Kerajaan Wu (222-280), yang biasanya dikenali sebagai Dong Wu (Wu Timur) atau Sun Wu, adalah salah satu dari tiga kuasa besar yang bersaing untuk memerintah China sepanjang zaman Tiga Kerajaan (220-280) yang menandakan bermulanya saat kejatuhan Dinasti Han yang telah berdiri selama 400 tahun.

Wu sebenarnya telah wujud seawal tahun 220–222 namun sebagai kerajaan bawahan secara nominal di bawah kuasa pemerintahan Kerajaan Cao-Wei yang juga merupakan negara pesaingnya, tetapi Wu mengisytiharkan kemerdekaan dari Wei dan menjadi negara berdaulat pada tahun 222. Ia menjadi sebuah kerajaan pada tahun 229 setelah penguasa pendirinya, Sun Quan, mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja.

Menjelang akhir dinasti Han, Sun Ce, putera sulung panglima per*ng Sun Jian, dan pengikutnya meminjam sejumlah besar tentera dari panglima per*ng Yuan Shu dan memulakan siri penakl*kan tentera di wilayah Jiangdong dan Wu antara tahun 194 dan 199, beliau berjaya merampas beberapa wilayah yang sebelum itu diduduki oleh panglima per*ng seperti Liu Yao, Yan Baihu dan Wang Lang.

Sun Ce memutuskan hubungan dengan Yuan Shu sekitar tahun 196-1979 setelah Yuan Shu bertindak gila dengan mengisytiharkan dirinya sebagai maharaja kerana dia menemui batu jed mengandungi cap mohor diraja yang dianggap sebagai “mandat dari syurga” – walhal, itu satu tindakan yang dianggap sebagai pengkhianatan terhadap Maharaja Xian, maharaja Dinasti Han yang akhirnya dijadikan sebagai raja boneka oleh Cao Cao.Dipendekkan cerita, penguasa wilayah di selatan (Wu), iaitu Sun Ce telau m*ti dibun*h pada musim panas tahun 200 dan digantikan oleh adiknya, seperti abangnya, Sun Quan juga memberikan kesetiaannya kepada Maharaja Xian sambil mempertahankan pemerintahan autonomi di wilayah Wu. Namun mereka mengisytiharkan kemerdekaan setelah Cao Cao menguasai keseluruhan pemerintahan dengan menjadikan Maharaja Xian sebagai boneka.

Pada tahun 208, Sun Quan bersekutu dengan panglima per*ng Liu Bei dan mereka menggabungkan kekuatan untuk mengalahkan Cao Cao dalam Pertemp*ran Chi Bi (Red Cliff). Sun Quan dan Liu Bei mempertahankan persekutuan mereka melawan Cao Cao selepas pertemp*ran itu untuk jangka masa selama sepuluh tahun ke depan, walaupun begitu, persekutuan ini akhirnya musnah setelah mereka mengalami pertikaian wilayah mengenai Provinsi Jing.

Pertikaian Wilayah Antara rumah Sun – Liu adalah konflik ketenteraan yang melibatkan dua kerajaan bersekutu iaitu kerajaan Shu dan Wu yang diketuai Sun Quan dan Liu Bei pada tahun 215, ketika tempoh-tempoh terakhir Dinasti Han Timur di China. Sementara Sun Quan dan Liu Bei pada awalnya telah saling membentuk perikatan pada tahun 208 bagi tujuan menentang musuh bersama mereka yang merupakan kuasa terkuat diantara ketiga-tiga kerajaan yang berpecah, tidak lain dan tidak bukan, Canselor Imperialis Han, mer*ngkap Putera Wei (diangkat sebagai Raja selepas kem*tiannya) iaitu Cao Cao.

Kedua-dua belah pihak rumah Sun dan Liu atau boleh dikatakan kekuatan tentera kerajaan Wu dan Shu secara umumnya terlibat dalam perselisihan hak kedaulatan masing-masing ke atas wilayah-wilayah di selatan Jing (meliputi provinsi Hubei dan Hunan sekarang) pada awal tahun 210-an. Perselisihan itu berakhir apabila kedua-dua belah pihak bersetuju untuk membahagikan wilayah di sepanjang Sungai Xiang di antara wilayah masing-masing:

Sun Quan mengambil tanah di sebelah timur sungai sementara Liu Bei mengambil mereka bahagian sebelah barat sungai mereka. Walaupun dengan kaedah penyelesaian krisis secara damai untuk perselisihan wilayah telah selesai dan dipersetujui kedua-dua belah pihak, Sun Quan yang didesak para pegawai tentera veteran terutamanya Zhou Yu  akhirnya bersetuju untuk mengirim pasukan penyerbunya menyer*ng wilayah Liu Bei dalam satu pencerobohan pada tahun 219 dan berjaya menawan kesemua kota-kota kecil didalamnya.

LATARBELAKANG DAN PUNCA

Pada musim sejuk tahun 208, Liu Bei dan Sun Quan membentuk satu pakatan untuk menentang kemaraan Cao Cao yang memiliki kuasa terbesar berikutan dia menjadikan pemerintah dinasti Han ketika itu iaitu Maharaja Xian, sebagai raja boneka. Namun Cao Cao tiada kelebihan dalam pertemp*ran laut, ini mengakibatkan pakatan tentera Wu dan Shu yang memiliki kelebihan dari segi geografi, kepakaran dan kekuatan angkatan tentera laut, berjaya mengalahkan Cao Cao dengan kemenangan yang besar pada Pertemp*ran Chi Bi atau Battle of Red Cliff yang terkenal itu.

Tidak lama selepas Pertemp*ran Chi Bi, pasukan sekutu jùn (Komanderi atau pecahan pentadbiran wilayah-wilayah kecil di China) kekal berada dibawah kawalan kuasa Sun Quan. Beliau kemudian melantik sahabat karib mer*ngkap panglima tentera yang paling dipercayainya, Zhou Yu sebagai pentadbir komanderi Nan. Pusat pentadbiran komanderi Nan adalah di Daerah Jiangling dan setiap kawasan di bawah bidang kuasanya meliputi wilayah Xiajun (barat laut Daerah Tongcheng sekarang, Hubei), Hanchang (sebelah tenggara Daerah Pingjiang, Hunan), Liuyang dan Zhouling (timur laut Honghu sekarang, Hubei).

Sementara itu, Liu Bei mencalonkan Liu Qi, anak sulung bekas gabenor Provinsi Jing, iaitu Liu Biao, untuk menggantikan ayahnya yang telah meninggal dunia sebagai gabenor yang baru. Pada waktu yang sama, Liu Bei memimpin pasukannya untuk menyer*ng dan menakl*k empat jùn di selatan Provinsi Jing: Wuling, Changsha, Guiyang dan Lingling.

Setelah Liu Qi pula yang meninggal dunia pada akhir tahum 209, Sun Quan mencalonkan Liu Bei untuk menggantikan Liu Qi sebagai gabenor baru Provinsi Jing.  Liu Bei kemudian menjadikan daerah Gong’an sebagai pusat pentadbiran wilayahnya. Untuk mengukuhkan lagi perikatan rumah Sun-Liu, Liu Bei turut engahwini adik perempuan Sun Quan, Lady Sun.

Untuk makluman, identiti adik perempuan Sun Quan yang juga isteri kepada Liu Bei ini masih kabur, di dalam novel Hikayat Tiga Kerajaan, dia dikenali sebagai Sun Ren manakala di pentas opera dan wayang kulit China, serta budaya pop moden seperti permainan video dan filem, dia dikenali sebagai Sun Shang Xiang, kedua-dua karakter ini adalah watak fiksyen yang dicipta oleh penulis novel Hikayat Tiga Kerajaan, Luo Guanzhong, berdasarkan perwatakan sebenar adik perempuan Sun Quan yang hanya disebut sebagai Puan Sun di dalam catatan bersejarah Rekod Tiga Kerajaan.

PROVINSI JING ‘DPINJAMKAN’ KEPADA LIU BEI

Pada tahun 210, Liu Bei berkunjung ke Provinsi Jing (hari ini di Zhenjiang, Jiangsu) untuk menemui Sun Quan dan memohon untuk menguruskan pentadbiran jùn Nan. Pada waktu itu, Zhou Yu secara diam-diam menulis pesanan kepada Sun Quan, dia mendesak tuannya itu untuk memancing Liu Bei ke jùn Wu (sekitar Xuzhou, Jiangsu sekarang), mengalihkan perhatiannya dengan harta, kemewahan dan wanita, dan menjauhkan dirinya dari para panglimanya yang juga merupakan adik beradik bai’ahnya sendiri iaitu Guan Yu dan Zhang  Fei.

Sun Quan bagaimanapun, menolak cadangan Zhou Yu kerana dia masih konsisten menganggap Cao Cao kekal sebagai ancaman yang lebih besar baginya berbanding Liu Bei, jadi lebih baik dia mengukuhkan persekutuannya dengan Liu Bei.

 Jadi lebih baik “meminjamkan” Komandri Nan kepada Liu Bei dan membiarkan Liu Bei terus mengekalkan kedudukannya sebagai penyangga terhadap kemaraan Cao Cao. Sun Quan bersetuju dengan Lu Su dan “meminjamkan” Komandri Nan kepada Liu Bei.
Lu Su, seorang strategis per*ng Wu, mer*ngkap penasihat kerajaan untuk Sun Quan, menasihati tuannya untuk “meminjamkan” Komandri Nan kepada Liu Bei untuk memperkukuhkan pakatan Sun – Liu menentang Cao Cao. Namun strategi Lu Su yang sebenarmya adalah: setelah Liu Bei menduduki Komandri Nan, mereka tidak akan berupaya mempertahankan kota tersebut dengan baik dan berjaya apabila menghadapi ser*ngan pasukan Cao Cao.

Tidak lama kemudian, Zhou Yu meninggal dunia pda akhir tahun tersebut di Baqiu (di Hunan hari ini) ketika sedang bersiap-siap untuk mengetuai kempen menakl*ki Provinsi Yi (meliputi Sichuan dan Chongqing sekarang), yang juga dikenali sebagai Shu (蜀) dari gabenornya Liu  Zhang.Antara tahun 212 dan 214, Liu Bei melancarkan kempen untuk merebut kekuasaan Provinsi Yi dari gabenor Liu Zhang. Untuk pengetahuan anda, Liu Zhang dan Liu Bei adalah saudara dari keturunan diraja yang sama mengasaskan Dinasti Han, iaitu dari rumah Liu.
Sebelum kem*tiannya, Zhou Yu sempat menulis surat kepada Sun Quan untuk mengesyorkan Lu Su sebagai komandan baru pasukan Sun Quan di Provinsi Jing, bagi menggantikan dirinya sendiri apabila dia telah m*ti. Sun Quan menurut sahaja permintaan terakhir sahabat karibnya itu dan melantik Lu Su sebagai pemerintah pasukan tentera dan wilayah yang dahulu dipimpin dan diperintah oleh Zhou Yu.

Semasa keberangkatan Liu Bei menuju ke Yi, dia meninggalkan jeneralnya, Guan Yu dengan amanah besar iaitu menjaga wilayahnya di Provinsi Jing selama ketiadaannya.

Pada waktu itu, ketegangan mula meningkat di antara sempadan wilayah kekuasaan Sun – Liu di Provinsi Jing memandangkan rasa curiga mula meningkat diantara kedua belah pihak dan setiap pergerakan akan dilakukan dengan penuh berhati-hati.

Sekitar bulan Julai tahun 215, Sun Quan memerintahkan Liu Bei untuk “mengembalikan” tiga komandri di selatan Provinsi Jing – iaitu Changsha, Lingling, dan Guiyang atas dasar Liu Bei telah pun berjay memiliki pangkalannya yang terbaru di Provinsi Yi yang berjaya dirampasnya dari Liu Zhang.

Apabila Liu Bei enggan menuruti permintaan itu, Sun Quan yang mula marah telah memutuskan untuk merebut kembali ketiga-tiga komandri tersebut secara paksa. Dia menempatkan angkatan tenteranya di Lukou lalu memerintahkan Lü Meng, Ling Tong dan Lü Dai untuk memimpin pasukan tentera menyer*ng ketiga-tiga komandri itu, Lu Su pula memimpin 10,000 tentera Wu ke Yiyang untuk menghalang Guan Yu.

Lü Meng Menawan Tiga Komandri

Lü Meng mengirimkan perintah bertulis kepada pentadbir ketiga-tiga komandri tersebut bagi menuntut mereka menyerah dan tunduk kepada kuasa Sun Quan. Kesemua mereka bersetuju kecuali pentadbir Lingling, Hao Pu.

Sementara itu, setelah menerima berita tentang pengepungan yang dilakukan Sun Quan, Liu Bei bergegas ber*ngkat dari Provinsi Yi ke Daerah Gong’an dan memerintahkan Guan Yu untuk memimpin pasukan untuk menghentikan Lü Meng dan merampas kembali ketiga-tiga komandri tersebut.

Apabila menerima maklumat bahawa Guan Yu dan tenteranya sedang menuju ke arah mereka, Sun Quan segera mengirim perintah wajib kepada Lü Meng, Sun Quan memerintahkan Lü Meng agar meninggalkan saja Komandri Lingling dan ketuai pasukannya ke Yiyang untuk membantu Lu Su berhadapan dengan Guan Yu yang amat ditakuti itu.

Setelah Lü Meng berjaya mengamankan Changsha, dia melalui Daerah Ling dan bertemu dengan Deng Xuanzhi, teman sepermainan Hao Pu. Dia merancang hendak menggunakan Deng Xuanzhi bagi memperdayakan Hao Pu agar menyerah kalah.

Pada malam itu, Lü Meng memanggil semua pegawainya dan memberi mereka taklimat dan arahan tentang bagaimana mahu menyer*ng Lingling pada keesokan harinya, Lü Meng tidak mendedahkan kepada mereka bahawa sebenarnya Sun Quan telah memerintahkan agar mereka tinggalkan dahulu Lingling dan terus menuju ke Yiyang.

Lü Meng berbohong kepada Deng Xuanzhi bahawa Liu Bei dikepung oleh tentera Cao Cao di Hanzhong, kepungan itu diketuai oleh Xiahou Yuan dan Guan Yu telah ditawan selepas dikalahkan dalam pertemp*ran di Komandri Nan.

Dia kemudian meminta Deng Xuanzhi untuk membantunya memujuk Hao Pu agar menyerahkan kubu Lingling. Deng Xuanzhi pergi menemui Hao Pu atas kunjungan sebagai sahabat lama, kemudian barulah dia menyampaikan pesanan Lü Meng. Hao Pu terus ketakutan apabila mendengar bahawa dia telah tinggal bersendirian, akhirnya dia bersetuju untuk menyerah dan meminta Deng Xuanzhi untuk membawanya bertemu dengan Lü Meng.

Ketika Lü Meng bertemu dengan Hao Pu, Lü Meng mendedahkan perancangannya yang sebenar lagi licik itu sambil bertepuk tangan dan ketawa dengan bangga sekali. Hao Pu dirundung kekecewaan dan rasa bersalah apabila mendapat tahu bahawa Liu Bei dan Guan Yu sebenarnya bersedia pada bila-bila masa sahaja sekiranya Komandri Lingling memerlukan bantuan mereka tetapi segalanya sudah terlambat.

Lü Meng meninggalkan Sun He untuk menjaga ketiga-tiga komandri yang berjaya ditawannya sementara dia meneruskan perjalanan menuju ke arah Yiyang bagi melaksanakan perintah Sun Quan.

Sementara itu, Guan Yu mendakwa dia memimpin angkatan tentera dengan kekuatan seramai 30,000 orang. Dia memilih 5,000 anggota tenteranya yang terbaik lalu memimpin mereka melalui hulu sungai yang cetek terletak sekitar 10 li (1 li bersamaan 500 meter berdasarkan standard moden hari ini) dari Yiyang, dia merancang untuk menyeber*ng hulu pada waktu malam.

Lu Su mengadakan perbincangan dengan pegawai bawahannya mengenai bagaimana menangani Panglima Guan Yu. Pada waktu itu, Gan Ning, yang hanya memiliki 300 askar nomad dari tentera Xiliang di bawah perintahya, mengusulkan kepada Lu Su: “Jika kamu berikan aku 500 orang tentera lagi, aku akan pergi berhadapan dengan Guan Yu. Aku memberi jaminan bahawa Guan Yu tidak akan berani menyeber*ngi hulu sungai jika dia mengetahui kehadiranku. Tetapi jika dia melakukannya, aku akan menangkap dia.“

Lu Su kemudian memilih 1,000 anggota tentera dan meletakkan mereka di bawah perintah Gan Ning. Gan Ning menuju ke kedudukan Guan Yu pada waktu malam. Seperti yang diharapkan Gan Ning, Guan Yu tidak menyeber*ngi hulu itu dan sebaliknya memerintahkan orang-orangnya untuk mendirikan kem di sana. Kerana itulah tempat itu dinamakan ‘Guan Yu’s Shallows’.

RUNDINGAN GUAN YU DAN LU SU

Lu Su, walaupun bersifat oportunis, namun beliau seorang strategis pihak musuh yang cenderung menyelesaikan konflik secara aman berbanding bertemp*r, itulah kelebihan penasihat Sun Quan yang profesional itu sehingga Lu Su juga diletakkan sebaris dengan pakar-pakar strategi yang lain seperti Zhuge Liang dan Sima YiLu Su memberitahu Guan Yu:Maka dengan itu Lu Su mengundang Guan Yu untuk menghadiri satu pertemuan meja bulat bagi membahaskan perselisihan tersebut. Semasa rundingan, kedua-dua pihak menempatkan tentera mereka sejauh lebih 100 langkah dari kawasan pertemuan, sementara para petugas yang hadir pada rundingan itu masing-masing hanya membawa senjata pedang atau pisau. Oleh itu, peristiwa ini kadang-kadang disebut sebagai “perjumpaan yang hanya bersenjatakan pedang”

“Pada mulanya, tuanku hanya ”meminjamkan“ tanah-tanah ini kepada tuanmu kerana tuanmu mengalami kekalahan dan tidak memiliki pengkalan untuk beroperasi pada waktu itu. Namun, sekarang setelah dia memperoleh Provinsi Yi, dia tidak mahu mengembalikan tanah-tanah kami ini. Apabila kami hanya meminta tiga komandri dikembalikan, kalian masih tetap menolak … “

Sebelum Lu Su sempat menghabiskan apa yang mahu dinyatakan, seseorang yang tidak disebutkan namanya dalam catatan asal sejarah ini memotong ucapannya: “Barangsiapa yang memiliki kemampuan untuk memerintah negeri itu, dia lah yang akan memiliki kedaulatan ke atasnya. Bukan begitu

Lu Su dengan marah menegur orang itu dengan nada tegas dan kasar. Guan Yu mula menghunus pedangnya, berdiri perpecahan dan berkata: “Ini adalah masalah peringkat negara. Kami tidak boleh diharapkan untuk memahaminya.”  Dia pun berlalu pergi selepas itu. Itulah sahaja jika menurut catatan rekod sejarah Tiga Kerajaan.

Namun buku Book Of Wu karya penulisan Wei Zhao menyediakan lebih banyak maklumat mengenai pertemuan itu.  Sebelum perbincangan dimulakan, pegawai bawahan Lu Su bimbang Guan Yu akan mencederakan Lu Su, jadi mereka menasihati Lu Su agar tidak menghadiri pertemuan itu.

Namun, Lu Su menjawab: “Lebih baik kita menyelesaikan perselisihan ini secara damai. Liu Bei mungkin telah bertindak menentang kepentingan tuan kita, tetapi kita belum memutuskan siapa yang benar dan siapa yang salah. Kamu fikir Guan Yu akan berani melakukan sesuatu yang terburu-buru seperti membun*h saya pada saat begini? “

Lu Su kemudian bertemu dengan Guan Yu, yang memberitahunya:

“Tuanku terlibat secara aktif dalam Pertemp*ran Chi Bi dan dia tidak berehat dengan semp*rna semenjak saat itu. Dia bergantung pada kekuatannya sendiri untuk mengatasi musuh. Mengapa dia tidak berhak memperoleh sebidang tanah sekalipun telah berusaha? sekarang kamu datang untuk menuntut tanah darinya? “

Lu Su menjawab:

“Tidak. Ketika pertama kali bertemu tuan kamu di Changban, pengikutnya terlalu sedikit untuk membentuk dan keadaannya ketika itu sangat terdesak berbanding sekarang. Tuanku menganggap tuanmu tidak mempunyai tempat untuk berteduh,  jadi dia menawarkan tempat perlindungan dan rumah untuk tuanmu. Namun, tuan kamu tidak jujur ​​dengan kami dan dia bertindak mengikut naluri sendiri.

LFulah sebabnya hubungan kita meruncing. Sekarang, setelah mengambil alih Provinsi Yi, dia masih ingin mentadbir Provinsi Jing untuk dirinya sendiri  “Ini bukan tindakan yang akan dilakukan oleh orang yang terhormat. Aku mendengar bahawa mereka yang meninggalkan prinsip moral untuk memenuhi kerakusan peribadi mereka. Anak saya memikul tanggungjawab yang penting. Dia sebelum ini tidak mempunyai  rasa pertimbangan yang baik ketika dia menangani masalah, tetapi setelah mendapat pendidikan moral, dia menjadi lebih bertanggung jawab dan mulai berusaha lebih keras. Sekiranya apa yang dilakukannya benar secara moral, mengapa dia perlu bimbang dia tidak akan berjaya? “

Guan Yu tidak bertindak balas terhadap apa yang Lu Su nyatakan.

Meskipun rundingan antara Lu Su dan Guan Yu tidak dapat disimpulkan apakah keputusannya, pertikaian wilayah di antara pihak Sun-Liu akhirnya berakhir pada akhir Ogos 215 ketika Liu Bei memutuskan untuk menyerah setelah mengetahui bahwa kubunya di Provinsi Yi berpotensi terancam. Ini kerana Cao Cao telah menyer*ng Komandri Hanzhong, yang saat itu berada di bawah kawalan panglima per*ng Zhang Lu.

Hanzhong adalah “gerbang utara” Provinsi Yi, jika Cao Cao berjaya menawan Hanzhong dari Zhang Lu, dia akan memiliki kelebihan untuk melancarkan ser*ngan terhadap Provinsi Yi dari Hanzhong. Liu Bei kemudian memutuskan bahwa lebih baik baginya untuk berdamai dengan Sun Quan pada saat ini, dan mengalihkan fokusnya untuk melawan Cao Cao.

Liu Bei dan Sun Quan kemudian menarik pasukan mereka setelah kedua-duanya bersetuju untuk membahagikan wilayah di selatan Provinsi Jing antara persempadanan masing-masing di sepanjang Sungai Xiang: Liu Bei akan menjaga komandri Nan, Lingling dan Wuling di barat, sementara Sun Quan akan mengambil Changsha, Jiangxia  dan komandri Guiyang di timur.

Walaupun pertikaian wilayah Jingzhou di antara pihak Sun-Liu pada tahun 215 berakhir dengan penyelesaian damai, Sun Quan tidak pernah melupakan impiannya untuk menakl*k kesemua wilayah di bawah Liu Bei dalam Provinsi Jing. Pada musim dingin tahun 219–220, ketika Guan Yu terlibat dalam Pertemp*ran Fancheng melawan pasukan Cao Cao di Provinsi Jing utara, Sun Quan memerintahkan Lü Meng untuk memimpin pasukan penyer*ng hendap bagi melancarkan ser*ngan secara senyap memasuki wilayah Liu Bei di Provinsi Jing.

Lü Meng dan tenteranya berjaya dalam misi mereka dan menakl*ki semua wilayah Liu Bei tanpa diketahui oleh Guan Yu. Pada saat Guan Yu kembali dari Fancheng, segalanya sudah terlambat. Guan Yu yang sudah kehilangan arah tuju cuba melarikan diri untuk kembali bergabung dengan Liu Bei dan Zhang Fei namun tidak lama kemudian dia akhirnya terper*ngkap.

Anak angkatnya, Guan Ping terbun*h semasa aksi kejar mengejar itu manakala dia sendiri telah ditangkap oleh Lü Meng dalam satu operasi ser*ng hendap dan dihukum bun*h oleh Lü Meng. Sesetengah sumber menyatakan bahwa Guan Yu telah membun*h diri sebelum sempat ditangkap, dan pembun*han ini adalah diluar pengetahuan Sun Quan.

Lü Meng yang mula merasa bangga kerana berjaya ‘membun*h’ panglima per*ng yang paling digeruni musuh itu membawa pulang kepala Guan Yu bersama-sama tombaknya untuk dipersembahkan kepada Sun Quan dengan harapan Sun Quan akan mengagumi prestasinya.

Malangnya, Sun Quan mengalami ser*ngan panik sebaik sahaja melihat kepala Guan Yu, dia sedar bahawa jika dirinya dituduh mendalangi pembun*han Guan Yu, Liu Bei yang cukup dikenali dengan kasih sayangnya terhadap saudara sebai’ahnya itu lebih sanggup melupakan hasrat untuk menyatukan kembali Dinasti Han demi membalas dendam terhadap kem*tian saudaranya itu.

Ternyatalah Lü Meng sudah tersilap langkah, Sun Quan yang begitu ber*ng dengan tindakan Lü Meng terpaksa memerintahkan agar Lü Meng dihukum bun*h serta merta. Dia kemudiannya menghantarkan kepala Guan Yu kepada Cao Cao sebagai ‘hadiah’, dengan harapan segala tuduhan membun*h Guan Yu dapat dialihkan kepada Cao Cao pula.

Namun, Cao Cao menerima kepala Guan Yu dengan baik. Berdasarkan sejarah, Cao Cao pernah menjadikan Guan Yu sebagai tahanan per*ng di markasnya sehingga memisahkan Guan Yu dengan adik beradiknya selama beberapa tahun.

Cao Cao yang terkenal sebagai seorang pemimpin yang gemar menghargai bakat-bakat temp*r walaupun dari pihak musuh, telah melayani Guan Yu dengan begitu baik sekali, namun kesetiaan Guan Yu terhadap Liu Bei tidak pernah berbelah bagi walaupun dia dihadiahkan kuda yang pernah menjadi milik Lü Bu oleh Cao Cao. Namun Cao Cao melepaskan Guan Yu setelah Guan Yu mengetahui kedudukan terkini Liu Bei pada waktu itu.

Setelah kepala Guan Yu diterima oleh Cao Cao, satu upacara pemakaman secara besar-besaran telah diadakan khas untuk Guan Yu. Kepala Guan Yu dikebumikan bersama-sama dengan satu set ukiran tubuh manusia yang diperbuat daripada kayu bagi menggantikan tubuhnya. Ada sejarawan berpendapat bahawa pemakaman ini hanya sekadar propaganda Cao Cao bagi mengurangkan risiko diancam oleh Liu Bei. Namun, sesungguhnya pemakaman Guan Yu dikatakan lebih besar dan gemilang berbanding upacara pemakaman seorang maharaja.

Dari saat itulah, ketiga-tiga kerajaan ini iaitu Wei, Wu dan Shu-Han masing-masing bertindak mengisytiharkan kedaulatan mereka sendiri. Mereka terus berper*ng sehingga tinggal satu kerajaan sahaja yang mendominasi iaitu kerajaan Wei (kemudian dikenali sebagai Cao-Wei), pengakhiran Dinasti Han telah selesai sepenuhnya, namun belum sempat kerajaan Cao-Wei melebarkan pengaruhnya, keluarga Cao pula dijatuhkan oleh bekas hambanya sendiri dari keluarga Sima yang kemudian menubuhkan Dinasti Jin.

Tugu Guan Yu di Jingzhou

Jingzhou, sebuah wilayah kecil dengan bentuk topografi yang menaik dari timur ke barat. Jingzhou diliputi oleh jaringan laluan air yang padat serta tasik. Ia amat dikenali kerana geografinya yang terletak di jangkauan tengah Sungai Yangtze di Dataran Jianghan.

Di hilir ke bahagian timurnya terletak kota Wuhan, ibu kota provinsi dan di sebelah barat kota Yichang, Tiga Jurang dan akhirnya Perbandaran Chongqing. Bandar Jingmen yang juga berada di Provinsi Hubei, terletak di sebelah utara dan di selatannya adalah Yueyang dan Changde, keduanya berada di baway Provinsi Hunan.

Jingzhou bukan sekadar istimewa kerana geografinya yang berhampiran dengan Sungai Yangtze, tetapi juga kerana kepentingan wilayah tersebut sepanjang perjalanan sejarah China. Termasuklah pertikaian merebut tanah ini yang melibatkan dua pihak yang sepatutnya saling melindungi antara satu sama lain, sebaliknya tidak ada satu pun dari mereka ini yang berjaya terselamat dari cengkaman Cao Cao dan keturunannya selepas kejatuhan penuh Dinasti Han.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.