Pertama, konteks sejarah antara dua negara ini pun dah berbeza. Jadi, berhentilah menyamakan UiTM dengan Undang-Undang Jim Crow. Ianya sangat berbeza dengan UiTM.
UiTM bukanlah dibuat untuk dasar segretasi, menghalang pergaulan kaum antara Bumiputera dan non-Bumiputera seperti mana gambar di Amerika. Ini bukan kes pengasingan kaum antara colored dan whites. Falasi yang amat besar sekali bila cuba menyuntik naratif sedemikian.
Protes Mahasiswa UiTM dalam gambar kedua adalah demi mempertahankan apa yang telah dipersetujui antara kaum sejak merdeka. Ianya bukan kerana mahasiswa itu jelik melihat bangsa selain Melayu belajar sama dengan mereka, atau merasakan bangsa mereka superior seperti Mat Saleh.
Masih ingatkah wahai sahabat Cina dan India ketika negara ini merdeka suatu masa dahulu? Ketika orang Melayu begitu bersungguh-sungguh menentang Malayan Union?
Antara yang ditentang oleh orang Melayu ialah memberikan kerakyatan Jus Soli kepada orang bukan Melayu ketika itu yang berjumlah lebihhhhh 1 juta orang. 1 juta orang yang nak jadi rakyat TANAH MELAYU. Orang Melayu masa tu tak boleh benarkan perkara ini berlaku.
Bayangkan pada hari ini, tenaga kerja dari Bangladesh dan Indonesia yang telah lama bekerja di Malaysia, selepas tu kita dijajah kuasa asing dan berjaya merdeka buat kali kedua. Tapi syarat penjajah asing itu ialah kena beri kewarganegaraan kepada Bangladesh dan Indonesia yang dah lama di sini.
Agak-agaknya apa respon kita? Begitu juga orang Melayu ketika itu. Dasar pecah dan perintah British, sejarah kedatangan orang Cina dan India yang merupakan buruh kerja dibawah British, meletakkan analogi kedudukan orang Melayu dan bukan Melayu ketika itu.
Mereka dah membina kerajaan di tanah ini lebih 3000 tahun! Bukti kehadiran mereka lebih 60, 000 tahun di bumi bertuah ini! Kenapa tiba-tiba harus memberikan 1 juta kerakyatan kepada mereka yang datang dari China dan India ini?
Kalau anda nak jadi rakyat TANAH MELAYU, rakyat kepada RAJA-RAJA MELAYU kami, kami cuma mohon satu perkara sahaja. Bayaran kepada 1 juta kerakyatan itu ialah peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini. UiTM ialah termasuk dalam perkara 153 (1) (2) tersebut!
Nenek moyang cina dan India anda bersetuju! Betapa baiknya hati orang Melayu memberi kerakyatan dan tempat untuk orang Cina dan India di Tanah Melayu ini telah membuatkan Tun Sambanthan, salah seorang bapa kemerdekaan negara kita berucap seperti dalam foto ini.
“Di mana anda boleh mencari bangsa yang semurah hati, sesantun, sebaik bangsa Melayu? Di mana anda boleh mendapat layanan sebaik ini untuk bangsa pendatang?”
Selepas tu, Tun Sambanthan siap memetik nasib orang Cina dan India di pelbagai negara yang masih tak diterima.
Ketika itu, MCA turut bersuara mempertahankan hak keistimewaan bangsa Melayu! Kata-kata dari Tan Siew Sin ini dah membuktikan betapa hak-hak keistimewaan ini ialah perkara yang dipersetujui sejak sekian lama oleh OUR FOUNDING FATHERS!
Jadi, berbalik kepada foto awal, perjuangan mahasiswa itu adalah untuk menjaga hak keistimewaan yang dipersetujui juga oleh nenek moyang bukan Melayu anda, dipersetujui oleh our founding fathers yang membolehkan Malaysia terbentuk.
Jadi, kalau nakkan hak-hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera ini terhapus, atau dilonggarkan, ianya tertakluk kepada budi bicara orang Melayu, dan kaum bumiputera yang lain, dengan izin dan restu RAJA-RAJA KAMI.
Anda rasa dengan membandingkan foto-foto yang berbeza konteks sejarahnya, akan membuatkan orang Melayu makin lembut hati melepaskan hak keistimewaan mereka atau menjadi lebih keras terhadap anda? Anda sebenarnya memaksa mereka lebih keras, semakin percaya perlunya hak 153 ini demi mempertahankan kedudukan mereka sebagai pribumi, melawan rasis seperti anda.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih