Juraian meteor atau meteor shower terjadi apabila bumi melalui kawasan yang mempunyai banyak sisa habuk dan debu. Apabila habuk daripada komet atau asteroid ini masuk ke dalam atmosfera bumi dan terbakar lalu membentuk garisan cahaya di langit, ia dipanggil meteor atau tahi bintang. Terdapat beberapa juraian meteor utama iaitu:

Quadrantids Berasal daripada asteroid 2003 EH1. Dapat dilihat bermula akhir Disember hingga awal Januari. Kemuncaknya pada awal Januari

Lyrids Berasal daripada komet C/1861 G1 Thatcher. Dapat dilihat pada akhir April dan kemuncaknya pada 22 April

Eta Aquarids Berasal daripada komet 1P Halley. Dapat dilihat bermula pertengahan April hingga akhir Mei. Kemuncaknya pada awal Mei.

Delta Aquarids Berasal daripada komet 96P Machholz. Dapat dilihat pada pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos. Kemuncaknya pada akhir Julai

Perseids Berasal daripada komet 109P/Swift-Tuttle. Dapat dilihat bermula pertengahan Julai hingga akhir Ogos. Dan kemuncaknya pada pertengahan Ogos 

Orionids Berasal daripada komet 1P/Halley. Boleh dilihat bermula awal Oktober hingga awal November. Dan kemuncaknya pada pertengahan Oktober.

Leonids Berasal daripada komet 55P/Tempel-Tuttle. Dapat dilihat pada bulan November. Kemuncaknya pada pertengahan November.

Geminids Berasal daripada asteroid 3200 Phaethon. Boleh dilihat pada bulan Disember. Kemuncaknya pada pertengahan Disember.

Bagaimana cara melihat juraian meteor ?

Anda tidak perlu mempunyai apa-apa alat khas atau canggih untuk melihat juraian meteor. Cukup sekadar mencerap dengan mata kasar sahaja. Semestinya kawasan cerapan yang jauh daripada pencemaran cahaya seperti bandar besar. Kawasan itu juga sebaiknya lapang tanpa gangguan seperti bangunan dan pokok.

Waktu yang terbaik untuk mencerap juraian meteor ialah selepas tengah malam sehingga sebelum subuh. Anda hanya perlu menghadap langit yang paling gelap, posisi terbaik ialah dalam keadaan berbaring. Mata kita memerlukan masa lebih kurang 20-30 minit supaya anak mata terbuka pada tahap maksimum dan lebih banyak cahaya boleh masuk. Jadi, jangan terburu-buru dan nikmatilah langit malam sepuasnya bersama keluarga dan rakan.

Cara mengambil gambar juraian meteor pula?

  1. Cari lokasi yang jauh dari pencemaran cahaya
  2. Gunakan tripod yang kukuh
  3. Set kamera ke mode M (Manual)
  4. Set aperture nilai serendah/sekecil yang mungkin
  5. Set ISO setinggi yang mungkin, yang sesuai dengan kemampuan kamera masing-masing
  6. Set waktu dedahan (exposure) sekitar 20-30 saat. Guna tips 600 rules untuk elak bintang-bintang menjadi ‘tidak bulat’
  7. Set fokus ke MANUAL, dan fokuskan ke infiniti. Jika kamera anda mempunyai Live View, halakan ke arah bintang-bintang yang cerah, dan set fokus kearahnya terlebih dahulu.
  8. Gunakan timer atau remote release shutter

RUJUKAN:

https://solarsystem.nasa.gov
http://falakonline.net


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Muhammad Syafiq atau dikenali sebagai Syah, seorang 'Astrophile' yang mempunyai minat mendalam dalam bidang berkaitan Sains terutamanya Astronomi dan juga Meteorologi. Beliau merupakan penulis yang lantang menentang golongan pseudosains dan juga pentaksub membuta tuli teori konspirasi di alam maya.

Comments are closed.