Jerung Greenland (nama saintifik: Somniosus microcephalus) adalah spesis jerung dari keluarga Somniosidae atau ‘jerung tidur’. Habitat haiwan ini hanya berada di utara Lautan Atlantik dan Lautan Artik. Nama lagi jerung ini adalah jerung kelabu dan ‘eqalussuaq’, nama panggilan bagi orang Inuit Greenland.

Rata-rata jerung Greenland berusia antara 300-500 tahun, menjadikan ia adalah haiwan vertebrata yang mempunyai jangka hayat terpanjang dunia. Jeung ini juga antara spesis jerung terbesar, sekumpulan dengan jerung paus yang juga bersaiz gergasi. Saiz jerung ini membesae sehingga 6.4 meter dan seberat 1,000 kilogram. Ada antara jerung ini mampu membesar sehingga 7.3 meter dan melebihi berat 1,400 kilogram.

Ciri-ciri fizikal jerung Greenland ini adalah ia mempunyai mencung yang bulat dan pendek, berbeza dengan jerung biasa, dan bermata kecil. Ia juga mempunyai sirip kecil dan juga bukaan insang yang kecil. Warna tubuh jerung biasanya kelabu-kepucatan dan hitam-keperangan

Penyelam (kiri atas) merakam jerung Greenland berenang.

Dalam habitatnya, jerung Greenland adalah pemangsa teratas atau apex kerana tiada pemangsa lain mampu menandingi jerung ini. Biasanya jerung ini memburu jerung kecil, belut, ikan pari, ikan sebelah, ikan kod, dan pelbagai spesis ikan terumbu karang. Jerunhg ini juga mempunyai tebiat yang sama dengan jerung lain, iaitu menjadi pemakan bangkai, Apa saja jenis bangkai yang baru saja muncul di dasar laut, jerung Greenland pasti datang menjamah bangkai tersebut.

Walaupun jerung ini berpotensi menyerang manusia kerana sifat pemangsanya, namun tidak ada kes melibatkan jerung ini kerana habitat yang di tinggal: kawasan perairan sejuk dan hanya berenang di sekitar dasar laut.

Uniknya jerung ini, ia tidak berenang sepantas ikan jerung lain dengan hanya kelajuan 1.22 km/sejam dan mencapai kelajuan maksimum sehingga 2.6 km/sejam. Maka, jerung Greenland hanya bergantung kepada serangan mengejut apabila memburu mangsanya, berbanding kejar-mengejar seperti apa jerung lain biasa lakukan.

Masuk kepada ciri utama jerung Greenland iaitu mempunyai jangka hayat yang panjang, metabolima yang rendah dan berenang dengan kelajuan yang perlahan adalah factor utama kepada pemanjangan usia jerung ini. Pernah seekor jerung ditangkap pada tahun 1936 untuk tujuan kajian dan ditangkap semula pada 1952. Dianggarkan jerung Greenland membesar dalam purata 0.5-1 cm setahun saja.

Pada tahun 2016, sebanyak 28 buah specimen jerung Greenland dikaji untuk menentukan usia jerung itu dengan menggunakan teknik pentarikhan karbon terhadap mata specimen. Keputusannya, rata-rata specimen berusia purata 120-392 tahun, berkemungkinan besar jerung-jerung ini lahir pada tahun sekitar 1504 dan 1744. Mencapai usia 150 tahun, jerung Greenland mencapai tahap akil baligh.

Selain mempunyai usia yang panjang, jerung Greenland mempunyai daging yang bertoksik untuk dijadikan sebagai sumber makanan kepada pemangsa lain dan manusia. Jerung ini mempunyai ketumpatan sejenis urin bernama trimethylamine N-oxide (TMAO) yang tinggi di dalam tisu badan yang bertujuan meningkatkan keapungan tubuh jerung itu. Memandangkan jerung Greenland menetap di dasar laut, kepekatan urin yang tinggi diperlukan.

kæstur hákarl (daging jerung Greenland) bergantung dalam pondok mengering milik orang Iceland

Walaupun daging jerung tersebut beracun, namun orang Inuit tetap menjadikannya sebagai sumber makanan mereka, jika racun tersebut boleh dibuang dari daging. Daging jerung akan direbus banyak kali, dikeringkan atau diawet selama beberapa bulan, kemudian kæstur hákarl terhasil iaitu makanan tradisi orang Iceland. Jika ingin memakannya, daging itu ditanam dalam tanah selama 6-8 minggu, kemudian daging itu dikeluarkan dan digantung untuk mengeringkan selama beberapa bulan lagi.

Hubungan orang Inuit dengan jerung Greenland wujud melalui kisah lagenda tentang jerung Greenland pertama bernama Skalugsuak. Kisah itu menceritakan seorang wanita tua membasuh rambutnya dengan urin, kemudian mengeringkannya dengan kain. Kain yang wanita tua itu gunakan telah ditiup angin dan terjatuh di laut dan kain itu menjadi Skalugsuak.

Jerung Greenland juga mempunyai unsur kosmologi yang warga Inuit di Kanada dan Greenland percaya akan perkaitan jerung dengan dewa-dewi sembahan mereka. Orang Inuit dari kota Igloolik, Kanada percaya bahawa jerung itu hidup dalam tembikar berisi urin milik dewi Sedna, iaitu dewi laut. Jerung itu juga berperanan menjadi roh pembantu bomoh.

Status konservasi Jerung Greenland adalah Near Threatened (Hampir Terancam) namun populasi jerung ini masih terkawal walaupun orang Iceland masih memburunya untuk meneruskan budaya makanan tradisi mereka. Para pengkaji jerung sekarang masih menjaga ekosistem jerung ini yang masih aman berenang di dalam habitatnya.

RUJUKAN:

MacNeil, M. A.; McMeans, B. C.; Hussey, N. E.; Vecsei, P.; Svavarsson, J.; Kovacs, K. M.; Lydersen, C.; Treble, M. A.; et al. (2012). “Biology of the Greenland shark Somniosus microcephalus”. Journal of Fish Biology. 80 (5): 991–1018

Yancey, Paul H.; Gerringer, Mackenzie E.; Drazen, Jeffrey C.; Rowden, Ashley A.; Jamieson, Alan (2014). “Marine fish may be biochemically constrained from inhabiting the deepest ocean depths”. Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 111 (12): 4461–5

Watanabe, Yuuki Y.; Lydersen, Christian; Fisk, Aaron T.; Kovacs, Kit M. (2012). “The slowest fish: Swim speed and tail-beat frequency of Greenland sharks”. Journal of Experimental Marine Biology and Ecology. 426–427: 5–11


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.