Aku baru tahu dekat portal The Patriots ada lebih kurang 6000 artikel, dan aku sendiri tak sempat baca habis semuanya. Jangan kata dekat portal, buku yang ada dekat rumah aku sendiri pun ada yang tak habis baca. Belum kira jurnal yang aku download dari researchgate dan academia lagi, tak sempat baca pun.
Aku boleh kata aku seorang suka membaca, tapi semuanya bergantung kepada bahan bacaan tu sendiri. Ada buku 300 mukasurat aku boleh habiskan dalam dua hari dan ada buku 100 mukasurat yang aku berjaya habiskan setelah dua tahun. Ada buku yang aku boleh ulang baca sehingga lebih tiga kali.
Nak mula membaca, pilih buku yang kena selera anda. Buku yang bagus untuk orang lain belum tentu bagus untuk anda. Mengetahui minat sendiri adalah baik untuk memudahkan anda mencari buku yang anda boleh baca.
Antara subjek masa semester pertama aku dekat Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ialah subjek skill pembelajaran untuk pelajar separuh masa dan jarak jauh. Salah satu topik dalam subjek ni ialah skill untuk membaca.
Seorang ahli falsafah dari England pernah kata ;
“Some books should be tasted, some devoured, but only a few should be chewed and digested thoroughly.”
Skill Membaca
Skill membaca ada dua jenis iaitu membaca dengan laju dan membaca perlahan.
Membaca laju terpecah kepada dua iaitu mengimbas bacaan dan membaca sepintas lalu. Membaca perlahan bermaksud meletakkan penghayatan, analisa setiap ayat, dan proses mengingati semula bacaan.
Kebiasaannya untuk aku, apa yang aku buat ialah mengimbas bacaan. Satu muka surat buku dibaca dengan laju, aku cuma berhenti bila adanya perkataan menarik, perkataan yang rumit misalnya terma kejuruteraan atau nama sesuatu tokoh.
Bila mana aku menulis artikel, apa yang aku buat ialah aku rangka isi artikel, apa yang perlu ada di dalam artikel itu dan perkara penting untuk artikel itu. Selepas itu, barulah aku cari bahan bacaan yang perlu aku baca untuk ditulis dalam artikel. Tapi tak selalu cara ini berjaya, aku ada satu folder khas untuk aku simpan artikel yang tak siap. Kadang-kadang artikel itu terlalu rumit untuk dihantar ke editor, terlalu rumit untuk aku terjemahkan dalam tulisan. Kadang-kadang juga aku tak jumpa bahan bacaan untuk dijadikan rujukan.
Membaca sepintas lalu bermakna membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan buku tersebut tentang apa, siapa tokoh atau nama penting dalam buku itu, dan isi penting yang ada didalam buku tu.
Secara jujurnya, apa yang aku buat sepanjang menjadi pelajar separuh masa ialah aku cuma baca isi kandungan dan objektif pengajaran topik. Nota yang dibekalkan kepada setiap pelajar, tebalnya lebih kurang 500-800 muka surat untuk satu semester (4bulan). Bukan semua yang ada dalam buku tu masuk dalam peperiksaan, sebab konteks peperiksaan dekat OUM lebih banyak berkaitan pengalaman bekerja.
Dekat objektif pengajaran tu ada tulis apa yang perlu pelajar faham dalam setiap topik. setiap kata kunci tu aku cari maksud dan isi penting.
Aku baca isi kandungan lepas tu aku buat satu peta minda sendiri isi penting berdasarkan tajuk tu. Selepas tu aku akan baca sepintas lalu untuk kenalpasti apa yang tertulis dalam buku tetapi aku tertinggal. Untuk satu subjek, aku akan baca 10 jurnal berkaitan untuk pastikan aku faham tentang topik tu. Kalau ada 10 topik dalam satu subjek, 100 jurnal dan artikel aku perlu habiskan.
Sebagai contoh, subjek Pengurusan Risiko – topik Pengenalpastian Hazard, Analisa Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).
Aku carilah 10 jurnal berkaitan tajuk HIRARC ni untuk aku baca. Banyak pilihan dekat perpustakaan dalam talian OUM, academia, researchgate dan buku yang aku ada. Nak lebih bersedia dengan peperiksaan, baca teknik pengenalpastian risiko lain.
Sebagai contoh selain HIRARC, ada Analisa Keselamatan Kerja (Job Safety Analysis (JSA) atau Hazard and operability study (HAZOP).
Tiga nama yang aku sebut dekat atas tu ialah satu proses untuk mengenalpasti risiko berdasarkan kerja, cuma ada beberapa perbezaan. Mana tahu keluar soalan “ Terangkan perbezaan HIRARC, JSA dan HAZOP?” semasa peperiksaan. Ini contoh berdasarkan bidang yang aku belajar.
Tips
- Jangan buat sasaran terlalu tinggi, atau jangan buat sasaran bila kita perlu habiskan bacaan satu buku. Kita buka satu buku, habiskan setakat kita ok. Bila kita rasa mengantuk atau letih untuk meneruskan pembacaan, tanda mukasurat tu dan sambung bacaan kemudian.
*sebab guna cara ni ah ada buku yang aku habis bacaan selepas dua tahun.
- Tetapkan sasaran untuk habiskan bacaan walaupun lambat. Ini yang selalu aku pesan pada diri sendiri;
“Kalau tak mampu habiskan buku tu, jangan pernah buka mukasurat pertama.”
- Gunakan masa yang terluang untuk membaca. Tetapkan komitmen untuk membaca walaupun satu mukasurat sehari.
- Enjoy setiap bacaan.
“Reading is essential for those who seek to rise above the ordinary.” – Jim Rohn (Writer)
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih