Saat pep3rangan sememangnya detik yang amat menghibakan buat masyarakat kebanyakan. Kaum lelaki lazimnya dibunuh tanpa belas kasihan, kanak-kanak dijual sebagai hamba, sambil kaum wanita pula dir0gol lalu dibvnuh, atau kadangkala diambil oleh musuh sebagai pelampias serakah. Demi menghindarkan takdir sebegini menimpa ratu dan wanita kehormat mereka, golongan Rajput mengembangkan satu budaya yang disebut sebagai Jauhar.

Walaupun jauhar sering dikaitkan dengan amalan sati (wanita memb4kar diri sendiri bagi mengiringi pemergian suami), terdapat beberapa perbezaan ketara antara keduanya. Jauhar hanya dilakukan pada waktu-waktu perang dan tidak hanya melibatkan kaum wanita, akan tetapi turut dilakukan oleh kanak-kanak semasa si suami atau ayah masih lagi hidup. Jauhar juga hanya diamalkan apabila tentera-tentera Rajput tidak mempunyai sebarang harapan untuk memenangi pep3rangan.


Upacara sati, dilakukan oleh balu Hindu yang memb44kar diri setelah kematian suami. Amalan ini diharamkan secara rasmi pada 1800an

Jauhar, yang melibatkan kaum wanita memb4kar diri bersama anak-anak sambil mengenakan pakaian kahwin, kebiasaannya dilakukan pada waktu malam dengan diiringi oleh mantra-mantra Veda yang dibaca oleh pendeta-pendeta Brahmin. Kemudian keesokan paginya, kaum lelaki Rajput pula melakukan satu upacara yang dipanggil sebagai Saka; di mana sesudah mandi, mereka akan memakai pakaian berwarna kuning cempaka lalu menyapu abu isteri dan anak-anak pada dahi, dan kemudian meletakkan daun tulsi pada lidah. Setelah itu, mereka akan keluar ke medan untuk menghapuskan atau dihapuskan musuh.

Walau bagaimanapun, jauhar dan saka tidak pernah dilakukan semasa mereka memerangi penganut Hindu yang lain, seperti Marathas, memandangkan mereka dilayan dengan baik walaupun kalah perang. Kononnya lagi, beberapa kali juga Rajput meminta damai daripada Mughal setelah lama berperang dan permohonan tersebut diperkenan. Namun setelah menyerah diri, keluarga Rajput dibunuh oleh tentera-tentera Mughal. Pengkhianatan sebegini didakwa menjadi punca amalan jauhar dan saka diperkenal dan diamalkan oleh Rajput.

Ilustrasi tentang jauhar dalam ‘Hutchinsons History of the Nations’

Antara contoh pengamalan jauhar yang paling masyhur dalam sejarah India berlaku pada tahun 1303 di Kubu Chittorgarh. Kubu tersebut merupakan salah sebuah kubu terbesar di sub-benua itu dan ia terletak di barat laut India. Kubu Chittorgarh dipercayai dibina oleh raja-raja Moris (Maurya) pada kurun ke-7 Masehi dan pemilikannya bersilih-ganti seiring peredaran zaman.

Pada kurun ke-12 atau ke-13 Masihi, ia jatuh ke tangan Dinasti Sisodia yang memerintah Kerajaan Mewar. Memasuki tahun 1303, kubu tersebut ditadbir oleh Rana (raja) Rawal Ratan Singh, suami kepada Rani Padmini. Pada tahun itu jugalah, Alauddin Khilji si sultan Delhi mengepung Kubu Chittorgarh.

Menurut puisi epik Padmavat dari kurun ke-16 yang memerihalkan secara rinci tentang pengepungan berkenaan, Alauddin Khilji kononnya menerima khabar tentang kejelitaan Rani Padmani dan berhasrat mahu mengambilnya sebagai salah seorang gundik yang membarisi harem istananya.

Oleh kerana itu, beliau pun menghentikan kepungan ke atas Kubu Chittorgarh lalu menghantar utusan kepada Rana dengan membawa pesanan bahawa beliau bersedia untuk tidak mengapa-apakan kubu tersebut jika diberi peluang menyaksikan kejelitaan Rani dengan mata kepalanya sendiri.

Permohonan itu dipersetujui dan Alauddin Khilji pun memasuki kubu tanpa membawa senjata. Beliau melihat sosok jelita Rani Padmini menerusi cermin. Sesudah puas menatap wajah indah itu, beliau pun diiring pulang ke khemah oleh Rana. Pada waktu itulah, Rana diserang hendap dan ditangkap oleh tentera-tentera Alauddin.

Alauddin Khilji dan pasukannya di hadapan sambil kaum wanita membunuh diri di bahagian belakang gambar

Syarat tersebut dipersetujui. Dengan licik, Rani menyembunyikan beberapa orang pahlawan Rajput yang lengkap bersenjata di dalam setiap tandu yang mengangkut setiap 700 orang wanita tersebut. Menerusi helah itu, beliau berjaya menyeludup ribuan orang pahlawan (termasuk pengangkut tandu) ke dalam kem Alauddin Khilji sekaligus menyelamatkan Rana.
Berita tersebut sampai ke pengetahuan Rani.

Lantas, beliau pun mengatur rancangan untuk menyelamatkan suaminya. Kepada Alauddin beliau nyatakan kesudian untuk menyertai haremnya, dengan syarat beliau diberi izin untuk ditemani oleh 700 orang wanita, sesuai dengan kedudukannya sebagai seorang ratu.

Pun begitu, pertempuran dahsyat berlangsung di luar Kubu Chittorgar lalu mengorbankan pahlawan-pahlawan Rajput, termasuk Rana sendiri. Dek kerana enggan menyerah diri kepada Alauddin Khilji, Rani Padmini bersama kaum wanita dan kanak-kanak semuanya melakukan jauhar, sambil kaum lelaki yang masih bernyawa pula melakukan saka pada keesokan pagi.

Wanita-wanita Rajput memb4kar diri semasa pengepungan Chittor

Kubu Chittorgarh sempat menjadi saksi kepada dua lagi pelaksanaan jauhar yang meruntun hati; pertama semasa pengepungan yang dilakukan oleh Bahadur Shah pada 1535, dan yang kedua sewaktu Akbar mengepung kubu tersebut pada 1567/8. Apapun, pelaksanaan jauhar yang paling masyhur adalah pada tahun 1303, yang melibatkan kisah keberanian Rajput, kelicikan Rani Padmini, dan pengkhianatan Alauddin Khilji.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (29 Mac 2015). Jauhar – The History of Collective Self Imm0lation during War in India. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history/jauhar-history-collective-self-imm0lation-during-war-india-002837


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.