Lohong Hitam (Black Hole) tercipta daripada kematian bintang seperti matahari. Matahari adalah bintang, dan ia juga akan mati tak lama lagi. Tetapi jisim matahari tidak cukup besar untuk menjadi lohong hitam. Maka, bila matahari mati, dia akan jadi kecil dan sejuk yang dinamakan sebagai ‘white dwarf‘.

Bintang hidup dalam keadaan dua daya yang seimbang pada teras/pusat bintang tersebut. Daya pertama adalah daya graviti yang menarik, daya kedua adalah daya nuklear yang menolak keluar. Daya nuklear adalah bahan bakar bintang tersebut. Apabila bintang kehabisan tenaga nuklear, maka tenaga graviti akan menghilangkan kestabilan bintang.

Bagi bintang yang jisimnya lebih besar daripada matahari, ia akan meletup sebagai ‘supernova‘ yang menerangi galaksi. Setelah berlakunya letupan supernova, teras bintang yang masih mengandungi daya graviti akan membentuk Lohong Hitam. Menyedut segala-galanya yang melaluinya.

Lohong hitam mempunyai ‘escape velocity‘ melebihi kelajuan cahaya. ‘Escape velocity‘ adalah kelajuan yang diperlukan untuk lepas daripada graviti. Macam roket nak ke Bulan, perlukan ‘escape velocity‘ Bumi. Dengan premis, tiada perkara yang lebih laju daripada cahaya, maka, apa saja yang masuk ke dalam Lohong Hitam, tidak akan dapat keluar semula. Lohong Hitam mempunyai permukaan yang dipanggil ‘event horizon‘. Apabila kita melepasi permukaan ini, kita tidak akan dapat keluar semula.

Anda pernah nampak pusaran air di laut? Lohong Hitam lebih kurang begitulah. Tetapi Lohong Hitam memusarkan ruang-masa. Maksudnya ia ‘bend space-time‘. Macam mana maksudnya ‘bend space-time‘? Analoginya seperti kita boleh ‘bengkokkan’ udara. Udara berada dalam ruang, ruang itu sendiri boleh dibengkokkan oleh Lohong Hitam. Dan, pusaran air kelihatan 2D, nampak seperti piring, tetapi black hole adalah 3D. Ia seperti bola yang berpusing.

Menurut Teori Kerelatifan Umum (General Theory of Relativity) yang dibangunkan oleh Einstein, Lohong Hitam ‘bend space-time‘ sehingga membentuk ‘singularity‘. Singulariti adalah keadaan di mana koordinat sudah tidak lagi terpakai kerana fabrik ruang-masa ‘dijerut’ sehinggakan tekanan gravitinya sangat tinggi.

Sama seperti pusaran air yang membentuk tornado pada penghujungnya, begitulah juga pada Lohong Hitam. Tetapi ‘singularity‘ bersifat ‘infinity‘, ketumpatannya (density) tidak terhingga. Dikatakan juga, Lohong Hitam juga membentuk ‘wormhole‘, iaitu jalan pintas yang menghubungkan antara dua tempat di galaksi. Namun, masih tiada bukti berkenaan hal tersebut. But, it is very convincing.

Nilai ‘infinity‘ pada Lohong Hitam itu membuatkan persamaan matematik runtuh untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dalam Lohong Hitam. Disebabkan perkara ini, ramai boleh buat andaian macam-macam sebab tiada pembuktian kukuh daripada matematik apakah sebenarnya yang berlaku dalam Lohong Hitam.

Antara Lohong Hitam terbesar adalah yang menjadi pusat galaksi. Alam semesta ini mempunyai banyak galaksi. Galaksi kita adalah ‘Milky Way‘, dan pusat Milky Way adalah Lohong Hitam Supermasif. Jisimnya adalah 4.5 bilion lebih besar daripada matahari.

Kalau tengok filem ‘Interstellar‘, masuk Lohong Hitam akan menuju ke dunia lima dimensi, di mana ruang-masa dimensi ketiga boleh diganggu dengan berpatah balik ke masa silam. Setakat ini, apa-apa cubaan untuk masuk ke lohong hitam itu adalah mustahil sebab sifat gravitinya saja sudah cukup memustahilkan pelbagai cubaan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

1 Comment

Leave A Reply