Jeriji besi bukanlah tempat kelahiran yang asing buat karya besar. Ramai pengarang menimang ‘cahaya mata’ mereka ketika berada dalam pen.jara. Antaranya Nelson Mandela (Conversations with Myself), Buya Hamka (Tafsir al-Azhar), Rustichello da Pisa (The Travels of Marco Polo), dan Miguel de Cervantes (Don Quixote).

Jadi, ‘pen.jara’ dan ‘karya’ tidaklah aneh andai diiringkan bersama. Apa yang aneh adalah jika ‘pen.jara’ tadi ditukar kepada ‘rumah sa.kit jiwa’. Hal seperti ini nadir. Tetapi, ia pernah hadir dalam sejarah. Di mana, sebuah naskhah agung disusun (sebahagiannya) di mental asylum. Iya. Di pusat kesihatan mental dan oleh pesa.kit mental. Nadir, bukan?

Bagi menyoroti kisah ini, mari kita kembali ke tahun 1857. Latar tempatnya adalah kota London, England. Ketika itu, lembaga bahasa di Great Britain (dikenal sebagai Philological Society of London, atau ringkasnya; Society) sedang meladeni tiga kamus Bahasa Inggeris paling utama yang ada – iaitu yang disusun oleh Nathan Bailey (pada 1721), Samuel Johnson (1755), dan Noah Webster (1828).

Satu kesimpulan lantas diusulkan; tigas naskhah ini belum memadai. Jadi, Society pun berpakat untuk menghasilkan kamus baru yang lebih kaya – cukup kaya untuk memuatkan semua kosakata berbahasa Inggeris. Hasrat murni ini justeru dihebahkan.

Dua puluh dua tahun kemudian (pada 1879), usahasama dijalinkan antara Society dan Oxford University Press. Menurut perancangan awal, kamus baru tersebut bakal diterbitkan dalam empat jilid – terdiri daripada 6,400 halaman secara keseluruhan dan memuatkan kesemua kosakata Inggeris yang diguna pakai semenjak awal Zaman Pertengahan (1150 M).

Usaha tersebut digalaskan pada bahu James A.H. Murray (1837-1915). Ia dijadualkan siap dalam tempoh sepuluh tahun. Namun, perancangan manusia hanya sebatas perancangan. Kenyataannya, ia memakan masa dan usaha tujuh kali lebih besar dari apa yang dijangkakan.

Lima tahun selepas projek mega itu dijalankan, Murray dan pasukannya hanya mampu menyusun sehingga entri bagi vokabulari ‘ant’ (semut). Dah kalau hendak susun sehingga ‘ant’ pun ambil masa lima tahun, entah berapa lama pula untuk selesaikan hingga perkataan terakhir.

Maka, Murray pun membuka pembabitan kepada orang ramai. Pamplet diedarkan. Sukarelawan dialukan. Seluruh England justeru diseru untuk ambil bahagian. Memang ramai yang menyahut panggilan, termasuklah J.R.R. Tolkien (masyhur dengan karya The Lord of the Ring).

Namun dalam ramai-ramai itu, ada seorang yang mengirim sumbangan entri dari kuarters rumah sa.kit jiwa di Berkshire – berjarak 78 km dari London. Nama penyumbang ini ialah William Chester Minor.

Filem The Professor and the Madman (2019) yang diadaptasi dari fiksyen-sejarah ‘The Surgeon of Crowthorne’ (oleh Simon Winchester), berkisar tentang William C. Minor

Minor dilahirkan di Sri Lanka pada 22 Jun 1834. Yakni, beberapa bulan selepas pasangan Eastman Strong Minor dan Lucy Bailey berpindah dari New England. Di sana, Minor dibesarkan sebagai anak mubaligh.

Justeru, dia menerima pendidikan terbaik, termasuklah pendedahan terhadap tabiat membaca, melukis dan bermain seruling. Ini memupuk jiwa Minor untuk jadi lebih halus. Namun, kehalusan ini mula diuji pada usia 13 tahun.

Minor selalu diulit keinginan naf.su yang kuat. Namun, pembawaan beragama mendorongnya untuk tidak tunduk pada syah.wat. Dikotomi ini sentiasa menghambat, membuat Minor selalu resah dan rasa bersalah.

Keadaan jadi tambah susah tanpa sentuhan seorang ibu, memandangkan Lucy meninggal sejak dia berusia tiga tahun. Ibu tirinya pula sibuk dengan anak yang ramai. Jadi, kita boleh bayangkan bagaimana Minor berpe.rang dengan diri sendiri sejak usia dini.

Sebaik menginjak umur 14 tahun (1848), dia dihantar pulang ke New Haven (Connecticut, Amerika Syarikat) bersama bapa saudaranya. Di sana, dia memasuki Akademi Ten.tera Russell.sebelum melanjutkan pengajian ke Yale School of Medicine dalam jurusan perubatan.

Tahun 1863, dia menerima ijazah. Pada tahun sama juga, dia mula berkhidmat sebagai doktor bedah. Tempat kerja pertamanya ialah Knight Hospital, sebuah hospital tentera di New Haven. Namun lantaran lokasinya yang terpencil, Minor minta untuk turun ke lapangan.

Permohonan diluluskan. Dia ditempatkan di utara Virginia – medan yang menyaksikan pertem.puran paling berdarah sepanjang Pe.rang Saudara (1861-1865), iaitu Pertem.puran Wilderness (Mei 1864). Dianggarkan, kasualtinya mencecah lebih 28,000 orang – 18,000 bagi Perikatan dan 11,000 bagi Konfederasi.

Angka ini sahaja sudah cukup menduga. Belum lagi suasana di medan yang memang sama sekali berbeza. Di mana, berbanding sebelumnya, Minor kali ini perlu memo.tong anggota dan mencungkil peluru tanpa menggunakan sebarang ubat penahan sa.kit. Jadi, bayangkanlah segala erangan dan pemandangan (da.rah, tangan, kaki, dan ma.yat) yang perlu dijamah oleh Minor. Kesemua ini, bagaimana pun, masih kecil.

Apa yang paling mengucilkan hati Minor adalah tugasan menghu.kum tentera yang didapati lari dari medan pe.rang. Dia disuruh mencacah huruf ‘D’ (untuk deserter) pada pipi mereka menggunakan besi panas. Bayangkan, Minor yang berjiwa artistik dipaksa melakukan hal sebengis itu. Tidak hairan jika ia meninggalkan kesan besar pada mentalnya.

William C. Minor

Apapun, sebelum keadaan jadi melarat, dia sempat berkhidmat di L’Overture Hospital di Alexandria. Ketika di sana, Minor dinaikkan pangkat menjadi pembantu doktor bedah dalam US Army. Kemudian, dia dipindahkan pula ke New York untuk menangani wabak kolera.

Mula dari detik itulah Minor alami perubahan. Lebih-lebih lagi ketika pertunangannya dibatalkan. Lantas untuk meredakan tekanan, dia pun melanggan khidmat pela.curan. Hampir setiap malam Minor berbuat demikian. Sampaikan pada 1867, pangkatnya diturunkan. Setahun kemudian, khidmatnya pula digugurkan.

Ini lantaran dia didiagnos menghidap kecelaruan delusi. Bagi merawat diri, Minor pun daftar masuk ke Hospital Mental St. Elizabeth (Washington D.C) selama tiga tahun. Usai tiga tahun, dia putuskan untuk menukar pemandangan dengan harapan kesihatannya makin membaik.

Justeru, kapal trans-atlantik pun dinaiki. England jadi destinasi. Minor memilih sebuah pekan kecil bernama Lambeth untuk didiami. Katanya, tempat itu dipilih lantaran mudah ‘mendapatkan perempuan’.

Tabiat buruk itu ternyata masih mengekorinya. Turut ikut sama ialah penyakit paranoia yang dialaminya sejak lama. Iya, lama. Sejak peristiwa di Virginia lagi. Minor sentiasa risau kalau-kalau orang yang dicacahnya itu membu.ru dan membu.nuhnya.

Jadi bagi Minor, setiap malam umpama medan pe.rang. Dia kerap membayangkan ada orang pecah masuk ke dalam biliknya lalu menye.rangnya semasa tidur. Punya teruk paranoia itu sampaikan pada suatu malam, tanggal 17 Februari 1872, dia menem.bak ma.ti seorang lelaki.

Semuanya gara-gara dia menyangka lelaki itu pecah masuk biliknya. Sedangkan pada hakikatnya, lelaki bernama George Merret itu elok sahaja berjalan pulang dari tempat kerja – pulang dari mencari nafkah buat enam orang anak dan isterinya, Eliza yang sedang sarat.

Lion Brewery, tempat Merret ditem.bak

Dalam semalaman, Minor jadi pembu.nuh. Namun, mahkamah memutuskan yang dia tidak bersalah. Ini lantaran kesalahan tersebut dilakukan tanpa kewarasan. Atas alasan sama, dia dimasukkan ke Broadmoor Cri.minal Lunatic Asylum di Berkshire.

Kehidupan di sana bagaimana pun cukup selesa, berkat status lamanya sebagai pakar bedah dan wang pencennya yang melimpah. Dia diberikan dua bilik – satu untuk tidur dan satu lagi untuk berhibur; melukis, membaca, dan bermain seruling.

Dia memang diberi banyak kelebihan dan kebebasan. Hatta kerja-kerja rumah juga diserahkan kepada jiran bilik sebelah yang diberi upah. Waktu siangnya relatif indah. Namun, segalanya berubah bila malam menjengah. Hanya pada awal 1880an, barulah keadaan sedikit membaik.

Sekitar tahun tersebut, dia terjumpa pamplet yang diedarkan oleh Philological Society of London. Ia berkenaan pencarian sukarelawan bagi projek penyusunan kamus Inggeris yang baru. Minor sebagai seorang bibliofil yang punya banyak masa lantas menyelak buku-buku lama dalam perpustakaan peribadinya. Segala perkataan disenaraikan. Maknanya disertakan. Cara penggunaannya juga dirangkumkan.

Kebanyakan rujukan Minor adalah buku dari tahun 1600an – 1700an. Rata-rata bergenre pengembaraan, sesuai sebagai hobi dan terapi. Antara buku yang paling banyak dirujuknya ialah A New Account of East India and Persia (1698) oleh John Fryer. Menerusi buku itu sahaja, Minor berjaya menyenaraikan kira-kira 1,000 perkataan.

Dianggarkan secara keseluruhan, Minor menyumbangkan sebanyak 12,000 entri. Kesemua ini dilakukan dalam tempoh lebih kurang 20 tahun, iaitu dari 1880 hingga 1902.

James Murray dan staf-stafnya sedang menyusun Kamus Inggeris Oxford (edisi pertama terbit pada 1928)

Sepanjang tempoh itu, Minor selalu dikunjungi oleh Eliza si balu Merret. Iya. Peristiwa yang sepatutnya membuat mereka saling bermasam muka ternyata mendorong mereka untuk saling menjaga. Minor atas rasa tanggungjawab memberi pampasan kepada Eliza sekeluarga. Manakala Eliza pula hampir setiap bulan datang melawatnya di Broadmoor sambil membawa buku baru buat Minor.

Sepanjang tempoh itu juga, Minor berteman rapat dengan ketua penyunting James Murray. Untuk beberapa tahun, mereka cuma berhubung menerusi surat (yang disertakan entri oleh Minor). Pertemuan pertama hanya berlaku pada Januari 1891. Saat itu, barulah kedua-duanya saling mengenali.

Walau dalam keadaan mental yang sebegitu rupa, sumbangan Minor masih diterima. Malah pada 1899, Murray memujinya secara terbuka, “Sejarah empat kurun kebelakangan dapat dihidupkan kembali menerusi petikan dia (Minor) seorang sahaja.” Memang kalau buat carian tentang penyumbang paling prolifik dalam penyusunan Kamus Inggeris Oxford, nama Minor yang akan terpapar.

Apapun, penglibatan Minor terhenti pada 1902. Ia gara-gara kesihatannya makin merudum. Gangguan dan desakan yang dialaminya sangat teruk. Sampaikan, Minor bertindak memo.tong alat kela.min sendiri lantaran kuatnya desakan untuk melakukan se.rangan sek.sual ke atas kanak-kanak.

Lantas pada 1910 (usia 76 tahun), dia dipindahkan semula ke Hospital St. Elizabeth. Sembilan tahun juga dia di sana lantaran didiagnos menghidap dementia praecox (istilah lama untuk skizofrenia), sebelum meninggal pada Mac 1920 akibat radang paru-paru.

Jasadnya disemadikan di New Haven’s Evergreen Cemetery, tanpa sebarang sebutan tentang jasanya yang besar dalam bidang bahasa. Minor sendiri tidak sempat menyaksikan sumbangannya berbuah menjadi Kamus Inggeris Oxford edisi pertama.

Apapun yang pasti, bakti Minor berkekalan dan kisahnya pula menyinarkan harapan. Betapa, walau menghidap masalah mental, Minor cekal menghadapi turun naik kehidupan dan seimbang antara menerima dan memberi sumbangan.

RUJUKAN:

Blair, Jenny. (2009). A (ditapiskan) soul finds redemption in words. Yale Medicine Magazine.

DeLong, William. (2017, 4 November). The (ditapiskan) Origins of the Oxford English Dictionary. All That Interesting.

Esh. (2021, 17 October). Wild Tale of the Murderer who Wrote Oxford English Dictionary in Asylum. Medium.

OED. (n.d). History of Oxford English Dictionary.

Radeska, Tijana. (2016). The sad life of William Chester Minor – one of the largest contributors to the Oxford English Dictionary who was held in a lunatic asylum for (ditapiskan) at the time. The Vintage News.

Taylor, Rupert. (2020, 18 November). The (ditapiskan) Mind of William Chester Minor. Owlcation.

Writers, U.S. Army. (2010, 8 November). Dr. William Minor (1834-1920): Insane Doctor who Contributed to the Oxford English Dictionary. Forgotten News Makers.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.