Terbaca cadangan bernas ini yang sedang menular di FB dan disukai oleh ramai generasi “I’m not XXX, I’m Malaysian”. (sumber: https://www.facebook.com/
Dah baca 50 kali pun masih tak dapat hadam. Kalau Bahasa Melayu tak boleh dipanggil Bahasa Melayu disebabkan ia “no longer reserved for Malays”, rasanya Bahasa Inggeris (“English”) pun kena tukar nama kot memandangkan ia bukan lagi hak eksklusif orang England (“English people”). Kena tukar jadi “United Kingdom Language” sebab takut orang Wales, Scotland dan Northern Ireland terasa. Tapi kalau buat macam itu kang USA, Canada, Australia pula yang terasa.
Bahasa sememangnya dinamakan mengikut kaum penutur asal: Hindi is Hindi, bukan “Indian Language”. Arabic is Arabic, bukan “Saudian Language” atau “Yemeni Language”. Orang Iran pun masih bertutur dalam “Persian” bukannya “Iranian”. Austria tetap guna “German” sebagai bahasa kebangsaan, tak ada nak tukar jadi “Austrian” sebab merajuk dengan Nazi Germany. Bahasa tak perlu ikut prinsip Westphalia.
Kemudian katanya kalau tak guna Inggeris, pendidikan kita tak bertaraf dunia, tak berdaya saing. Dalam senarai top 10 PISA untuk subjek matematik, 7 negara (Finland, Norway, Ireland, Estonia, Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong) guna bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar. Yang selebihnya itu (Canada dan New Zealand) guna Bahasa Inggeris kerana bahasa kebangsaan mereka sememangnya Bahasa Inggeris.
Takkanlah terdapat satu negara iaitu Singapura yang mengagungkan Bahasa Inggeris lebih daripada bahasa kebangsaan yang lain (Singapura mempunyai 4 bahasa kebangsaan), terus kita nak ikut? Kenapa tak ikut majoriti negara yang mencapai kejayaan dalam pendidikan berbahasa pengantar bahasa kebangsaan?
Akhir sekali apa jadahnya elektif “advanced Malay”? Adakah maksudnya majoriti orang Malaysia hanya perlu cakap basic Malay (“how basic is basic”?), sementara itu hanya minoriti yang ambil kelas elektif je yang boleh berbahasa Melayu “advanced”? Saya pernah jumpa pekerja Bangladesh yang memulakan ayat dengan “sayugia…”, adakah itu kira “basic” atau “advanced”?
Sebenarnya, apa masalah sekiranya kedudukan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan kita dikekalkan? Apa yang susah sangat untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian? Apa yang susah sangat untuk mengguna Bahasa Melayu dalam apa-apa urusan? Apa yang susah? Bak kata Winston Churchill, “want thousand powers, don’t want thousand excuses”.
Sebelum kita nak meremehkan Bahasa Melayu seolah-olah ia tidak “international” atau tidak “commercial”, cuba tanya diri kita apakah usaha yang telah kita lakukan untuk mengantarabangsakan Bahasa Melayu? Adakah kita mengemaskini media sosial dalam Bahasa Melayu? Adakah kita berkomunikasi dengan kawan non-Malay dalam Bahasa Melayu? Atau kebanyakan masa kita sendiri pula yang merasa malu dan “inferior” dengan bahasa kita?
Bila kita mempertahankan perkara ini, terus kita dicop “chauvinist”, “Melayu Ultra” bagai (kalau saya spesial sikit, dicop Melayu celup). Padahal kita cuma tak nak identiti kenegaraan kita hilang. Tak nak jadi orang yang tak kenang budi. Tak nak mengkhianati warisan nenek moyang yang diamanahkan kepada kita.
Saya pening dah dengan orang Malaysia sekarang, lagi-lagi di era “so-called” Malaysia Baharu ini. Baik jadi orang Korea, tak ada isu tak nak belajar dalam Bahasa Korea atau timbul rasa malu dengan Bahasa Korea.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih