1) Memakai cincin merupakan sunnah yang sabit dari Rasulullah ﷺ.

Perlu faham,bila sebut Sunnah, ia masih tertakluk kepada hukum taklif yang lima bergantung keadaan, samada Wajib, Sunat, Harus, Makruh, Haram.

Secara umumnya, sunat memakai cincin atas dasar ittiba'(mengikut/mencontohi) Baginda.

2)Bagi lelaki boleh memakai cincin Perak,dan bukan Emas.

Diharuskan memakai selain perak,cuma menurut sebahagian fuqaha’ makruh memakai cincin besi.

Demikian juga harus memakai cincin dari logam bernilai selain Emas semisal Titanium.

Adapun cincin dari kayu, batu dan sebagainya kekal harus hukumnya.

3) Diharuskan memakai cincin yang berukir mahupun cincin yang memiliki batu yang diikat padanya berdasarkan hadith-hadith yang menerangkan sifat cincin Rasulullah ﷺ.

4) Rasulullah ﷺ sering memakai cincin di kelingking kanan Baginda,sementara ada riwayat bahawa cucunda Baginda,Sayyiduna Imam Al Hasan dan Al Husain رضي الله عنهما وسلام الله عليهما memakai cincin di tangan kiri.

5) Ada riwayat dalam Sahih Muslim yang secara zahir menyebutkan larangan memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk bagi lelaki.Menurut Imam An-Nawawi tegahan ini hanya bersifat makruh,bukan haram.

RUJUKAN:

-Mawahib Al Laduniyyah bil Minah Al Muhammadiyyah,Imam Ahmad bin Muhammad Al Qastallani رحمة الله عليه
-Mawahib Al Laduniyyah ‘Ala Syamaail Muhammadiyyah,Imam Abu ‘Isa Muhammad bin ‘Isa At-Turmudzi رحمة الله عليه
-Al Minhaj bi Syarh Sahih Muslim,Imam Yahya bin Syaraf An-Nawawi رحمة الله عليه

Gambar: Mawlana Imam Nuruddin ‘Ali Jum’ah حفظه الله ورعاه mengenakan cincin di kelingking kanan beliau.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Orang Pekan atau nama sebenarnya Mohammad Faeez Harith bin Khairil Anuar merupakan seorang pendakwah bebas yang memegang Tauliah Jabatan Agama Islam Selangor. Beliau juga merupakan jurulatih kecergasan sepenuh masa di Clark Hatch Fitness, One World Hotel, Bandar Utama Petaling Jaya. Follow Twitter beliau di: https://twitter.com/H_Bakkaniy

Comments are closed.