Setelah menye-rang dan menja-jah wilayah Manchuria pada tahun 1931, Jepun telah mengubah sebahagian besar kawasan di timur laut China itu menjadi kawasan industri perladangan c.an.du, kemudian mereka menggunakan hasil daripada sumber tanaman itu bagi menundukkan penduduk China dan menggunakan keuntungan hasil penjualannya untuk membiayai kempen-kempen ketenteraannya semasa Pe-rang Dunia Kedua bermula.

Tentera Kwantung, salah satu sayap angkatan tentera imperialis Jepun, sedang bergerak menuju ke arah Mongolia pada tahun 1939.

Di antara tempoh dari tahun 1800-an hingga pertengahan 1900-an, Empayar Jepun memulakan usaha mereka selama beberapa dekad untuk membangunkan sebuah kerajaan di Pasifik. Setelah menduduki tanah Korea, Taiwan, dan berbagai-bagai pulau di sekitarnya, Jepun mula mengalihkan fokusnya terhadap China.

Menjelang tahun 1920-an, China sedang beradan di ambang permulaan pe-rang saudara apabila paksi-paksi yang berbeza ideologi mula terlibat dalam siri pemban-taian bersen-jata

Parti Komunis China dihasut oleh pihak Soviet untuk menentang kerajaan Republik China di bawah pemerintahan Parti Nasionalis China (Kuomintang) untuk berkuasa, hanya dalam masa lebih satu dekad selepas pemerintahan imperialis China yang terakhir, Dinasti Qing, digulingkan.

Tetapi, Jepun ada satu kerisauan, untuk menja-jah dan mengekalkan penguasaannya di negeri asing sudah tentu akan dibalas dengan gerakan pemberontak dengan kos yang melambung tinggi.

Oleh itu Jepun mula menggunakan manfaat dari salah satu bekas musuh ketat China untuk melemahkan kebangkitan penentangan terhadap penja-jahan Jepun, sambil mengaut keuntungan darinya bagi membiayai kos ketenteraan mereka sendiri. Bekas musuh ketat China ini tidak lain dan tidak bukan, adalah c.an.du.

Inilah cara Jepun membina kerajaan c.and.u di China dan inilah jawapan kepada persoalan tentang mengapa masalah yang berlanjutan hingga ke hari ini masih belum menemui jalan penyelesaiannya.

Penak-lukan Jepun Di China Dan Permulaan Empayar D.a-dah

Setelah Tentera Imperialis Jepun menawan wilayah Manchuria di timur laut China pada tahun 1931, bermakna penak-lukan Jepun terhadap negara jirannya itu telah dimulakan secara rasmi.

Beberapa siri konflik kecil kemudian meletus ketika Jepun berusaha untuk meneruskan pencerobohannya ke arah selatan dari Manchuria lalu meliputi seluruh China pada beberapa tahun akan datang.

Akhirnya, pada tahun 1937, Jepun melancarkan se-rangan penuh ke atas China dan menawan Beijing, Shanghai, dan beberapa bandar besar lain yang akan diduduki Jepun sehingga Pe-rang Dunia Kedua berakhir dengan kekalahan Jepun. Tetapi Manchuria terus berada di bawah kawalan Jepun lebih lama daripada kawasan lain.

Tentera Jepun memasuki bandar Mukden di Manchuria pada bulan September 1931.

Di Manchuria, Jepun membina negara boneka Manchukuo, yang dikawal dan dieksploitasi melalui pelbagai kaedah keke-jaman.

Salah satu kaedah penting yang digunakan Jepun adalah dengan membina industri c.an.du, mor-fin, dan her-oin yang direka untuk menjadikan orang-orang Cina sebagai pena-gih d.a-d.ah dan menghasilkan keuntungan untuk membina dan menaik taraf jentera pe-rang Jepun.

Jepun telah melakukannya di beberapa tempat lain di sekitar kepulauan Pasifik selama bertahun-tahun, memetik salah satu laporan antarabangsa pada tahun 1932. “ke mana sahaja tentera Jepun pergi, pasti akan berlaku kes penyeludupan d.a-d.ah.”

Di China, Jepun melancarkan kempen awam yang secara aktif berusaha membuatkan orang awam keta-gihan d.a-da.h bagi memastikan penduduk tempatan akan terdesak dan akur terhadap penja-jahan Jepun.

Sementara itu, tokoh-tokoh penting dalam industri c.an.du dilantik menduduki barisan kabinet Empayar Jepun, yang menjadikan perniagaan d.a-d.ah hampir setara kepentingnya dengan Maharaja Jepun.

Keuntungan besar Empayar Jepun hasil dari penjualan her-oin dan mor-fin itu pernah pada satu ketika menyamai keseluruhan bajet tahunan China, dan Jepun mengembalikan hasil keuntungan tersebut untuk meningkatkan kekuatan ketenteraan mereka.

Ini adalah perancangan bersasar yang membolehkan Jepun mengekalkan kawalan terhadap ja-jahannya dan hampir semuanya dibangunkan hasil dari keuntungan c.an.du.

Sejarah Hitam C.and.u Di China

Petani sedang menuai bunga p.opi

Petani menuai tanaman p.opi untuk menghasilkan c.and.u di Manchukuo. Petani akan mengikis sumber getah dari bunga p.opi selama beberapa hari untuk menghasilkan tar yang diperlukan untuk membuat c.andu.

Tumbuhan p.opi adalah bahan asas untuk c.and.u dan pelbagai jenis d.a-da.h seperti her-oin dan mor-fin. Apabila getah dari biji bunga p.opi diproses, ia boleh digunakan sebagai ubat tahan sakit yang kuat.

Benar, c.and.u telah digunakan zaman berzaman untuk menghilangkan rasa sakit sejak tahun 3400 SM.  Penggunaannya di China secara perubatan dan rekreasi bermula pada sekurang-kurangnya abad ketujuh Masihi.

Ia hanya digunakan sebagai ubat tahan sakit sebelum British memperkenalkannya dalam bentuk d.a-dah yang menyebabkan keta-gihan, rakyat China dipaksa menggunakannya hingga tercetusnya Pe-rang C.and.u pada pertengahan 1800-an, ia telah mencipta sejarah yang mengerikan di seluruh China.

Semasa Pe-rang C.and.u, British telah memanipulasi berjuta-juta warga China dengan membuat mereka khayal dan keta-gih c.and.u, yang secara tidak langsung telah mewujudkan pasaran terkawal.

C.and.u diteruskan sebagai cara paling popular di kalangan para panglima pe-rang China untuk membiayai kos ketenteraan mereka dan meraih kesetiaan pengikut sehingga tahun 1920-an.

Malahan, Zhang Xueliang, pentadbir Manchuria sehingga tahun 1931 sendiri merupakan seorang pena-gih c.andu. Walaupun dia sendiri berjaya meninggalkan keta-gihannya dan mengharamkan d.a-dah itu pada tahun 1928, dia tetap membiayai rejimnya hasil dari keuntungan wang d.a-dah.

Dan apabila Jepun menye-rang Manchuria pada tahun 1931, mereka dengan segera mula menjana rejim mereka menggunakan wang hasil jualan d.a-dah juga.

Rancangan Penak-lukan Nekad Jepun Menggunakan D.a-dah

Kenji Doihara, jeneral Jepun dan dalang yang menyebabkan berjuta-juta orang China keta-gihan c.and.u.

Jeneral Kenji Doihara tergolong dalam kelas pemerintah imperialis Jepun yang melihat China sebagai ruang di mana mereka boleh merealisasikan segala impian mereka untuk mencapai kejayaan mutlak. Doihara memutuskan bahawa Jepun harus memberikan subsidi kepada petani kecil China untuk menghasilkan c.and.u.

Tar c.and.u kemudian diproses menjadi mor-fin dan her-oin yang bermutu tinggi di makmal milik syarikat mega Jepun bernama Mitsui untuk dijual di seluruh wilayah ja-jahan Jepun sebagai ubatan.

Ideanya disambut dengan penuh semangat dan pada tahun 1937, 90 peratus c.an.du haram di seluruh dunia adalah dihasilkan di makmal Jepun.

Tetapi Doihara mempunyai rancangan yang lebih besar daripada ini.

Industri na.rko.tik Jepun mempunyai dua matlamat. Yang pertama adalah untuk menghasilkan sejumlah besar wang bagi membayar sejumlah besar bil yang dihasilkan untuk kestabilan empayar mereka sementara meneruskan pengembangan pengaruh mereka di sekitar Pasifik.

Yang kedua adalah untuk mengurangkan penentangan orang-orang Cina yang menentang pencerobohan dan penja-jahan, d.a-dah akan mewujudkan penduduk China yang akan bergantung kepada Jepun dan tidak akan memberontak kerana takut kehilangan sumber d.a-dah.


Pekerja kilang memakai topeng ketika mereka mengasingkan daun tembakau di sebuah kilang rokok di Chang-Chun, Manchuria.

Salah satu langkah pertama yang dilakukan Doihara untuk menjual barang-barangnya adalah dengan menghasilkan produk rokok jenama Golden Bat yang diperbuat daripada c.and.u, ia merupakan salah satu produk berjenama mewah yang juga dibuat oleh syarikat Mitsui.

Rokok Golden Bat dan beberapa lagi bahan yang dihasilkan menggunakan candu

Stok produk ini dihantar ke Manchukuo di mana ia akan diedarkan secara percuma kepada orang awam yang tidak mendatangkan syak.

Malahan, para majikan mula membayar upah pekerja mereka dalam “pil merah” yang sebenarnya adalah dos her-oin yang padat dalam bentuk pil merah.

“Pil merah,” yang digambarkan ini, adalah suplemen her-oin yang dihasilkan secara besar-besaran yang dibuat oleh Mitsui.

Tidak lama kemudian, Doihara telah mewujudkan sebuah ’empayar pena-gih’. Sebagai contoh, pada tahun 1937, kawasan yang dikuasai Jepun di Manchuria dan sekitarnya menghasilkan pengeluaran 2,796,000 paun c.and.u, namun jumlah pengeluaran untuk keperluan perubatan yang sah di seluruh dunia ketika itu hanya 500,000 paun.

Kejatuhan Empayar D.a-dah Jepun

Untuk membantu dirinya mengedar dan menguruskan bahagian kewangan, Doihara melantil Naoki Hoshino, seorang pegawai yang lurus dan tidak memihak dari Kementerian Kewangan Jepun, untuk mengetuai Lembaga Monopoli C.and.u Negara.

Pelantikan Hoshino dalam barisan kabinet kerajaan boneka Manchukuo berjaya meruntuhkan segala dinding yang menghalang Maharaja dari melihat kesedaran terhadap pentingnya usaha untuk melemahkan rakyat China dengan d.a-dah.

Ketiadaan Hoshino di sisi Maharaja telah membuka mata Maharaja bahawa ini satu agenda besar yang perlu dilaksanakan hinggalah ia berjaya mendapat restu Maharaja sendiri.

Menjelang tahun 1941, satu syarikat c.and.u Jepun mengaut hasil penjualan c.an.du berjumlah 300 juta yuan, hampir sama dengan bajet tahunan kerajaan China.

Pesakit di hospital Shanghai yang dibina untuk merawat pena-gih c.and.u pada tahun 1924.

Dengan keuntungan seperti itu, sifat perkauman orang Jepun ketika itu semakin meningkat. Berdasarkan buku kecil yang diedarkan kepada pasukan tentera Imperialis Jepun, terdapat catatan dari pemimpin tentera mereka yang berpandangan bahawa:

“Pengambilan d.a-dah tidak layak untuk diamalkan oleh bangsa yang unggul seperti orang Jepun. Hanya bangsa yang bertaraf rendah, hina dan tidak bermoral seperti orang Cina, orang Eropah, dan orang India Timur sahaja yang berdasarkan status mereka adalah selayaknya keta-gih d.a-dah.  Inilah sebabnya mengapa mereka ditakdirkan untuk menjadi hamba kita dan akhirnya lenyap begitu sahaja”

Tetapi wawasan ini tidak menjadi kenyataan. Kerana anggota tentera Jepun juga terpaksa bergantung kepada da-.dah mereka sendiri bagi menenenangkan askar-askar yang mengalami masalah trauma pe-rang dan trauma akibat pengasingan dari tanah air dan keluarga.

Walaupun menghadapi ancaman hukuman yang berat, ramai anggota tentera Jepun menyalahgunakan her-oin dan mor-fin.  Masalah keta-gihan di seluruh peringkat Tentera Imperialis Jepun ada di mana-mana sehingga Jepun terpaksa membina hospital khusus untuk merawatnya.

Tetapi, walaupun tentera Jepun mengambil langkah berjaga-jaga yang ketat, tentera Imperialis Jepun tetap menyerah kalah dalam Pe-rang Dunia Kedua, dan rangkaian da-.dah yang diusahakan negara itu segera dibongkar dan didedahkan.

Masalah Peninggalan Jepun yang Gagal Diselesaikan

Naoki Hoshino

Setelah penyerahan kalah Jepun mengakhiri Pe-rang Dunia Kedua pada tahun 1945 dan negara itu kehilangan wilayah yang mereka ja-jah, pasukan Sekutu yang menang, telah melancarkan perbicaraan di Tribunal Tentera Antarabangsa Timur Jauh.

Di antara penjenayah pe-rang yang mereka tangkap dan dibicarakan ialah Kenji Doihara dan Naoki Hoshino. Doihara didapati bersalah atas jenayah pe-rang dan dijatuhkan hukuman ma-ti. Dia dihukum gantung sampai ma-ti pada tahun 1948.

Hoshino dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tetapi hanya dibebaskan selepas 13 tahun. Setelah dibebaskan, dia meneruskan kehidupan biasa dengan kerjaya yang selesa di sektor swasta, dia meninggal dunia dengan tenang pada tahun 1978 pada 85.

Tetapi, walaupun beberapa kes-kes jenayah pe-rang Jepun didedahkan semasa perbicaraan, sejauh mana Jepun membiayai rejim ketenteraannya dengan wang da-d.ah tidak pernah diketahui dengan lebih terperinci sehinggalah para sejarawan mula membongkar dokumen rahsia.

Pada tahun 2007, seorang wartawan dari The Japan Times memperoleh dokumen setebal 21 halaman mukasurat dari arkib di National Diet Library of Tokyo yang menerangkan kisah pengedaran da-d.ah Jepun di China di hadapan audiens antarabangsa. Menurut laporan itu, satu syarikat sahaja telah menjual sebanyak 222 tan c.and.u pada tahun 1941.

Kita masih tidak tahu berapa banyak c.and.u yang dijual Jepun, berapa ramai orang Cina menjadi pena-gih dan ma-ti, dan berapa banyak wang yang dihasilkan oleh tentera imperialis Jepun untuk kos perbelanjaan pe-rang.

Rokok c.and.u buatan Jepun, Golden Bat

Walau setinggi mana jua jumlah angka yang tepat, hakikatnya, tetap tidak ada proses pemulihan yang pernah dilaksanakan selain dari beberapa program kecil anjuran kerajaan Komunis China beberapa dekad kemudian, selain itu, tidak ada hukuman yang dijatuhkan.

Perancangan penak-lukan Jepun melalui da.-da.h kek menjadi babak gelap Pe-rang Dunia Kedua yang sebahagian besarnya dihilangkan oleh arus keke-jaman itu sendiri sebelum Jepun menyerah kalah semasa pe-rang.

RUJUKAN:

Mitsui: Three Centuries of Japanese Business, John G. Roberts, Weatherhill, 1991.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.