Namibia mengambil nama bersempena Gurun Namib, gurun sepanjang 1,900 km yang merentangi tiga buah negara di barat daya Afrika iaitu Angola, Namibia, dan Afrika Selatan.
Dengan jumlah populasi yang sama banyak dengan negeri Perak, iaitu sekitar 2.5 juta orang bagi tahun 2021, kepadatan penduduk Namibia adalah antara yang paling rendah di dunia iaitu hanya 3 orang sahaja bagi setiap kilometer persegi. Ini berikutan luas negara itu mencecah 824,292 km persegi, yakni 131% lebih besar berbanding negara bekas penja.jahnya, iaitu Jerman (357,386 km persegi).
Antara kesemua 54 buah negara di Afrika, Namibia menduduki tangga ke-4 dalam Indeks Kemakmuran Legatum menyusuli Afrika Selatan, Botswana, dan Morocco. Menurut pecahan, ia berada pada tempat kedua dalam soal kualiti pentadbiran, keenam dalam pendidikan, kelapan dalam keselamatan, dan ke-16 dalam kesihatan.
Dalam sudut perekonomian pula, Namibia adalah negara ke-10 terkaya di Afrika dengan KDNK per kapitanya bagi tahun 2019 mencecah $11,528 (RM47,844), sedikit tinggi berbanding Malaysia untuk tahun sama.
Persis kebanyakan negara Afrika lain, Namibia kaya dengan sumber alam semisal berlian dan uranium. Sektor perlombongannya sahaja menyumbang sebanyak 10% dari KDNK tahunan negara dan mewakili 50% dari pertukaran asing.
Kekayaan ini bagaimana pun mendedahkannya kepada anasir luar, yakni negara-negara imperialis yang tumbuh bagaikan cendawan dan ra.kus bagaikan tikus menjelang hujung kurun ke-19 Masehi.
Menerusi Konvensyen Berlin 1884, sebanyak tiga belas buah negara Eropah tidak termasuk Amerika Syarikat berpakat membahagikan benua Afrika sesama mereka sekali gus memulakan era yang disebut sebagai ‘The Scramble for Africa’ (1885-1914) – satu era yang seakan mengulangi Perjanjian Tordesillas 1494, di mana hemisfera barat dan timur dibahagikan sesama Sepanyol dan Portugal.
Semenjak itu, benua Afrika dieksp.loitasi secara intensif oleh tujuh kuasa besar dari Eropah iaitu British, Perancis, Sepanyol, Portugal, Belgium, dan Itali. Hampir tidak ada negara yang terkecuali sebagaimana yang boleh dilihat menerusi peta di bawah
Namibia, yang menjadi tumpuan artikel kali ini, dikuasai oleh negara Jerman. Walaupun Jerman tidaklah sedominan British dan Perancis dalam mengeksp.loitasi Afrika, ia sempat mendominasi wilayah-wilayah di barat daya seperti Namibia, Togo, Cameroon, dan Tanganyika.
Kehadiran Jerman selama 30 tahun (1884-1915) di benua itu bukan sekadar mengubah demografi, ekonomi, dan budaya tempatan, tetapi turut mencetuskan pemban.taian pertama dalam kurun ke-20 iaitu Pemban.taian Herero dan Nama (1904-1908). Pemban.taian tersebut berlaku sebelas tahun lebih awal berbanding Pemban.taian Armenia.
Ia malah dianggap sebagai raptai (rehearsal) bagi Pemban.taian Yahudi-Eropah di tangan Jerman sepanjang Pe.rang Dunia Kedua (Onishi & Eddy, 2021). Anggapan sedemikian lahir kerana hampir setiap elemen yang membayangi peristiwa hitam bagi umat Yahudi itu sudah pun dilaksanakan lebih awal di Namibia – bermula daripada idea tentang Ruang Kehidupan (Le.be.nsra.um), Penyelesaian Akhir (En.dlö.sung), Perintah Pengha.pusan (Ver.nic.htungsbefehl), Kem-Kem Taha.nan (Kon.zen.trationsl.ager), hinggalah la.rangan perhubungan antara bangsa Aryan dan bukan-Aryan (Ras.senc.ha.nde).
Episod pemban.taian bermula apabila penduduk asal memberi ten.tangan secara terbuka pada tahun 1903. Dalam satu kejadian, seorang suku Nama ditem.bak ma.ti dan sebagai susulan, tiga tentera Jerman menerima nasib sama. (Gross, 2015)
Penen.tangan ini kemudian disertai oleh suku Herero yang lebih besar bilangannya. Petempatan dan landasan kereta api binaan Jerman dihan.curkan sekali gus memaksa Berlin untuk menghantar Lothar von Trotha bersama 14,000 orang ten.tera tambahan pada tahun berikutnya.
Selepas pejuang-pejuang kemerdekaan ditundukkan, von Trotha mengeluarkan perintah pengha.pusan yang berbunyi: “Orang-orang Herero bukan lagi di bawah tanggungan Jerman… Mereka perlu keluar dari negara ini. Jika perintah ini tidak diendahkan, meri.am dan sena.pang akan jadi jawapan. Mana-mana orang Herero yang dijumpai dalam wilayah Jerman, baik bersama atau tanpa se.nja.ta dan ternakan, akan dihu.kum bu.nuh. Hatta wanita dan kanak-kanak tidak akan dibelas kasihan…” (Black, 2016)
Lantas, kampung-kampung Herero dan Nama dikepung. Mana yang tidak ma.ti ditem.bak akan digiring sehingga ke Gurun Kalahari yang terletak di sempadan Namibia-Botswana. Sumber-sumber air habis dira.cun, meninggalkan mereka dalam keadaan kebu.luran dan kekeringan.
Sebahagian yang lain pula dihantar ke kem taha.nan dan dike.rah melakukan kerja-kerja pembinaan. Salah satu kem taha.nan terletak di Shark Island yang berhadapan dengan bandar Luderitz. Dianggarkan, angka kor.ban di situ sahaja mencecah 3,000 orang.
Sepanjang empat tahun pemban.taian, seramai 80,000 orang Herero dan 10,000 orang Nama terbu.nuh (angka lain menyebutkan 60,000 dan 5,000) – masing-masing mewakili 80% dan 40% dari populasi setiap suku. Jumlah ini hampir menyamai angka kema.tian dari Pe.rang Bosnia 1992-1995 yang turut menyaksikan pemba.ntaian lebih 8,000 orang umat Islam di pekan Srebrenica.
Cuma tidak seperti tra.gedi di Srebrenica, pemban.taian di Namibia mengambil masa lebih seabad untuk ia diberikan perhatian. Ini sama sekali berbeza dengan layanan Jerman terhadap umat Yahudi, di mana mereka cuma memerlukan kurang sedekad untuk menerima permohonan maaf dan pampasan sebanyak $80 billion menerusi Jewish Claims Conference 1952. (Onishi & Eddy, 2021)
Namibia hanya menerima permohonan maaf pertama pada tahun 2004, menerusi kenyataan yang dibuat oleh menteri pembangunan Jerman, Heidemarie Wieczorek-Zeul. Bagaimana pun dalam kenyataan sama, beliau membantah pemfailan sa.man dan tuntutan pampasan yang dilakukan oleh Namibia tiga tahun sebelumnya. Ini kerana, menurut beliau, Konvensyen Genosid PBB hanya digubal pada 1948 justeru ia tidak terpakai bagi konf.lik yang berlaku sebelum tahun tersebut. (Meldrum, 2004)
Keengganan Jerman ini mendorong Namibia untuk terus memberikan tekanan. Tambahan, mereka tidak bersendirian. Pada tahun lepas, Burundi baru sahaja menyertai Republik Demokratik Congo dalam membuat tuntutan pampasan sebanyak $43 billion dari Belgium dan Jerman. (BBC, 2021)
Lantas, genap dua puluh tahun selepas tuntutan pertama dibuat, Namibia akhirnya dapat apa yang ia hajatkan. Pada bulan Mei yang lepas, Jerman menerusi Menteri Luar Negaranya menyatakan kesediaan untuk membayar sebanyak $1.34 billion dalam tempoh 30 tahun kepada Namibia bagi menebus dosa lamanya. Cuma, Jerman masih tetap enggan menyebutnya sebagai pampasan sebaliknya hanya merujuk pembayaran tersebut sebagai ‘sokongan kewangan untuk program pembangunan’. (al-Jazeera, 2021)
RUJUKAN
Al-Jazeera. (2021, 28 May). Germany recognises colonial-era (ditapiskan) in Namibia as (ditapiskan).
BBC. (2021, 1 June). Viewpoint: Why Germany’s Namibia (ditapiskan) apology is not enough.
Black, Edwin. (2016, 5 May). In Germany’s (ditapiskan) Program for Black Africans, a Template for the (ditapiskan). The Times of Israel.
Gross, Daniel A. (2015, 28 October). A Brutal (ditapiskan) in Colonial Africa Finally Gets its Deserved Recognition. Smithsonian Magazine.
Onishi, Norimitsu & Eddy, Melissa. (2021, 28 May). A Forgotten (ditapiskan): What Germany Did in Namibia, and What It’s Saying Now. The New York Times.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih