Empayar Uthmaniyah adalah antara empayar paling lama berkuasa iaitu sejak 1299 sehingga 1922. Seperti resam mana-mana empayar, setiap empayar ini pula ada rahsia tersendiri bagi mengekalkan kekuasaan, kekuatan dan kestabilan mereka untuk satu jangkamasa lama.

Bagi Empayar Uthmaniyah, salah satu rahsia untuk mereka mampu bertahan sekian lama adalah dengan amalan fratisid (fratri-cide) atau “pembu-nuhan saudara”.

Fratisid dilaksanakan atas titah raja yang memerintah ke atas kerabat, keturunan atau pegawai-pegawai tertinggi empayar mereka.

Fratisid mensasarkan waris keluarga yang dilihat sebagai ancaman, ditangkap melalukan khianat atau sabotaj ke atas kekuasaan raja yang sedang bertakhta.

Hukuman bu-nuh ini dilaksanakan dengan banyak cara, namun antara yang paling popular dan unik, khusus untuk waris dan kerabat terdekat Uthmaniyah ialah dengan menggunakan jerutan dari tali busur.

Rahsia mengapa tali busur dijadikan alat pilihan hukuman ini dilaksanakan pula sebenarnya terdapat pada bahan tali busur tersebut.

Mana-mana tali busur diperbuat dari bahan berbeza mengikut pembuatnya tetapi asas busur tradisional menggunakan bahan dari tumbuhan dan kulit haiwan. Khusus bagi busur Uthmaniyah, “tali busur” mereka bukan sebarangan. Ia diperbuat dari pintalan serat-serat halus sutera.

Tali busur sutera, apabila direnggut dan dijerut di leher akan menyebabkan luka jerutannya bersih dan kemas, halus dan nipis, tetapi dalam, menyebabkan bukaan luka akibat jerutan halus tapi cukup dalam dan memutuskan.

Raja-raja Uthmaniyah mempercayai bahawa darah kerabat atau waris keluarga raja mereka tidak boleh ditumpahkan ke bumi sewenang-wenangnya atau ia dipercayai akan membawa nasib malang.

Luka bersih dan kemas akibat jerutan tali sutera memastikan ia meminimakan kesan luka berdarah akibat jerutan tersebut. Ini kerana ia menjaga maruah serta kehormatan si ma-ti, kerana lukanya bersih cantik dan kemas.

Sutera memastikan tiada bukaan luka untuk darah mungkin menghambur keluar dari urat leher, sesuai dengan tarafnya iaitu dari keturunan diraja. Ini amat berbeza berbanding kesan kelaran dengan pisau atau dipancung dengan pedang yang bila sekali hayun sahaja darah akan terhambur dan memancut keluar.

Selain amat ringan dan selesa, sutera juga dikatakan memastikan luka pemakainya “bersih” dan “kemas”. Ketika zaman pertengahan, dan sejak munculnya perdagangan sepanjang Jalan Sutera Purba, sutera adalah bahan komoditi pilihan yang digunakan sebagai sebahagian perisai badan.

Adalah dipercayai jika pemakai sutera ini dipanah, kena kelaran atau tetakan pedang, baju dari sutera ni akan mengelakkan lukanya “bersepah” atau terlalu parah yang boleh jadikannya sukar untuk dirawat atau dijahit semula.

Genghis Khan sendiri pernah memerintahkan supaya semua tentera berkuda Mongol sekitar abad ke-13 mengenakan baju sutera di bawah baju perang bagi mengurangkan keparahan luka panahan atau tetakan dalam pertempuran.

Pahlawan Jepun seawal abad pertama yang mengenakan lapisan-lapisan sutera di bawah pakaian perisai “oyoroi” dan “domaru”. Suteranya dikatakan mampu menghalang tembakan musket Barat malah mampu mengahalang dari luka kelaran dan tusukan menjadi “teruk”
Pahlawan Melayu kita sendiri juga sudah lama mengenakan Kain Cindai atau Kain Limar, di mana Cindai dan Limar asalnya mesti ditenun dari sutera dengan kualiti tinggi untuk kegunaan yang beri kesan sama, malah sutera sendiri dipercayai ada elemen perubatan dan penyembuhan.

Berbalik kepada hukuman bu-nuh menggunakan jerutan tali busur ini, ia juga tidak dilakukan secara terbuka seperti hukuman marhaen kebanyakan.
Ia dilaksanakan secara tertutup dan ada diceritakan bahawa fratisid dilaksanakan dalam sebuah kolam atau takungan khusus yang ditempatkan di laman atau di dalam kawasan istana sahaja dan tidak dipertontonkan secara umum.

Seperkara lagi, penggunaan material halus dan nipis seperti sutera untuk menjerut sehingga ma-ti pula memerlukan keazaman dan kekuatan yang tinggi.

Tegangan oleh sutera tersebut memerlukan pelakunya menarik dan menjerut dengan sangat kuat tapi agak lambat bila hukuman dilaksanakan. Ia hukuman yang menyeksa keduanya, lebih-lebih lagi bagi yang melaksanakan hukuman.

Ia refleksi pada keberanian diri baginda bakal raja sendiri. Jika terhenti di tengah jalan kerana kasihan atau lemah, maka dapat disimpulkan bahawa baginda penakut, dan tidak layak menduduki takhta sebagai raja.

Seluruh isi istana dan kerabat pula akan dapat melihat keberanian dan kekuatan baginda yang sebenar.

Sememangnya, hukuman jerutan menggunakan tali busur sutera ini memberi kesan psikologi kepada pelaksananya dan cabaran ke atas penonton yang rata-ratanya kerabat juga.

Teknik jerutan dengan tali sutera ni mesti dilakukan bersungguh-sungguh, serta tanpa belas kasihan, paling penting tidak nampak pandangan mata yang dihukum, kerana yang dihukum bukan orang lain, kerabat sendiri juga.

Bayangkan pula kesannya jika hukuman dilaksanakan separuh jalan atau separuh hati, sama ada baginda bakal menghadapi pembalasan dendam atau pemberontakan dari kalangan kerabatnya sendiri yang tak yakin dengan baginda yang bersemayam di atas takhta Uthmaniyah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pensyarah yang minatnya pada sejarah dan warisan Melayu. Membaca kerana hobi dan menulis kembali untuk terus berkongsi.

Comments are closed.