Dalam kumpulan bahasa dari wilayah Fujian, adalah bahasa-bahasa berikut:
1. Bahasa Hokkien
2. Bahasa Foochow
3. Bahasa Teochew
Manakala bahasa-bahasa dari wilayah Guangdong pula adalah:
1. Bahasa Kantonis
2. Bahasa Hakka
Terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua kumpulan bahasa. Kumpulan-kumpulan bahasa wilayah Fujian lebih hampir antara satu sama lain. Manakala bahasa dari wilayah Guangdong mirip satu sama lain.
Bahasa yang dituturkan oleh Cina Hainan pula saya tak pasti sebab kurang pendedahan kepada bahasa Hainan.
Taburan bahasa-bahasa ini pula seperti berikut.
1. Hokkien – Utara Malaya, Perak, dan Johor serta di pantai timur. Di Sarawak, kawasan tumpuan di Kuching dan Sibu serta Miri. Sabah pun rasanya agak ramai. Kebanyakan mereka akan membawa nama-nama seperti Tan, Lim, Lee dan Wong.
2. Foochow – kawasan tumpuan di Taiping, Setiawan, Sepang, Sibu dan Sarikei. Kemasukan kumpulan ini paling berbeza daripada kumpulan etnik Cina lain kerana merupakan satu-satunya yang dibawa masuk kumpulan mubaligh Kristian Cina.
3. Teochew – taburan merata seluruh negara tanpa ada satu kawasan tumpuan.
4. Kantonis – berpusat di KL dan sebahagian di Perak. Walaupun bilangan mereka kurang daripada Hokkien, tapi disebabkan oleh taburan tinggi di KL dan drama bersiri dari Hong Kong, lebih dikenali oleh orang bukan Cina.
5. Hakka – etnik Cina paling berterabur di seluruh dunia. Dan boleh jadi yang paling suka perang. Pernah dikatakan di mana ada orang Hakka, mesti akan ada yang terlibat dalam perang.
Tiada wilayah asal, kerana golongan Hakka telah bermigrasi dari satu wilayah ke wilayah lain, termasuk ke Korea. Malahan, nama kumpulan (etnik mungkin kurang sesuai) ini yang juga disebut Khekh Ngin dalam bahasa Hakka, bermaksud tetamu.
Gelaran bangsa perang sebab sering berperang mempertahankan diri daripada penduduk tempatan.
Tetapi pada masa yang sama, kumpulan ini juga paling senang berasimilasi dengan kaum lain, memperlihatkan banyak perkahwinan campur dengan kaum lain.
Satu lagi trivia kumpulan Hakka adalah mereka antara kumpulan yang mengingkari perintah maharaja China dulu kala untuk membalut kaki. Disebabkan kaum lelaki ada kalanya keluar dari kampung untuk berperang dan menyerang kaum musuh, maka kaum wanita bercucuk tanam di kampung. Malahan, kaum wanita akan turut mengangkat senjata sekiranya diserang.
Sifat perang ini juga ketara dalam pembinaan rumah tradisional etnik Hakka yang berbentuk seperti silo, yang dipanggil tulou. Bangunan berbentuk bulat ini senang dipertahankan daripada serangan luar, termasuk oleh kaum wanitanya. Rupa bentuk bangunan tulou ini juga hampir mencetuskan perang nuklear antara AS dan China, apabila AS beranggapan bangunan-bangunan tersebut merupakan lokasi pelancar ICBM China. Hanya apabila Presiden AS Ronald Reagan melawat China dan menyuarakan kebimbangan AS atas pemilikan senjata nuklear China barulah persoalan itu terjawab. Dikatakan Mao Tse-Tung ketawa besar apabila mendengar kebimbangan delegasi AS.
Mandarin diperkenalkan oleh puak Manchuria yang menjajah China sebagai bahasa perhubungan. Bukan milik mana-mana etnik Cina. Tetapi bahasanya paling mirip dengan Bahasa Hakka.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih