Varna, antara Bandar ketiga yang terbesar di Bulgaria. Tempat yang sangat strategik berhampiran dengan Bulgarian Black Sea Coast ini antara bandar yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh dunia kerana sejarah dan kemajuan yang telah tercipta di sana.
Tapi tahukah kita bahawa Varna pernah menjadi saksi kepada sebuah pertempuran epik di antara dua gergasi iaitu Empayar Turki Uthmaniyah dan juga Kesatuan Salib Eropah? Per4ng ini juga membuka laluan kepada pemerintah Turki Uthmaniyah selepas itu untuk meneruskan dakwah Islam mereka ke Konstatinopel. Maka per4ng ini menjadi titik tolak untuk sebuah peristiwa yang diingati sehingga ke hari ini.
Pada 10 November 1444 telah berlaku satu pertempuran yang dimenangkan oleh Sultan Murad II melawan kesatuan Kerajaan Eropah yang diketuai oleh John Hunyadi, Wladyslaw dan Mircea. Dalam sebuah kitab bernama Ayyamun Laa Tunsa, jumlah kaum Muslimin adalah sekadar 40 ribu sedangkan pasukan Eropah sekitar 50-60 ribu tentera.
Jadi apa yang menyebabkan pertempuran epik ini terjadi?
Bermula dari saat tertubuh Kesultanan Uthmaniyah, Kerajaan ini sudah memiliki pengaruh yang cukup kuat di Eropah Timur. Uthamniyah telah berhadapan dengan kerajaan kerjaan tua di Eropah Timur seperti Hungary, Wallachia dan Poland. Sekitar hujung kurun ke-13, Kerajaan Hungaria berhadapan dengan krisis kepimpinan dan akhirnya para bangsawan melantik raja baru dengan harapan agar pemerintahan Hungary akan lebih kuat dan dapat melawan kewujudan Turki Uthmaniyah.
Dengan keputusan sepakat, para bangsawan Hungary telah melantik Raja Wladyslaw III dari Poland yan masih muda sebagai raja baru Hungary dan mengharapkan bantuan darinya untuk mempertahankan Eropah Timur dari Turki Uthmaniyah. Raja Wladyslaw III terus menetap di Hungary dan tidak lagi kembali ke Poland.
Dalam masa yang sama, Hungary sedang dalam fasa gencatan senjata selama 10 tahun dengan Turki Uthmaniyah. Ketika itu juga Sultan Murad II menyepakati perjanjian tersebut kerana fokus dengan penyatuan negeri Kesultanan Uthmaniyah dan melakukan perjanjian bersama beberapa kabilah Turki yang juga Emirat Karaman di Anatolia. Kemudian, pada tahun 1444 M, Sultan Murad II membuat keputusan untuk turun takhta dan diganti dengan anakandanya iaitu Sultan Mehmed II atau Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ketika itu, usia Sultan Al-Fateh baru berusia 12 tahun. Pertabalan Sultan Muhammad Al-Fateh telah tersebar ke seluruh pelusuk negara termasuk negara Eropah ketika itu kerana Turki Uthmaniyah pada waktu itu adalah sebuah kuasa yang besar yang disegani kawan dan lawan. Tetapi khabar ini menggembirakan Hungary kerana seolah mendapat peluang baru untuk bangkit memberontak.
Pada mereka, Sultan Mehmed masih mentah dan ridak tahu menguruskan negara dan semestinya tiada kempen ketenteraan yang akan dipimpin olehnya. Hungary kemudian meminta bantuan Republik Venesia dan Paus Eugene IV untuk membentuk pakatan besar yang akan menghancurkan Turki Uthmaniyah dari peta dunia. Mereka tak mahu kehilangan kesempatan emas ini.
Akhirnya, mereka dapat mengumpulkan 11 kekuatan yang besar bergabung di bawah pimpinan Wladyslaw III. Semua seakan bersetuju untuk bergabung walaupun mereka tidaklah sebulu sebelum tumbuhnya Kesultanan Turki Uthmaniyah. Semuanya memiliki alasan masing masing untuk menghentikan kempen ketenteraan Uthmaniyah di Eropah Timur.
Sementara itu, Mehmed II masih belum bersedia untuk memimpin tentera yang boleh melawan gabungan pasukan Eropah. Untuk itu, beliau memerintahkan pengawalnya untuk meminta ayahnya datang lagi dan menjadi Sultan. Saat ini adalah saat yang sangat getir.
Sultan Murad II tidak lagi berada di istana sultan kerana telah berpindah ke sebuah rumah di Anatolia barat daya. Beliau mendapat surat dari anaknya yang bertulis,
“Jika engkau adalah Sultan, datang dan pimpinlah pasukanmu. Jika saya adalah Sultan, dengan ini saya memerintahkan kamu untuk datang dan memimpin pasukanku”
Sultan Murad II tahu bahawa beliau perlu kembali ke kancah pemerintahan bukan saja untuk menurut kata anakandanya tetapi demi menyelamatkan empayar Islam yang gah itu. Sekembalinya Sultan Murad II ke istana raja, beliau dilantik kembali menjadi Sultan dan berangkat bersama 40 ribu tentera Kesultanan Uthmaniyah menuju ke Eropah Timur.
Jadi bergeraklah mereka masuk dengan semangat jihad yang kuat untuk memastikan dakwah Islam terus bersinar. 2 pasukan gergasi mula menuju ke Varna, sebuah kawasan yang terletak di Bulgaria Timur. Ketika ini, pasukan Eropah sangat yakin kerana jumlah mereka yang lebih besar. Keyakinan mereka ini juga menyebabkan mereka bersedia bukan saja di darat tetapi di laut untuk menyekat selat Dardanella dan Laut Hitam.
Pasukan Eropah ketika itu berada di timur Varna yang berhampiran dengan Laut Hitam sementara pasukan Uthmaniyah berada di barat Varna. Pasukan elit Janissari bersedia di kem Uthmaniyah da nada yang diberi tugas untuk membuat parit dan diletakkan kayu tajam untuk menghalang kemaraan pasukan berkuda Eropah.
Pep3rangan pun bermula. Awal pertempuran kelihatan pasukan Uthmaniyah diasak denga begitu hebat sehingga dikatakan hampir kalah. Pasukan Eropah mula mengasak dan Wladyslaw III mula membawa beberapa orang untuk menye-rang terus Sultan Murad II tetapi terjatuh dalam parit dan tertusuk kayu tajam. Peluang ini diambil oleh salah seorng tentera Uthmaniyah bernama Kodja Hazar untuk membu-nuh Wladyslaw III.
Melihat kema-tian panglima mereka ma-ti, maka runtuh moral pasukan Eropah. Peluang ini digunakan sehabis baik oleh pasukan Uthmaniyah untuk menghabiskan saki baki tentera Eropah yang kehilangan sekitar 15 ribu orang termasuk raja dan panglima yang ditawan.
Kemenangan di Varna juga telah membuka ruang kemenangan di pertempuran Kosovo pada tahun 1448 kepada pasukan Uthmaniyah. Kemenangan itu menghalang negara negara Eropah menghantar bantuan yang penting kepada Konstantinopel ketika pengepungan Uthmaniyah ke atasnya pada tahun 1453 oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
Maka, begitulah untuk mencapai kemenangan. Bukanlah ia perlu terus kepada sasaran tetapi melemahkan apa yang menguatkan sasaran itu lebih baik dan mengurangkan kemudaratan. Strategi ini tidaklah mudah dan semestinya kerana mereka berjuang kerana agama dan bukan dunia.
Wallahu a’lam.
#NastiauUmmah
RUJUKAN:
Halecki Oscar, The Crusade of Varna, New York, 1943
Emy Azziaty Rozali, Turki Uthmaniyah: Persepsi dan Pengaruh dalam Masyarakat Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2016
Thoriq Ahmad, Ini Sejarah Kita, Pustaka Buku Putih, 1984
Battle of Varna 1444. https://youtu.be/IUlp9U2p5_c
Perhatian sebentar…
—
Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.
Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.
Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.
Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.
Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.
Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.
RM2 / RM5 / RM10 / RM50
—
Terima kasih