Tahukah anda, Rumi hidup sezaman dengan pengarang Mantiq al-Tayr, Fariduddin Attar. Malahan, mereka berdua pernah bertentang di Nishapur.

Jalaluddin Rumi mengikuti rombongan bapanya, Sultanul Ulama Bahauddin Walad dari Balkh ke tanah Parsi. Mereka singgah ke kota Nishapur yang menjadi tempat tinggal Fariduddin Attar.

Attar dan Bahauddin Walad pernah berguru dengan syeikh yang sama dalam Tarekat Kubrawiyah dan mereka berdua setaraf berpangkat timbalan syeikh. Sebaik sahaja Attar mendapat berita Sultanul Ulama datang, dia tidak berlengah untuk menemuinya.

Kasyaf wali Allah bukan sembarangan. Sewaktu Attar melihat Rumi untuk pertama kalinya, dia mengesan sesuatu. Bagaikan bara kecil yang bakal menjelma api besar. “Lihatlah samudera luas yang berjalan di belakang lautan dalam,” kata Attar tatkala melihat Rumi berjalan di belakang ayahnya Sultanul Ulama.

Boleh dikatakan Attar inilah guru tabarruk Rumi dan banyak mempengaruhi sasteranya. Daripada Attar dia menuai restu dan keberkatan. Seberkas barakah iaitu kecukupan boleh memperkayakan ilmu dan usia. Doa dari orang soleh amat diperlukan penuntut ilmu agar tidak mudah berasa lemah.

Tazkiratul Awliya’ merupakan karya terkenal Attar yang penuh hikmah. Penulisannya yang lain, Mantiq al-Tayr sering diterjemah ke bahasa asing seperti Conference of the Bird dalam bahasa Inggeris dan Musyawarah Burung dalam bahasa Melayu.

Seorang lagi sufi yang dikagumi Rumi ialah Hakim Sanai (1080–1141 Masihi), pengarang Hadiqat al-Haqiqa. Dewan puisi sufi tersebut ditulisnya buat Sultan Bahram Shah yang memerintah kerajaan Ghaznavid.

Bak kata Rumi, “Attar ialah semangat manakala Sanai ialah dua matanya. Kita sampai di kerajaan hakikat selepas Attar dan Sanai. Kita mengekori mereka.”

Sewaktu detik perpisahan, Attar mewasiatkan Bahauddin Walad sepotong pesanan, “Sesungguhnya kelak, anakmu ini akan menyalakan api cinta yang menjulang tinggi dalam dada kekasih-kekasih Allah.”

Dalam pertemuan sebentar itu, Attar menghadiahkan Rumi buku Asrarname yang mengandungi nasihat jiwa dan puisi rohani. Kertas di zaman itu harganya mahal dan tidak mudah pula didapati. Jadi pemberian sebegini amat dihargai. Rumi memasukkan cerita daripada antologi Attar ke dalam bait Mathnawi.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz

Terokai alam cinta yang mengasyikkan dari puisi-puisi Rumi! Banyak lagi fakta menarik dalam buku terbaru kami, RUMI FILSUF CINTA ANATOLIA. Diskaun istimewa untuk pembeli-pembeli terawal! Klik: https://shp.ee/e6n9puy


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Leave A Reply