Pada 11 Ogos 1786, Francis Light dan EIC tiba di Pulau Pinang konon dengan jaminan mahu membantu kerajaan Kedah, mempersiapkan angakatan Kedah menghadapi ancaman Siam. Francis Light memungkiri janjinya ini sekaligus mendatangkan kemurkaan kepada Sultan Kedah.
Murka atas pembohongan Light, Sultan Kedah mempersiapkan angkatan Kedah pada 1791 untuk menghalau British dari Pulau Pinang (wilayah Kedah ketika itu). Akhirnya baginda menyerang kedudukan British EIC di Kuala Prai, namun angkatan Kedah kalah.
Selepas kalah, baginda tuanku sedar bahawa ada dua perbatasan perang dan ancaman yang perlu Kedah tangani kini. Dari arah Pulau Pinang menghadapi British EIC, dan dari arah Segenting Kra, Salang, Phuket, dan Krabi pula adalah ancaman dari Siam (dan Burma).
Prof Ahmad Murad Merican dari USM pernah menegaskan bahawa, kebenaran yang diberikan bersifat sementara (atas janji EIC membantu Kedah) dan kehadiran Francis Light di Pulau Pinang pada 11 Ogos 1786, BUKAN bermakna Sultan Kedah menyerahkan Pulau Pinang kepada British EIC.
Malah tidak pernah wujud “perjanjian menyerahkan Kedah kepada EIC” pada 1786. Dari 1786-1800/07, kedaulatan Kedah sebenarnya masih wujud di Pulau Pinang. Bukan milik British EIC. Pada 1800 barulah “Perjanjian” British-Kedah ini (dengan British ditandatangani).
Perjanjian ini pun bersifat manipulatif dan berat sebelah kepada British. Misalnya awal-awal lagi sebelum masuk terma perjanjian dinyatakan bahawa; “to be on friendly terms by sea and land, as long as the sun and moon retain their motion and splendour”. Gitewww.
Ini tentang EIC membayar baginda Sultan sejumlah wang ($10,000) atas “pemberian” baginda kepada EIC. Gratuiti ini pun bukan solid. Ada terms lain yang dinayatakan berhubung pembayarannya.
Berikut adalah wilayah yang terlibat dalam kawasan yang dihakmilikkan oleh EIC sebagai milik mereka pada 1800, tahun perjanjian ini ditandatangani.
“Kawasan menghadap laut antara Kerian hingga bukaan sungai di Kuala Muda” (kini sebahagian dari Seberang Prai).
Kedah mesti membenarkan British dan EIC membeli kapal kat Perlis dan Kedah tanpa dikenakan sebarang cukai dan kapal yang bergerak dari Pulau Pinang ke Perlis dan Kedah untuk tujuan perolehan ini akan dibekalkan pas tertentu supaya tidak dikenakan tindakan.
Semua hamba yang lari dari Perlis dan Kedah ke Pulau Pinang, mesti dipulangkan semula kepada tuannya. Begitu juga yang berhutang. Untuk rekod, Francis Light sendiri memang ada hamba Batak, Afrika dan Cina (atau Siam).
Sedap betul British cuba memonopoli keberadaan mereka di Kedah dengan menghalang baginda Tuanku untuk tak benarkan mana-mana pihak Eropah berada di tanah Kedah, konon dengan balasan tak akan melindungi mereka yang menjadi pengkhianat kepada Kedah.
Yang lari kerana kesalahan membunuh mesti dikembalikan dengan jaminan, baik dari Perlis dan Kedah atau sebaliknya. Begitu juga yang mencuri atau memalsukan cap (mohor). Sultan Kedah tidak boleh membantu musuh atau yang disyaki musuh kepada EIC. Takut la tu.
Hasil mahsul dari Perlis dan Kedah milik baginda Tuanku Sultan yang dibawa ke Pulau Pinang tidak akan diganggu oleh pihak EIC. Jika Sultan Kedah mendapatkan perolehan dari Pulau Pinang, EIC akan tolak nilainya terus dari bayarannya tadi. Ya, dari $10,000 tadi lah.
14 perjanjian ini memeterai persefahaman baharu yang menamatkan “perjanjian” sebelumnya, dan bayaran EIC kepada baginda Tuanku Sultan akan dibayar bermula dari perjanjian ini dimeterai. Pulau Pinang sejak itu menjadi milik British EIC, atas “persahabatan” yang dimeterai.
Namun, British tidak pernah berniat mahu membantu Kedah, sekalipun selepas persefahaman dan persahabatan ini ditandantangi. Buktinya, Kedah di serang Siam sekali lagi pada 1821 menyebabkan Kedah terus dikuasai oleh Siam sehingga 1842.
Inilah dianya, janji British.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih