Dalam cerita fiksyen seram, kebiasaannya orang terkena sumpahan serigala jadian akan bertukar menjadi makhluk tersebut apabila bulan mengambang. Mungkinkah logik sama turut sama terpakai kepada jerung? Ini berdasarkan laporan serangan jerung lebih kerap berlaku semasa fasa bulan terang termasuk bulan mengambang.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Marine Science menyaksikan pasukan saintis dari Louisiana State University dan Universiti Florida mengkaji data serangan jerung yang dikumpul dalam tempoh 55 tahun oleh Muzium Sejarah Alam Semulajadi Florida. Dapatan mereka ialah lebih banyak serangan dilaporkan semasa fasa bulan terang berbanding semasa fasa bulan gelap.

Sebabnya masih tidak diketahui oleh komuniti saintifik. Tetapi dua faktor mempengaruhi tingkah laku jerung iaitu pengaruh graviti bulan terhadap pergerakan ombak dan medan elektromagnet yang digunakan jerung untuk mencari arah. Dan ini merupakan sesuatu yang patut dikaji dengan lebih lanjut.

Di sebalik semua ini, ia tidak menafikan hakikat bahawa serangan jerung ke atas manusia seperti digambarkan dalam filem Jaws jarang berlaku. 96 serangan dilaporkan termasuk 39 serangan yang dicetuskan secara sengaja pada 2020. 13 orang mati akibat serangan jerung pada tahun sama dan di peringkat global, hanya empat kes kematian dilaporkan. Senang cerita, anda 100 kali ganda berpeluang digigit orang di New York City berbanding digigit jerung di Amerika Syarikat.

Satu lagi hakikat ialah manusia merupakan pembu.nuh sebenar spesies pemangsa utama lautan itu. Dianggarkan lebih 100 juta ekor jerung dibunuh setiap tahun.

RUJUKAN

Hale, T. (2022, 14 Januari). Shark Attacks Happen More Frequently When The Moon Is Brighter, For Some Reason. IFLScience.

Sumber gambar: Fiona Ayerst/Shutterstock


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply