Sejarah Eropah pada awal Masihi dan awal zaman pertengahan memperlihatkan banyak berlakunya perpindahan dan kemunculan empayar baru. Suku demi suku berkelana mencari tempat untuk bersemayam, kapak-kapak p3r4ng dipert4j4m, dan kerajaan-kerajaan lama kian membungkam.
Pada zaman yang sedemikian kacau, segala kemungkinan boleh berlaku. ‘Perpindahan Besar’ membawa kepada lahirnya kerajaan-kerajaan baru, kejituan identiti kebangsaan, dan penyebaran agama Kristian dengan lebih meluas.
Pada hari ini, kami bakal mengisahkan semula sejarah salah sebuah kerajaan yang dibangunkan ketika itu; iaitu Kerajaan Ostrogoth – sebuah kerajaan yang diasaskan oleh suku penaklvk Jerman.
THEODORIC AGUNG
Dinasti Amal (atau Amalung) merupakan salah sebuah dinasti Goth-Jerman yang terkemuka. Pada tahun 454 Masihi, ketua dinasti tersebut, iaitu Raja Theodemir, dikurniakan putera. Beliau menamakannya sebagai Piudaeriks si penguasa jelata. Namun, anak itu lebih dikenali sebagai Theodoric, pewaris takhta yang bakal mengubah sepenuhnya sejarah Dinasti Amal.
Setahun sebelum kelahirannya, iaitu pada 453 Masihi, Ostrogoth akhirnya bebas daripada cengkaman Hun lantaran tahun itulah tahun kem4t1an Attila the Hun. Pemergian penakluk agung itu turut mengakibatkan keruntvhan empayarnya.
Beberapa tahun kemudian, Leo the Thracian si maharaj Byzantine meluaskan kekuasaannya ke atas Ostrogoth dan menandatangani perjanjian dengan Raja Theodemir. Perjanjian ini menuntut Ostrogoth supaya membayar ufti tahunan kepada Byzantine yang berpusat di Konstantinopel.
Demi memastikan supaya ufti dapat dibayar dan Ostrogoth pula kekal tunduk, Byzantine mengambil putera raja sebagai tawanan. Maka, Theodoric pun dibawa ke Konstantinopel. Sebagai seorang yang berd4r4h kerabat, Theodoric diberikan pendidikan terbaik di istana Byzantine, yang pada masa itu merupakan salah sebuah pusat pendidikan paling terkehadapan di dunia.
Semenjak itu, Theodoric menampilkan imej sebagai sekutu dan pemerintah naungan Byzantine serta sering menumpukan perhatian pada musuh-musuh empayar.Di sana, beliau belajar membaca dan ilmu aritmetik, di samping mendalami Romanitas, iaitu aspek penting bagi mengenali identiti Rom, meliputi seluruh konsep politik dan kebudayaan Rom. Pendidikan yang diterima oleh Theodoric ini meletakkan dirinya jauh terkehadapan berbanding rakan-rakan sewarganya di Ostrogoth.
Theodoric kembali ke kampung halamannya sekitar tahun 470 Masihi dan beliau diberikan mandat untuk memerintah sebagai putera Ostrogoth, bersama Valamid bapa saudaranya dan Raja Theodemir ayahandanya.
Semasa suku Thervingi-Jerman yang diketuai oleh Theodoric the Squinter melakukan pemberontakan terhadap Maharaja Zeno, Theodoric datang memberikan bantuan dalam memer4ngi Thervingi.
Sebagai ganjaran, beliau dilantik sebagai komander Rom Timur. Pelantikan ini secara tidak langsung menjadikan Ostrogoth dan seluruh warganya sebagai feoderati Rom.
Feoderati adalah suku mahupun kerajaan yang dituntut supaya memberikan bantuan ketenteraan kepada Rom, dan sebagai ganjaran, mereka akan dikurniakan pelbagai manfaat.
Namun tidak lama kemudian, Maharaja Zeno memungkiri janji dan demi menghapuskan dua orang pemimpin Jermanik itu, beliau malah menyerahkan kepimpinan t3nt3ra kepada bekas musvhnya, iaitu Theodoric the Squinter.
Semenjak itu, Theodoric dan warga Ostrogoth yang berasa dikh1anati mula melancarkan siri s3r4ngan ke atas wilayah-wilayah Rom. Warga-warga kota yang tidak berdosa sering menjadi mangsa pelampiasan amarah.
Dengan pantas, kebengisan Ostrogoth tersebar ke seluruh pelusuk Byzantine, membuatkan Maharaja Zeno naik panik.
Pada tahun 479 Maishi, Theodoric bersama pengikutnya menguasai Epirus. Dari sana, mereka menjarah Larissa pada 482 dan seterusnya menggempur Greece. Memasuki tahun 482, demi menebus kesilapannya, Zeno terpaksa melantik Theodoric sebagai militum praesentalis, iaitu komander t3nt3ra berpangkat tinggi, dan konsul pada 484. Jawatan ini secara efektif memberikan Theodoric autoriti ke atas wilayah Dacia Ripensis dan Pedalaman Moesia.
PENUBUHAN KERAJAAN – KONFLIK DENGAN ZENO
Hasil r4mp4san dan penj4r4han ke atas Rom yang melimpah-ruah membuatkan Theodoric semakin membuas. Beliau terus-menerus menyerang Empayar Rom Timur dan hubungannya dengan Zeno semakin merenggang.
Namun tidak lama kemudian, mereka mencapai sebuah persepakatan, yang pada hakikatnya merupakan cubaan Zeno untuk menghapuskan dua anc4m4n terbesarnya – iaitu Theodoric dari Amal dan Odoacer. Odoacer merupakan seorang negarawan Rom dari suku Jermanik yang telah menggvlingkan Romulus Augustus dan membunuh Julius Nepos. Beliau dianggap sebagai individu yang meruntuhkan Empayar Rom Barat.
Pemerintahan Odoacer di Itali semakin hari semakin menunjukkan permvsuhan terhadap Empayar Rom. Maka dalam cubaan untuk menghapuskannya, Zeno menghantar Theodoric dan menawarkannya kekuasaan ke atas Itali jika beliau dapat menewaskan Odoacer. Theodoric menerima tawaran tersebut dan berangkat ke Itali pada tahun 488.
Memasuki tahun berikutnya, beliau merentasi banjaran Alps dan memasuki Semenanjung Itali. Konfr0ntasi pertama antara Theodoric dan Odoacer meletvs dengan pantas di mana kedua-dua belah pihak saling bertembung di Sungai Isonzo.
Pertempuran ini menyaksikan Odoacer dikalahkan dan beliau berundur ke Verona. Sebulan kemudian, Theodoric meneruskan kemaraan dan sekali lagi meraih kemenangan besar.
Dalam kesempatan itu, panglima Odoacer yang bernama Tufa bertindak menyerah diri kepada Theodoric bersama sebahagian besar pasukan t3nt3ra mereka. Theodoric lantas mengarahkan mereka supaya meny3r4ng raja lama mereka, Odoacer.Bagi pasukan Ostrogoth, misi penaklukan Itali dilihat sebagai sebuah kempen mudah namun tetap jua berd4r4h. Menyedari dirinya di4nc4m bah4y4, Odoacer membawa diri ke ibu kotanya yang terletak di Ravenna.
Namun ternyata, Tufa hanya berpura-pura berpaling tadah. Beliau kembali menumpahkan kesetiaan dan memihak Odoacer. Setelah kekuatannya pulih pada tahun berikutnya (490M), Odoacer melancarkan s3r4ngan ke atas Ostrogoth.
Pasukannya berjaya membebaskan Milan, Cremona dan seterusnya mengepung ibu kota Theodoric di Pavia. Perjalanan kempen Odoacer kelihatan lancar, sehinggalah Visigoth datang campur tangan.
Visigoth yang datang dari barat ini menghulurkan bantuan kepada Theodoric dan kepungan ke atas Pavia berjaya dipatahkan. Dengan bergabung tenaga, pasukan Goth melakukan s3r4ngan dan berhasil menghancvrkn bala tentrae Odoacer dalam Pertempvran Sungai Adda pada 11 Ogos 490 Masihi.
Odoacer sendiri melarikan diri ke Ravenna dan berlindung di sana. Ravenna dikepvng, mengakibatkan Odoacer terkurung di sebalik tembok kota. Namun, pelabuhan Ravenna tidak diusik justeru bekalan makanan masih tetap mengalir masuk ke dalam kota sehingga membolehkan Odoacer dan pasukannya bertahan dengan agak lama.
Pengepungan berlanjutan selama tiga tahun. Namun setelah armada Goth digalang, akses ke pelabuhan dicantas sehingga memaksa Odoacer mengadakan rundingan.
Hasil rundingan dicapai dengan persetujuan Itali dibahagi dua antara mereka. Bagi meraikan peristiwa ini, mereka pun mengadakan jamuan besar di Ravenna pada malam 15 Mac 493.
Semasa jamuan berlangsung, Theodoric menawarkan diri untuk meminvm arak dan beliau lantas mengambil kesempatan tersebut untuk membvnuh Odoacer dengan tangannya sendiri.
Pasukan Odoacer turut dilangsaikan. Dengan demikian, pep3r4ngan pun akhirnya tamat dan Theodoric berhasil menakluk Itali sekaligus melahirkan Kerajaan Ostrogoth.
Theodoric berhasrat untuk meneguhkan kekuasaannya. Oleh kerana itu, beliau memerlukan pengiktirafan dari Konstantinopel. Selepas Maharaja Zeno mangkat pada tahun 491, takhta diambil alih oleh Anastasius.
Setelah melakukan rundingan demi rundingan, akhirnya Theodoric diberikan pengiktirafan pada tahun 498. Sejak awal pemerintahannya lagi, Theodoric cuba melayan kesemua etnik di Itali secara sama rata.
Beliau mengamalkan dasar toleransi agama dan menampilkan dirinya sebagai Raja Rom dan Raja Goth. Seiring peredaran masa, beliau diberikan gelaran Theodoric Agung dan pemerintahannya berlangsung dari tahun 493 hingga 526 Masihi.
Era pemerintahannya diwarnai dengan keamanan dan kemewahan menyelimuti Semenanjung Itali secara umum dan Kerajaan Ostrogoth secara khusus. Beliau berjaya meneguhkan kedudukan sebagai pemerintah Rom di mata warga Rom, dan juga sebagai Raja Goth bagi sukunya. Pun begitu, hubungannya dengan Konstantinopel kian tegang namun tanpa sebarang peprangan.
KEM4T1AN RAJA AGUNG DAN RUNTUHNYA KERAJAAN OSTROGOTH
Theodoric m4ngk4t pada tanggal 30 Ogos 526 Masihi di usia 72 tahun. Pemergiannya turut membawa bersama segala pencapaian yang diraih oleh beliau sepanjang 33 tahun pemerintahannya.
Persekutuan antara kaum mula bercerai-berai dan para penggantinya pula saling berebutkan kuasa. Pewaris sah Theodoric adalah cucunya yang masih bayi, iaitu Athalaric. Oleh kerana itu, Amalasutnha, ibu Athalaric yang juga merupakan puteri Theodoric bertindak selaku pemangku.
Kehadiran Amalasuntha tidak disenangi oleh para pembesar Goth, khususnya kerana jantina beliau. Mereka juga tidak menggemari dasarnya yang banyak bergantung pada hubungan mesra dengan Rom, khususnya dengan Maharaja Justinian I. Oleh kerana itu, mereka pun mengatur rancangan untuk menggulingkannya.
Beberapa tempoh kemudian, Amalasuntha menabalkan Theodahad sebagai pemerintah, dan menyerahkan mahkota diraja kepadanya. Namun, Theodahad bertindak mengusirnya ke sebuah pulau di Tasik Bolsena. Di sana, Amalasuntha dibvnvh di kamar mandinya pada bulan Mei 535.
Sejurus selepas Athalaric m4ngk4t, Amalasuntha menyedari bahawa satu-satunya pilihan yang beliau ada untuk terus berkuasa adalah dengan menyokong sepupunya, Theodahad. Beliau turut mengutus permohonan kepada Justinian agar menyerahkan Itali kepada sepupunya itu.
Bagi Justinian I, peristiwa r4mp4san kuasa ini merupakan alasan besar untuk beliau mengambil semula Itali dan menghancurkan Kerajaan Ostrogoth yang sejak sekian lama menjadi 4nc4man buat empayarnya.
Makanya, bermulalah episode Prang Gothic. Peprangan ini berpanjangan dari tahun 535 hingga 554 Masihi. Dalam peperangan ini, Justinian berusaha untuk merebut semula wilayah-wilayah lama Empayar Rom.
Bersama dua orang paling ulung di sisinya, iaitu Narses dan Belisarius, Justinian mengerahkan seluruh kekuatannya bagi merebut Itali dari tangan suku Jermanik. Pada tahun-tahun sebelumnya, Justinian berjaya menaklvk semula wilayah-wilayah Afrika dari Vandal, yang juga sebuah suku Jermanik.
Lima tahun pertama peprangan, Byzantine meraih kemenangan besar dari dua barisan hadapan. Mundus berhasil menguasai Dalmatia (namun beliau sendiri terk0rb4n). Belisarius pula berjaya menaklvk Sicily, Naples dan Rome pada tahun 536, sebelum merebut Ravenna pada 540 Masihi. Dengan kejayaan sedemikian, Byzantine hampir berhasil menguasai semula kesemua wilayahnya di semenanjung tersebut.
Namun, selepas Belisarius meninggalkan rantau itu, Goth yang masih bertahan di wilayah utara bangkit semula di bawah kepimpinan raja baru, iaitu Baduila. Bermula tahun 542 Masihi, mereka mengambil kedudukan ofensif dan mara ke selatan.
Pertahanan Rom ketika itu masih belum ampuh, maka selatan Itali dengan pantas direbut kembali oleh Goth. Mereka selanjutnya mengepung kota Rom selama setahun penuh. Dalam tempoh tersebut, Belisarius kembali semula ke Itali. Dengan kekuatan baru yang dibawa, beliau merebut wilayah-wilayah selatan.
Pada bulan Disember 546, Baduila menggempur Rom dan menjarah serta membakar hangus kota berkenaan, sebelum beredar meninggalkannya. Belisarius memasuki Rome pada tahun berikutnya dan kerja-kerja pembaikpulihan pun dijalankan.
Pada tahun 551, barulah Byzantine menghimpunkan bala t3nt3ra yang cukup besar untuk melakukan kempen penaklvkan Itali sekaligus menghancvrkan Ostrogoth. Kempen tersebut menemui keberhasilan muktamad pada Oktober 553M, setelah memenangi Pertempvran Mons Lactarius. Segala sisa kekuatan Ostrogoth habis dilenyapkan.
Peprangan di Semenanjung Itali mengakibatkan banyak kemvsnahan. Ramai juga warganya yang terkorban. Walaupun Kerajaan Ostrogoth sudah tumbang, Empayar Rom tidak sempat meneguhkan kekuasaannya di rantau itu lantaran suku Longobard dari Jerman turun ke Itali pada tahun 568 Masihi dan menakluki sebahagian besar semenanjung tersebut. Pemerintahan mereka berlangsung sehingga tahun 774 M.
YANG MENANG JADI ARANG, YANG KALAH JADI ABU – SUKU LONGOBARD MEREBUT PELUANG
Demikianlah sejarah Itali pada awal zaman pertengahan – zaman yang memperlihatkan berlakunya perpindahan, peperangan, dan pend3rit4an besar-besaran. Banyak ny4w4 yang melayang. Banyak kampung dis3r4ng.
Banyak juga kota yang tumbang. Lebih teruk, seluruh suku habis lenyap hilang di hujung mata p3d4ng – itulah nasib yang diterima oleh suku-suku pahlawan Jermanik,
RUJUKAN:
Aleksa Vuckovic. (16 Disember 2019). Ostrogothic Kingdom – The Rise and Fall of the Eastern Goths. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-important-events/ostrogothic-kingdom-0013009
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih