1. Hari ni aku nak cerita tentang satu ‘terusan’, laluan ‘rentas sungai’ purba yang pernah wujud di Tanah Melayu iaitu Jalan Penarikan, terletak di antara Sg. Serting, Sg. Muar dan Sg. Jempol di Negeri Sembilan.
3. Sejak bila Jalan Penarikan ini dibina tak dapat dipastikan, namun ia mula muncul dalam peta-peta bersandarkan teori “Ptolemic” seawal 1467.
Padanya dilakarkan laluan air merentasi Χρυσῆ Χερσόνησος (Aurea Chersonesus) atau Semenanjung Emas, nama lain untuk Tanah Melayu.
Ini pastinya berpunca bila lebih ramai pelayar kolonial dan jurupeta (cartographer) Eropah sedar potensi Semenanjung Emas sejak berita Portugis melanggar Melaka 1511 tersebar.
Ada teori kata ia dibina oleh orang pelayar Melayu (Acheh atau Pasai) yang merentasi Tanah Melayu membawa barang dagangan antara Timur dan Barat.
6. Teori lain pula mengatakan bahawa ia dibina oleh suku Semelai atau orang asli dari kelompok Proto-Melayu yang telah sekian lama menghuni kawasan sungai dalam hutan sepanjang sungai di Negeri Sembilan dan Pahang, lama sebelum wujudnya Kesultanan Melayu Melaka.
7. Jalan Penarikan juga dikatakan diteroka dan digunakan oleh Orang Laut yang diketahui berkhidmat dalam angkatan laut Raja-Raja Melayu sejak mereka bertakhta di Tanah Melayu. Mereka disebut wujud seawal Srivijaya lagi diketahui ‘memandu’ dan ‘mengarahkan’ kapal-kapal dagang berlabuh di pelabuhan di bawah kawalan mereka turut menggunakan Penarikan sebagai laluan logistik dan operasi strategik atau serangan dengan kapal angkatan laut Raja-Raja Melayu ini.Laluan Penarikan memberi akses mudah, cepat dan penting sekali selamat dari ancaman di laut.
8. Penarikan mendapat namanya kerana semua jenis kenderaan air, baik perahu bahkan kapal ‘ditarik’ (sama ada guna tenaga manusia atau haiwan) menerusi satu ‘laluan darat’ yang menghubungkan sungai-sungai tadi, antara pantai barat dan pantai timur Semenanjung Tanah Melayu.
9. Dalam kajian “Laluan Penarikan Jempol Negeri Sembilan Berdasarkan Sumber Bertulis”, merujuk pada catatan Sejarah Melayu tentang Awi Chakri dan Awi Dicu yang memimpin angkatan Siam telah menggunakan Jalan Penarikan untuk menyerang Melaka dari arah Ulu Pahang.
10. 2 serangan Siam ke atas Melaka ketika Sultan Muzaffar Syah (1444-1456) bertakhta tak berjaya mengalahkan angkatan Melaka pimpinan Tun Perak. Dalam serangan kedua, Tun Umar malah dikerah Tun Perak untuk melanggar perahu Siam, menghalau Siam sebelum sempat mereka tiba di Melaka.
11. Dalam kempen perluasan Empayar Kesultanan Melayu Melaka, Bendahara Paduka Raja & angkatan Melaka dititah Sultan Mansur Syah (1456-1477) untuk menyerang Pahang yang diperintah Maharaja Dewa Sura, sepupu Raja Siam dipercayai dalam kajian itu turut menggunakan Jalan Penarikan.
12. Jalan Penarikan dipercayai terus menjadi laluan dan terusan rentas sungai yang penting dalam kempen perluasan Empayar Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Mahmud Syah (1488-1511) menyerang Kelantan dan menjadikannya sebagai wilayah penampan bagi menghadapi ancaman Siam.
13. Kajian IKSEP pada 2017 menemui kubur Siam bertarikh 1265 bersama kubur lama lain sekitar Jalan Penarikan mengesahkan laluan tersebut pernah sibuk dengan aktiviti manusia.Bahkan, ia juga mungkin dilalui Hang Tuah ketika melarikan Tun Teja dari Pahang ke Melaka.
14. Bahkan semasa Portugis melanggar Melaka (1511), Sultan Mahmud Syah dalam kajian yang sama dikatakan telah berundur ke Pahang dengan menggunakan Jalan Penarikan. Besannya dari Pahang sebelum itu menggunakan laluan sama membawa istana bergerak sebagai hadiah kepada baginda.
15. Selepas Portugis menawan kota Melaka, banyak sekali siri serangan dan cubaan menawan Melaka dari arah darat misalnya, juga dipercayai datang melalui Jalan Penarikan yang dilalui oleh angkatan Pahang dan Johor turun ke Melaka dari arah sungai dan pedalaman Melaka.
16. Jalan Penarikan dipercayai terus digunakan, malah lebih sibuk selepas Melaka bertukar tangan kepada Belanda dan ketika kemuncak konflik Perang Tiga Segi di Selat Melaka. Kesibukan Selat Melaka yang meningkatkan ancaman lanun dan risiko kapal karam dek monsun dan cuaca yang tak menentu di laut bagi pedagang-pedagang dan kapal-kapal pembesar menyebabkan Jalan Penarikan jadi pilihan yang lebih terkawal, terlindung dan bebas dari ancaman kelautan.
17. Akhirnya, ancaman pembangunan di pinggir esungai dan muara di kuala menyebabkan air sungai semakin cetek. Kapal besar tidak mampu lagi mudik ke hulu.Laluan sungai mula tenggelam dek munculnya kenderaan berenjin darat dan pembinaan rangkaian jalanraya sekitar lewat 1800an.
18. Ini menjadikan laluan rentas sungai bersejarah seperti Jalan Penarikan terus dilupakan. Pelbagai kajian dan ekspedisi menyelusuri laluan sejarah ini telah dilakukan, namun dapatannya tetap terhad, sedangkan ia pernah menjadi saksi banyak peristiwa penting ketamadunan Melayu.
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih