Korang tahu tak masa tentera Islam kalahkan Parsi, diorang jumpa satu jenazah yang masih sempurna atas katil. Tak reput atau berbau macam mayat biasa. Tahu tak dah berapa lama jenazah ni wafat? 1,100 tahun lebih dah!

Jenazah ini adalah Nabi Danial. Ia djumpai di Istana Khurmuzan, Tustar. Imam al-Bayhaqi meriwatkannya dalam Dalalil Nubuwwah.

Dah kenapa orang Tustar tak kuburkan?

Bila ditanya, mereka menjawab dengan satu jawaban mengejutkan. Rupa-rupanya setiap kali hujan tidak turun, jenazah Nabi Danial akan dikeluarkan dan diletak di padang luas. Lalu mereka meminta hujan dengan keberkatan jenazah baginda. Tanpa menunggu lama, titisan-titisan hujan akan jatuh dan membasahi bumi. Hal ni disaksikan oleh sahabat Nabi, Abu Musa Asyaari.

Dia juga menjumpai kitab suci di sisi jenazah Nabi Danial. Setelah diterjemah kepada bahasa arab oleh Abu Khalid bin Dinar, alangkah mengejutkan isi kitab tersebut sebenarnya berkenaan Nabi Muhammad di akhir zaman. Kitab suci ini diserahkan kepada Umar al-Khattab. Entah berkait ataupun tidak, Book of Daniel tercantum dalam Bible orang Kristian.

Khalifah Umar Al-Khattab seterusnya mengarahkan jenazah Nabi Danial dikuburkan, “sesungguhnya jasad ini adalah Nabi di antara para Nabi. Api tidak akan membakar jasad para Nabi dan bumi tidak akan merosaknya. Kerana itu, hendaklah kau dan seorang sahabatmu menguburkannya di tempat yang tidak ada seorang pun yang mengetahuinya kecuali kalian berdua.” 13 liang lahad digali pada siang hari. Lalu pada malam hari, jenazah Nabi Danial dimakamkan dalam salah satu lubang kubur tersebut.

Masjid Nabi Danial boleh disinggahi kat Iskandariah, Mesir. Alamatnya: Al Naby Danyal, Kom Ad Dakah Gharb, Al Attarin, Alexandria Governorate 5371040, Egypt.

Sultanul Ulama’ Izzuddin bin Abdus Salam menyifatkan semua mukjizat yang berlaku kepada Nabi-Nabi sebelum ini, boleh berlaku kepada Nabi Muhammad SAW. Jika Nabi Musa mengeluarkan air dari batu, Rasulullah pula mengeluarkan air dari jari jemarinya. Jika Nabi Musa membelah lautan, Rasulullah pula membelah bulan. Jika Nabi Isa menyembuhkan orang buta, Rasulullah memulih semula mata yang terkeluar dari lubangnya.

Jika jenazah Nabi Danial ada barakah menurunkan hujan, begitu juga Nabi kita.

Kalau korang perasan, dekat atas kubah hijau Rasulullah di Masjid Nabawi, terdapat bonjolan petak. Ada yang cakap pernah ada orang naik atas kubah, lepastu kena panah petir. Tak. Sebenarnya bonjolan petak tersebut adalah tingkap yang bawahnya makam Nabi Muhammad. Apa gunanya? Jikalau Madinah lama tak turun hujan, maka tingkap di atas kubuh itu akan dibuka. Lazimnya hujan akan segera turun. Jika tidak turun juga, tingkap di atas makam Nabi sendiri akan dibuka. Maknanya dah dua lapisan tingkap dibuka. Langit pun malu memandang ke bumi yang menyimpan jenazah Rasulullah, lalu menitislah hujan membasahi tanah.

Perbezaan kita Umat Muhammad dengan orang Tustar adalah pada adab. Sebaik saja Rasulullah wafat, jenazah baginda segera diuruskan para sahabat. Berbeza dengan orang Tustar yang membiarkan jenazah Nabi Danial di atas katil dan sekadar memanfaatkannya bagi meminta hujan.

Perbuatan ini dinamakan tabaruk.

Ia tidak salah dalam agama dengan sokongan banyak nas dan contoh dari Salafussoleh. Dalam Al-Quran, kita boleh jumpai ayat Nabi Yaakub menyapu muka dengan baju Nabi Yusuf. Serta merta katarak yang membutakan matanya sembuh. Bukanlah baju Nabi Yusuf itu yang menyembuhkan, tetapi Allah yang menyembuhkan. Perbuatan menyapu dengan baju itu hanyalah mengambil barakah.

فَلَمَّآ أَن جَآءَ ٱلْبَشِيرُ أَلْقَىٰهُ عَلَىٰ وَجْهِهِۦ فَٱرْتَدَّ بَصِيرًا ۖ قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّىٓ أَعْلَمُ مِنَ ٱللَّهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Tatkala telah tiba pembawa kabar gembira itu, maka diletakkannya baju gamis itu ke wajah Ya’qub, lalu kembalilah dia dapat melihat. Berkata Ya’qub: “Tidakkah aku katakan kepadamu, bahwa aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya”. (Surah Yunus, Ayat 96)

Sahabat Nabi mengambil berkat dari baginda. Ali ibn Ali Talib minum darah bekam Nabi, Ummu Salamah ambil peluh Nabi jadi minyak wangi, Muawiyah Abi Sufian simpan kuku Nabi agar dikuburkan bersamanya dan Khalid al-Walid menyimpan rambut Nabi dalam topi perangnya.

Selagi tidak berlaku syirik, tidaklah dilarang. Tabaruk bukanlah satu kesalahan asalkan berpandu syarak dan bertopang adab. Salafussoleh telah mencontohkan yang terbaik. Tidak seperti orang Tustar yang membiarkan Nabi Danial tidak dikuburkan, Umat Muhammad mememuliakan jenazah Razulullah. Hatta bertabaruk dengan jenazah baginda pun dibuat jendela istimewa!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply