Perang Dunia Pertama memang tak beri kesan langsung kepada Tanah Melayu, tapi kita dapat juga sikit tempiasnya.
Tapi, korang tahu tak perjuangan Tok Janggut sebenarnya ada kaitan dengan Perang Dunia Pertama dan Empayar Uthmaniyah?
Khalifah Turki Uthmaniyah adalah khalifah bagi umat Islam serta penaung bagi tanah suci Mekah dan Madinah. Ia beri hubungan yang cukup kuat bagi penduduk Melayu bagi menyokong kerajaan Turki.
Keadaan yang sama berlaku di Kelantan apabila pemimpin agama khususnya berikan sokongan kepada kerajaan Turki menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan menentang British.
Pada 21 November 1914, pihak British keluarkan enakmen melarang akhbar-akhbar tempatan menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dan Turki Uthmaniyah.
Langham-Carter, penasihat British di Kelantan tmengadap Sultan Muhammad IV maklumkan yang peperangan antara Britain dan Turki bukan atas faktor agama.
Langham-Carter desak Sultan keluarkan kenyataan bahawa kerajaan Kelantan akan berpihak dengan kerajaan Britain.
Langkah ni perlu bagi membendung tindakan penduduk Kelantan daripada memusuhi pihak British serta menyokong Turki.
Pengisytiharan yang dibuat oleh Sultan Muhamamd IV sebenarnya gagal halang penduduk Kelantan daripada membincangkan perkembangan perang.
Di Kelantan, tokoh-tokoh agama seperti Tok Janggut memberikan sokongan kepada kerajaan Turki.
Langkah pihak kerajaan Kelantan memihak kepada British dalam Perang Dunia Pertama dan bukannya Turki mengecewakan Tok Janggut.
Bagi Tok Janggut tindakan kerajaan Kelantan bertentangan dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Shaykh-al-Islam yang mewajibkan semua umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.
Atas faktor kewajipan menyokong Turki mempengaruhi pengkaji mengatakan bahawa Tok Janggut ambil kesempatan untuk menentang British di Kelantan.
Pada 29 April 1915, Tok Janggut bermesyuarat dengan pengikutnya di rumah Tok Nik Bas di Kampung Tok Akib mengenai strategi menyerang British.
Keputusan diambil untuk ambil pemerintahan di Pasir Puteh serta mengisytiharkan jajahan tersebut merdeka daripada belenggu British.
Bertindak daripada maklumat, Encik Latiff, Pegawai Daerah Pasir Puteh keluarkan waran tangkap ke atas Tok Janggut dan rakan-rakannya.
En. Latiff arahkan Sarjan Che Wan untuk tangkap Tok Janggut. Pada 29 April, Sarjan Che Wan bertemu dengan Tok Janggut meminta beliau menyerah diri.
Walaubagaimanapun Tok Janggut enggan menyerah diri tetapi berlaku pergelutan yang membawa kepada kematian Sarjan Che Wan.
Selepas insiden ini, Tok Janggut dianggap musuh paling merbahaya yang membawa kepada usaha penangkapan beliau.
Pihak British berikan tumpuan serius bagi menangkap Tok Janggut kerana bimbang gerakan Tok Janggut akan jadi lebih besar.
Beberapa siri serangan telah dilakukan oleh pihak British ke atas kedudukan Tok Janggut. Akhirnya Tok Janggut telah diserang di Kampung Dalam Pupoh dan gugur bersama-sama Tok Abas dan Tok Hussein.
Ingat, penentangan Tok Janggut bukan hanya kerana cukai semata-mata. Malah melibatkan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air.
Oleh: Azizul Farhan
___
Dah bersepah orang cakap Hummus tu pencetus keganasan. Jadi kami nak tunjuk bukti yang melawan penjajahan bukannya menjadi sebuah kesalahan.
Selam pengalaman Komander VAT69 menentang komunis bersama buku biografinya PERTEMPURAN DI HUTAN. Dapatkan Segera!

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply