Buruk-buruk Amerika Syarikat sekalipun, jarang kita tengok pemimpin sana kena tembak mati. Kali terakhir seorang presiden ditembak adalah tahun 1981, apabila satu das tembakan memantul ke paru-paru Ronald Reagan selepas terkena keretanya. Reagan sampai di hospital dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Tetapi beliau selamat dibedah dan keluar hospital 11 hari kemudian. Jadi apa yang beralku di Jepun hari ini sangat menjijikkan. Terutamanya kalau kita tengok balik, mangsa tembakan iaitu Shinzo Abe sudah bukan lagi pemimpin negara.
Kejadian ngeri ini berlaku pada ketika Abe sedang memberi ucapan bagi pihak Kei Sato. Untuk pengetahuan semua, Sato merupakan calon parti yang akan bertanding dalam pilihan raya kelak. Memang mereka dalam demam pilihan raya sekarang, kerana Dewan Tinggi Jepun bakal dipilih dalam masa dua hari. Sedang elok berucap, tiba-tiba seorang lelaki 41 tahun bernama Tetsuya Yamagami menghampiri beliau dengan sepucuk senapang patah.
Tiga das tembakan dilepaskan; Abe terus rebah ke lantai (Yamaguchi, 2022). Tembakan pertama katanya tersasar. Dan pihak berkuasa tidak sempat untuk mengelak tembakan susulan. Abe digegaskan terus ke hospital, ditutup dengan sebuah alas pelindung (seperti dalam video dibawah):
Laporan berita pada awalnya masih samar-samar. Ada yang cakap tiada denyutan langsung. Ada pula cakap, Abe pengsan dalam keadaan kritikal kerana jantung terhenti. Sedang doktor berperang di bilik kecemasan, pihak polis cepat buat kerja menangkap Yamagami. Apabila berita sampai pada Jabatan Perdana Menteri, semua kecoh habis. Perdana Menteri Fumio Kishida menghentikan kempen pilihan raya untuk kembali ke Tokyo. Pejabat beliau sudah mengasaskan jawatankuasa pengurusan krisis untuk memudahkan siasatan (Rich & Dooley, 2022).
Jasa Dibalas Darah
Jarang sekali benda sebegini gila terjadi di Jepun. Ambil contoh tahun 2014. Seramai 33,599 orang mati ditembak di bumi Amerika Syarikat. Pada tahun sama, hanya enam orang mati ditembak di Jepun. Tahun 2021 pun lebih kurang. Jauh beza dengan Amerika Syarikat. Kerana Jepun mengharamkan pemilikan senjata. Sesiapa yang ingin membeli senjata perlu menjalani ujian mental yang sangat ketat. Itu pun dapat beli senapang patah atau senapang angin sahaja.
Tetsuya Yamagami bukan setakat menjalani ujian saringan mental. Dia merupakan seorang pesara tentera laut Jepun – berkhidmat antara tahun 2002 hingga 2005 untuk pihak Maritime Self-Defense Force. Jadi hujah pro-senjata di Amerika Syarikat ternyata dangkal: “guns don’t kill people. People do. We need more mental health awareness.” (senjata tak bunuh orang. Orang yang bunuh orang. Kita perlu lagi banyak kesedaran kesihatan mental).
Yamagami adalah seorang pesara tentera. Semua kelas mental mesti dia jalani. Benda gila ini masih berlaku. Kalau tengok komen-komen di media Jepun, ramai sangat terkejut. Baru saja Shinzo Abe berbicara tentang dasar kerajaan untuk menghidupkan semula ekonomi Jepun selepas COVID-19. Walaupun bukan lagi pemimpin, minda beliau masih diperlukan kerajaan sebagai penasihat dan pemberi ilham. Kalau beliau bangang, masakan beliau dapat jadi Perdana Menteri Jepun paling lama dalam sejarah sampai dasarnya disebut “Abenomics”.
Kejadian ini membuka mata pada semua. Seaman-aman Jepun sekalipun, benda begini masih berlaku. Dan motif Yamagami memang betul-betul menyakitkan hati. Katanya, “aku tak puas hati dengan Shinzo Abe. Jadi aku nak bunuh dia.” Hanya kerana tidak berpuas hati, terus angkat senjata.
Dalam keadaan dunia yang semakin terbelah, kejadian ini memang suatu masalah besar. Shinzo Abe tidak patut dibunuh.
RUJUKAN:
Rich, M., & Dooley, B. (2022, Julai 8). Suspect is in custody after Shinzo Abe is wounded. The New York Times.
Yamaguchi, M. (2022, Julai 8). Former PM Shinzo Abe critically shot in shock Japan attack. AP News.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih