Malaysia dan Korea Selatan ada jurang yang sangat jauh bila kita cerita pasal ekonomi yang dipacu oleh Hallyu Wave.
Tapi tahu tak korang bahawa Malaysia ada sebuah jambatan di Korea Selatan?
Ma-raysia-gyo ialah sebuah tanda betapa ekonomi Malaysia suatu ketika dahulu agak kuat.
Jambatan ni jadi simbol hubungan diplomatik yang kukuh dikongsi kedua-dua negara.
Jambatan ni terletak di Paju-Si. Jambatan ni disiapkan pada 25 Ogos 1966 dan kerja-kerja pembinaannya disempurnakan oleh syarikat Han Heung Public Corporation.
Menariknya, jambatan yang melintasi Sungai Gosancheon yang berusia lebih 60 tahun ni masih kekal utuh dan digunakan banyak kenderaan setiap hari.
Daripada tarikh siapnya jambatan ini, bermakna ianya telah dibina kira-kira 6 tahun selepas kedua-dua kerajaan negara Malaysia dan Korea Selatan membina hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.
Sebelum jambatan ni dibina, penduduk Paju tak dapat melintasi sungai ni pada waktu hujan kerana ia dipenuhi air. Kanak-kanak juga tak dapat ke sekolah setiap kali tiba waktu hujan.
Dengan bantuan yang diberi oleh kerajaan Malaysia untuk bina jambatan, diorang sangat berterima kasih kerana dapat melakukan rutin harian seperti biasa.
Lebih membanggakan kewujudan jambatan ini adalah kerana untuk menghargai jasa negara Malaysia yang pernah membantu Korea Selatan dari segi kewangan.
Malaysia menyumbangkan wang untuk bina jambatan ni sekitar tahun 1963. Oleh sebab itu ia dinamakan jambatan Malaysia atau di Korea ia dikenali sebagai Ma-raysia-gyo.
Ia mungkin tidak dikenali secara meluas, tetapi masyarakat di Paju sangat menghargai kewujudan jambatan tersebut.
Walaupun jambatan ni hanya jambatan biasa dan tak gah seperti jambatan lain, ia sebenarnya sangat bermakna bagi penduduk Paju kerana telah banyak membantu diorang untuk terus menjalani kehidupan harian tanpa rasa risau lagi.
Oleh: Azizul Farhan
___
Kami sedang promosi jualan 11.11 dengan diskaun istimewa dari tarikh 10hb sampai 12hb November!
Selam lebih dalam berkenaan sejarah Korea bersama KITAB TAMADUN KOREA! Dapatkan segera!
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.