Lusa, negara jiran kita Indonesia akan mengadakan Pilihanraya Presiden (Pilpres) bagi melantik Presiden Indonesia bagi tahun 2019-2024.

Calon presiden (capres) kali ini sama dengan Pilpres 2014, iaitu Joko Widodo (Jokowi) dari Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dan Prabowo Subianto Djojohadikusumo (Prabowo) dari Partai Gerakan Indonesia Raya (Gerindra). Masa tu, Jokowi menewaskan Prabowo dengan 53% undian.

Persaingan kali ini adalah lebih sengit berbanding 5 tahun yang lalu. Waktu tu isu yang dimainkan hanya “Jokowi Kristian” “Jokowi Cina”. Dakyah sebegitu rupa berjaya ditangkis selepas Jokowi membuat umrah beberapa hari sebelum Pilpres.

Tapi kali ini, gandingan Prabowo dan Sandiaga Uno (Sandi) macam ada “sesuatu” yang boleh menggugat Jokowi.

“Sesuatu” itu ialah gelombang populisme-nasionalisme yang sedang menggoncang dunia. Dalam “dunia tanpa tembok”, apa yang melanda dunia akan turut dirasai oleh negara individu. Indonesia pun tak dapat lari daripada gelombang populisme-nasionalisme yang bermula di Eropah dan US.

Waktu Pilpres 2014, gelombang populisme-nasioalisme tak begitu kuat. Populisme-nasionalisme hanya mendapat momentum selepas rakyat UK mengundi untuk keluar dari EU pada Jun 2016 dan Trump memenangi Pilpres pada Disember 2016.

Populisme-nasionalisme ialah ideologi menolak sistem ekonomi perdagangan bebas dan proses “globalisasi” yang membuka sempadan negara. Melihat perdagangan bebas dan globalisasi sebagai sistem yang hanya menguntungkan golongan elit, populis-nasionalis mahu dasar ekonomi negara memberi keutamaan kepada rakyat melalui langkah seperti perlindungan perdagangan (protectionism).

Populisme-nasionalisme bangkit di US akibat ramai tak puas hati dengan dasar ekonomi Obama yang dikatakan terlalu liberal. Dengan itu, Trump muncul dengan imej “jaguh rakyat” yang mengkritik Obama sebagai globalis “neo-liberal” (golongan pro pasaran bebas) yang tak “pro rakyat”.

Begitu juga di Indonesia, Jokowi dikatakan tak cukup pro-rakyat dengan dasarnya yang mesra perdagangan bebas dan pelaburan asing (terutamanya pelaburan China). Jokowi juga gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi 7% setahun yang dijanjikan semasa Pilpres 2014. Yang dicapai hanya 5% setahun. Ini memberi peluru kepada Prabowo untuk kembali mencabar Jokowi.

Prabowo dan team cuba meniru strategi Trump dengan mengkritik Jokowi sebagai “neolib” (singkatan bagi neo-liberal), dan cuba meyakinkan rakyat bahawa Prabowo lebih berkemampuan untuk mencipta peluang pekerjaan. Tapi program ekonomi Prabowo-Sandi masih samar-samar, masih di awang-awang lagi.

Jadi nak tak nak, Prabowo kena fokus kepada politik identiti yang juga merupakan elemen penting dalam kempen Trump. Kalau Trump meraih sokongan Kristian konservatif dan evangelis yang melihat US semakin hari semakin jahanam akibat agenda LGBT yang dibawa oleh Obama dan Demokrat, Prabowo juga menunggang sentimen Muslim konservatif yang kurang berpuas hati dengan Jokowi.

Dalam isu Ahok menghina ayat al-Quran misalnya, Jokowi kehilangan sokongan di kalangan Muslim konservatif kerana terlalu bekap bekas timbalannya semasa beliau menjawat jawatan gabenor Jakarta. Prabowo pula menonjolkan diri sebagai pembela umat Islam dengan mendekatkan diri dengan “hardliners” seperti Rizieq Shihab ketua Front Pembela Islam dan pendakwah selebriti seperti Adie Untung, Hanan Attaki dan Ustaz Abdul Samad.

Dengan menjadikan Sandi, seorang tokoh yang membawa imej Muslim “santri moderen” sebagai calon timbalan presiden (cawapres), gandingan Prabowo-Sandi dah boleh confirm tapau kawasan konservatif seperti Sumatera dan Jawa Barat malah pengundi Muslim urban yang baru “hijrah”.

Sebagai respon, Jokowi terpaksa meningkatkan lagi “credential” Islam beliau. Dengan menamakan Ma’ruf Amin, Pengerusi Majelis Ulama Indonesia sebagai cawapres beliau, Jokowi berharap dapat meraih sokongan “Muslim moderat” seperti mereka daripada kalangan ahli Nahdlatul Ulama. Jokowi cuba membawa naratif “Islam Nusantara” yang lebih inklusif dan tradisionalis (abangan) untuk mengimbangi naratif Prabowo-Sandi yang lebih ortodoks (santri).

Selepas ekonomi dan identiti, elemen ketiga kempen Prabowo kali ini ialah semangat nasionalisme yang dibawa oleh Gerindra sejak penubuhannya. Slogan “Bangkitkan Kembali Indonesia Raya” mengingati ramai kepada Trump punya “Make America Great Again”.

Sebagai bekas tentera, Prabowo membawa imej “strongman” yang tidak kisah dengan “rule of law” dan demokrasi. Jadi kalau Prabowo menang, ramai expect beliau akan jadi “populis otoritarian” (populist authoritarian) seperti Duterte (Presiden Filipina) dan Viktor Orban (PM Hungary), orang yang tak apologetik dengan kepentingan negara. Fadli Zon (antara pengasas Gerindra) lagi over, membandingkan Prabowo dengan Putin.

Tapi yang ironiknya, Prabowo sendiri ialah elit. Bahasa Inggeris beliau lagi fasih berbanding Jokowi. Ayahnya, Sumitro Djojohadikusumo ialah ahli ekonomi tersohor di era Suharto (1967-1998). Bekas ayah mertua Prabowo ialah Suharto. Sebelum menubuhkan Gerindra pada tahun 2008, Prabowo ialah ahli Partai Golkar, parti yang memonopoli politik di era Suharto, parti yang masih menjadi lambang golongan “establishment” pada hari ini.

Prabowo dan adiknya Hashim Sujono ialah jutawan yang memiliki banyak syarikat besar. Sandi juga antara individu terkaya di Indonesia. Prabowo meraih sokongan Muslim konservatif, tapi adiknya Hashim ialah seorang Kristian.

Jadi sangat jelas, Prabowo hanyalah seorang “Trump”, yakni ahli politik populis yang menunggang sentimen popular atas faktor strategi. Kita tak boleh salahkan Prabowo, politician being politician, mereka kena mainkan watak yang ada market.

Kita juga tak boleh merendah-rendahkan penyokong Prabowo-Sandi, itu ialah kesilapan elitis yang membawa kepada gelombang populis masa kini. Prabowo hanyalah simptom, bukan punca kepada masalah Indonesia. Hanya dengan memahami punca tersebut, barulah politik Indonesia akan kekal sihat.

Selamat mengundi, NKRI.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.