Empayar Jerman Kedua, atau lebih dikenali sebagai Reich Kedua, merupakan salah satu kuasa besar yang mendominasi Eropah pada penghujung abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Ia diasaskan pada tahun 1871 melaui penyatuan negeri-negeri Jerman di bawah pemerintahan Kaiser Wilhelm I. Dengan Otto von Bismarck sebagai Canselor, Jerman berkembang menjadi kuasa industri dan ketenteraan yang digeruni di Eropah.
Di bawah kepimpinan Bismarck, Jerman amalkan dasar realpolitik. Kejayaan diplomasi Bismarck menyaksikan Jerman berjaya kukuhkan hubungan dengan Austria-Hungary dan Rusia melalui perjanjian sulit, sekali gus mengelakkan perang yang tidak perlu. Pada masa yang sama, pembangunan ekonomi Jerman berkembang pesat dengan kemunculan syarikat-syarikat perindustrian gergasi yang mempercepatkan kemajuan negara.
Namun, selepas kemangkatan Wilhelm I pada tahun 1888, tampuk pemerintahan beralih kepada Wilhelm II, yang memiliki wawasan berbeza terhadap masa depan Jerman. Salah satu tindakan paling drastik yang diambilnya adalah pemecatan Bismarck pada tahun 1890. Wilhelm II lebih cenderung kepada pendekatan imperialistik, bercita-cita menjadikan Jerman sebuah kuasa maritim yang mampu menyaingi Britain.
Akhirnya, polisi luar Jerman yang agresif menjadi faktor utama tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914. Walaupun Jerman pada awalnya menunjukkan keunggulan dalam peperangan, sekatan ekonomi yang dikenakan oleh pihak Bersekutu serta keletihan perang yang berpanjangan mula melemahkan kestabilan negara. Kekurangan sumber makanan, kejatuhan moral tentera, serta pemberontakan dalaman mempercepatkan kejatuhan Empayar Jerman.
Pada November 1918, selepas kekalahan besar dalam peperangan dan kebangkitan di dalam negara, Kaiser Wilhelm II dipaksa turun takhta. Ini menandakan berakhirnya Empayar Jerman Kedua dan bermulanya era Republik Weimar, yang berdepan pelbagai cabaran seperti kemelesetan ekonomi, hiperinflasi, serta ketidakstabilan politik yang akhirnya membuka jalan kepada kebangkitan si misai kontot pada tahun 1933.
Kejatuhan Reich Kedua menjadi peringatan bahawa kuasa ketenteraan dan kemajuan industri semata-mata tidak mencukupi untuk menjamin kelangsungan sesebuah empayar. Tanpa kestabilan dalaman, kebijaksanaan diplomatik, dan kepimpinan yang berwibawa, sesebuah negara boleh runtuh dalam sekelip mata.
Keseimbangan antara kekuatan politik, ekonomi, dan ketenteraan adalah kunci utama dalam memastikan sesebuah negara terus berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global.
—
Kejap, sebelum Jerman bersatu apa yang berlaku di Eropah?
Adakah mereka sudah maju atau masih hidup dalam kegelapan?
Kaau nak tahu jom dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH.
Bukan setakat sejarah Pebatuan Jerman je, tapi bermacam lagi era dan peristiwa menarik Tamadun Eropah ada dimuatkan dalam buku ini.
Jom dapatkan: https://s.shopee.com.my/703PwcVN3E




No comments yet