Aqidah bukanlah mudah-mudah dibuat main demi menegakkan benang yang basah.

Syiah dengan Ahl Sunnah Wal Jamaah berbeza aqidah. Mendakwa bahawa Imam Jaafar Shadiq ialah Syiah, merupakan suatu falasi yang berat, sekaligus menandakan kecelaruan aqidah. Bukan semua pendapat luar boleh kita ambil buta-buta, sebelum menerima fatwa dari ulama’ yang muktabar.

Salah anggap terhadap Imam Jaafar Shadiq adalah sepertimana penyelewengan terhadap Nabi Isa. Baginda tidak pernah mengganggap dirinya anak tuhan. Tetapi, segelintir yang salah faham telah mereka-reka fahaman baru sehingga menyesatkan. Imam Jaafar Shadiq tidak pernah mengaku dirinya Syiah atau menghina Saidina Abu Bakar & Saidina Umar. Tetapi, segelintir yang menyeleweng telah mempergunakan namanya bagi mengangkat aqidah Syiah.

Imam Abu Hanifah berkata, “Kalaulah bukan kerana dua tahun (bersohbat dengan Jaafar Shadiq), nescaya binsalah Nukman (diriku).”

Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Sufyan Ats-Sauri, Abu Musa Jabir Ibn Hayyan, Sufyan Uyainah dan Syu’bah Al-Hajjaj merupakan sebahagian murid Imam Jaafar Shadiq. Jika benar beliau seorang Syiah, mengapa Imam Hanafi & Maliki tidak berfahaman Syiah, bahkan menjadi imam besar bagi fiqh Ahl Sunnah Wal Jamaah? Malahan kedua-dua imam ini menerima sohbat tarekat daripada Imam Jaafar Shadiq. Syariat & Hakikat berpisah tiada. Hal ini membuktikan fahaman Imam Jaafar Shadiq tidak bercanggah dengan Ahl Sunnah Wal Jamaah.

Imam Malik berkata:

  • “Sesungguhnya Imam Jaafar telah mengumpulkan sifat khusus Imam Ali & Abu Bakar As-Shiddiq, yakni mencakupi kesempurnaan wara’, taqwa, dan lemah lembut, menandangi ulama’ di zamannya dan masyarakatnya.”
  • “Suatu ketika aku mendatangi Ja’afar Bin Muhammad (Jaafar Shadiq), dia adalah orang yang suka bergurau dan mudah tersenyum, namun ketika Rasulullah disebut di hadapannya, dia langsung pucat. Aku telah berkali-kali mendatanginya dan setiap kali mendatanginya, aku selalu menjumpainya dalam tiga keadaan, iaitu; dalam keadaan sedang solat, atau sedang berpuasa atau sedang membaca al-Quran. Dan aku tidak pernah melihatnya meriwayatkan hadith Rasulullah kecuali setelah berwudhu’, tidak berbicara pada hal yang tidak bermakna, dan beliau adalah seorang zahid yang takut kepada Allah. Setiap kali saya datang kepadanya, dia selalu memberikan bantal yang didudukinya kepadaku untuk menjadi tempat dudukku.”

Keluarga besar Ba’lawi yang mendiami Hadramaut Yaman serta menyebarkan dakwah ke seluruh alam jua berasal dari keturunan Imam Jaafar Shadiq. Satu dunia tahu yang Hadramaut Yaman memegang teguh fahaman Ahl Sunnah Wal Jamaah.

Dengan nasab Al-Faqih Muqaddam Muhammad Baalawi, sampai kepada Imam Al-Muhajir ila Allah Ahmad Bin Isa Bin Muhammad Bin Ali al-Uraidhi Bin Jaafar As-Sadiq, Bin Muhammad al-Baqir Bin Ali Zainal Abidin Bin Hussein, bernasabkan Ali Bin Abi Talib & Fatimah az-Zahra Binti Muhammad Bin Abdullah.

Mereka merupakan keturunan sah Rasulullah yang mulia.

Imam Jaafar Shadiq ada berkata:

  •  “Barangsiapa mengira bahwa aku adalah imam ma`sum yang wajib ditaati maka aku benar-benar tidak ada sangkutpaut dengannya. Dan barangsiapa mengira bahwa aku berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar maka aku berlepas diri daripadanya.”
  • “Aku tidak mengharapkan syafaat untukku sedikit pun melainkan aku berharap syafaat Abu Bakar semisalnya. Sungguh dia telah melahirkanku dua kali.”
  • “Allah ta`ala berlepas diri dari orang yang berlepas diri dari Abu Bakar dan Umar.”

Muhammad bin Fudhail menceritakan dari Salim bin Abu Hafshah, Saya bertanya kepada Abu Ja`far dan putranya, Ja`far, tentang Abu Bakar dan Umar. Maka dia berkata, “Wahai Salim cintailah keduanya dan berlepas diri musuh-musuhnya kerana keduanya adalah imam hidayah.”

Kemudian Ja`far berkata, “Hai Salim apakah ada orang yang mencela datuknya? Abu Bakar adalah datukku. Aku tidak akan mendapatkan syafaat Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam pada hari kiamat jika aku tidak mencintai keduanya dan memusuhi musuh-musuhnya.” Ucapan imam Jafar As-Sadiq seperti ini dia ucapkan dihadapan bapaknya, Imam Muhammad bin Ali Al Baqir dan dia tidak mengingkarinya.

Zuhair bin Mu`awiyah berkata, Bapaknya berkata kepada Ja`far bin Muhammad, “Sesungguhnya saya memiliki tetangga, dia mengira bahwa engkau berbara` (berlepas diri) dari Abu Bakar dan Umar.” Maka Jafar Sadiq berkata, “Semoga Allah berbara (berlepas diri) dari tetanggamu itu, demi Allah sesungguhnya saya berharap mudah-mudahan Allah memberikan manfaat kepadaku kerana kekerabatanku dengan Abu Bakar.”

RUJUKAN:

  1. Syiar `A`lam An Nubala : 259
  2. Tarikh Al Islam 6/46
  3. Syiar Alam An Nubala : 260
  4. At Taqrib, Ibnu Hajar, Tarikh Al Islam, Adz Dzahabi
  5. Menjawab Syiah Dalam Membela Ahli Bait Dan Para Sahabat. Syeikh Yusuf Al-Hasani
  6. Ali Bait, Badru Tamam Fi Ali Bait Nabi Kiram. Syeikh Hisyam Kamil.
  7. Sejarah Silsilah & Gelar ‘Alawiyin. Aidarus Alwee Al-Mashoor.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.