Jika anda perhatikan pada abad ke-19, Siam cuba menyebarkan pengaruhnya ke semua kerajaan yang berada di sempadannya wilayahnya. Ini termasuk mengacau negeri-negeri Melayu yang berada di selatan. Namun dalam sejarah, hanya Perak sahaja yang berjaya melawan Siam dengan kedua-dua taktikal; peperangan dan diplomasi. Ini ibarat dipijak-pijak takkan mampus.
Sikap berani itu digambarkan dalam satu surat balasan kepada Chau Phya dari Ligor yang betul-betul ‘badass’.
NEGERI-NEGERI yang berada di sempadan Siam pada waktu itu ialah Kedah, Perak dan Kelantan. Kedah sememangnya menjadi negeri yang dibawah tekanan Siam terutama sejak 1802, apabila ada pihak meminta tolong Siam dalam hal perebutan kuasa. Kelantan sejak Sultan Muhammad I sudahpun ditekan supaya menjadi negeri naungan Siam. Sekalipun Terengganu yang bukan bersempadan dengan Siam, Siam cuba mengawal Terengganu melalui Tengku Omar. Namun, berlainan halnya dengan Perak, Siam nampaknya begitu sukar untuk menundukkan Perak supaya mengaku Siam adalah tuan dan membayar ufti.
Chau Phya Ligor, atau Raja Ligor (atau Putera Ligor) adalah nama yang ibarat puaka kepada Patani, Kedah, Kelantan atau Terengganu tetapi bukan Perak. Apa saja surat, permintaan atau arahan dari Chau Phya ni senantiasa dituruti. Chau Phya ini tiada masalah dengan Kedah apatah lagi Kelantan dan Terengganu. Kedah sebenarnya banyak menurut kemahuan Siam (melalui Ligor) namun apabila sudah sampai dibuli dengan sewenang-wenangnya siapa mahu tahan? Kedah disuruh hantar bekalan makanan, disuruh berperang dengan Burma dan bermacam lagi.
Tapi bagi Perak, Siam is nothing. Sebesar manapun dia, tak sepatutnya dia boleh mengganggu urusan negeri Perak. Sebenarnya Ligor telah datang menyerang negeri Perak berkali-kali ( contohnya Ligor menyerang Perak pada tahun 1822 namun ditewaskan oleh tentera Perak-Selangor) namun kegagalannya menawan Perak menjadikan kisah itu tidak popular sebagaimana kejatuhan Kedah ke tangan Siam bermula perang pada tahun 1821 yang popular dengan nama “Perang Musuh Bisik”.
Chau Phya telah menggunakan pelbagai cara; menghasut Raja Muda, menghasut para pembesar supaya menentang sultan dan menjadi pro-Siam sehinggalah menghantar tentera menyerang Perak, semuanya gagal.
Akhirnya pada Mac 1827, Chau Phya telah menghantar kapal penuh dengan sutera ke Sungai Perak dan berjanji akan menghantar lagi kapal yang dipenuhi beras dan gula kepada sultan dan para pembesar Perak dengan syarat sultan memenuhi ‘jemputan’ ke Ligor dan seterusnya dibawa ke Bangkok dan sedia tunduk kepada Siam dan menjadi negeri naungannya.
Namun Sultan Abdullah Muadzam Shah, sultan Perak ke-20, dengan selambanya menjawab jemputan itu dengan kata-kata sinis:
“Bahawa perjanjian sudah dibuat antara Kompeni dan Siam, dengan itu Siam tidak boleh lagi masuk ke negeri Perak. Beta fikir adalah tidak perlu bagi beta, seorang yang tidak punya apa-apa ini membiarkan Chau Phya ternanti-nanti, jadi beta meminta maaf; Ya…Chau Phya benar mengenai Sri Andika Raja yang telah menangkap gajah setinggi enam hasta itu. Beta telah menjaganya dan hendak menghantarnya kepada Chau Phya namun setelah sebulan sejak ditangkap, ia pun mati”.
‘Kompeni’ dalam surat ini adalah Syarikat Hindia Timur Inggeris yang berpangkalan di Pulau Pinang dan ‘perjanjian’ yang dimaksudkan itu adalah Perjanjian Burney 1826.
Ayat pertama dalam surat itu adalah menunjukkan sultan tahu tentang situasi politik luar ketika itu dengan mengungkit tentang perjanjian antara Inggeris dan Siam dan betapa tegasnya sultan dalam menolak jemputan ‘maut’ itu. Biasanya apabila seseorang telah dibawa ke Ligor, maka dia tidak boleh terlepas lagi dan ibarat menjadi orang tawanan sahaja. Lebih-lebih lagi apabila dibawa mengadap ke Bangkok, maka biasanya orang itu akan diugut dengan pelbagai ancaman dan terpaksa bersetuju dengan apa-apa perjanjian. Ini sudah terjadi kepada pemerintah-pemerintah Lao, Kemboja, Kedah, Reman dan Patani, sekadar menyebut beberapa contoh. Sultan Abdullah sudah menghidu bahaya ini dan tidak akan membiarkan dirinya terperangkap di dalam permainan yang amat klise itu.
Manakala ayat-ayat terakhir mengenai ‘gajah’ itu adalah ayat-ayat untuk menyakitkan hati atau mengecewakan Chau Phya yang berharap akan dapat gajah pelik yang selalu dimiliki sultan Perak untuk dipersembahkan kepada bosnya yakni Raja Siam, ketika itu adalah Rama III.
Too many assholes. Not enough bullets.
So show him our badass.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih