Buat mereka yang belajar Bahasa Jepun ataupun peminat manga dan anime, pasti akan dapati bahawa tulisan Jepun ada pelbagai bentuk. Dan setiap satunya ada fungsinya yang tersendiri.

HIRAGANA

Jenis tulisan yang paling asas dalam Bahasa Jepun adalah hiragana. Tulisan ini biasanya ‘starter pack’ untuk sesiapa yang baru nak berjinak dengan Bahasa Jepun.

Kalau kita perhatikan, cara menulis huruf-huruf hiragana lebih banyak yang berbentuk lengkung. Kebiasaannya, cara menulis tersebut yang paling senang untuk ‘beginner’.

Tulisan yang ada 46 huruf ini berfungsi sebagai tulisan yang asas kepada bentuk tulisan yang lain. Contohnya, untuk menulis perkataan ‘saya’ :  わたし(watashi).

KATAKANA

Jenis tulisan yang seterusnya ialah katakana. Katakana pun ada 46 huruf dan bunyi untuk setiap huruf sama macam hiragana.

Untuk kenal dengan mudah, huruf-huruf katakana ini banyaknya yang berbentuk petak atau bersegi-segi.

Bezanya dengan hiragana ada pada fungsi. Katakana digunakan untuk menulis nama khas bukan asalnya dari Jepun.

Contohnya seperti nama orang Ali (アリ), negara Malaysia (マレーシア), makanan nasi lemak (ナシレマ) dan banyak lagi.

KANJI

Dan ‘level’ tulisan yang paling tinggi ialah kanji. Ia merupakan gabungan pelbagai huruf daripada hiragana dan katakana, ataupun gabungan bentuk-bentuk lain untuk hasilkan satu karakter.

Ada karakter kanji yang ringkas dan ada juga yang kompleks. Bilangannya memang sangat banyak.

Cara bacaan kanji sama sahaja dengan bacaan perkataan dalam hiragana. Jadi, umumnya fungsi kanji adalah untuk ringkaskan perkataan dalam hiragana menjadi satu karakter.

Menariknya tentang kanji, untuk satu karakter kanji boleh ada pelbagai cara baca dan makna yang berbeza. Ia bergantung jika kanji tersebut digabungkan dengan karakter kanji yang lain untuk membawa maknanya tertentu.

Contohnya, ‘saya’ (watashi) :  わたしmenjadi 私 . Apabila  digabungkan dengan karakter kanji yang lain; 鉄 ia akan menjadi  私鉄 iaitu してつ (shitetsu) iaitu kereta api persendirian.

ROMAJI

Kalau kita tengok semula jadual kanji di atas, ada satu lagi bentuk tulisan iaitu romaji. Romaji bukanlah tulisan yang digunakan oleh orang Jepun.

Tetapi ia digunakan oleh orang Malaysia yang belajar cara membaca dalam tulisan Jepun. Sebab itu romaji ini ditulis dalam rumi.

Bagi sesiapa yang dah biasa membaca tulisan Jepun dalam bentuknya yang asal, mereka dah tak perlukan lagi untuk rujuk tulisan romaji ini.

Artikel dikirimkan oleh Ajmal Mustafa untuk The Patriots.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.