Menjelang 1960, Tentera Udara Diraja British (RAF) terlibat dalam merangka tempat sasaran nuklear untuk SEATO dan juga buat rancangan untuk memindahkan 48 senjata nuklear “Red Beard” ke Pangkalan Tengah, Singapura pada tahun 1962.

 

Tiga skuadron V-Bombers (pesawat Valiant, Vulcan & Victor) yang mampu menjatuhkan senjata Red Beard juga akan berpangkalan di Tengah.

 

Menteri Pertahanan UK Duncan Sandys seolah-olah umumkan bahawa senjata nuklear akan disimpan di Tanah Melayu dan Singapura pada sidang media di Australia. Julai 1961, Lord Selkirk, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Singapura, nasihatkan bahawa ia akan menjadi perkara sensitif dari segi politik.

 

Namun begitu, Perdana Menteri UK Harold Macmillan beri kuasa kepada RAF untuk kerahkan kedua-dua senjata nuklear real dan fake ke Tengah pada 17 Ogos 1962. Senjata hidup disimpan di kawasan simpanan khas mereka. Pada November 1962, kebenaran diberi untuk berlatih dengan senjata tiruan di tempat terbuka.

 

Selepas US, British merupakan negara lain yang telah membangunkan senjata nuklearnya sendiri. British ambil langkah berjaga-jaga ni jika berperang dengan China semasa berlangsungnya Perang Dingin.

 

British juga cuba dapatkan pengaruh terhadap dasar nuklear AS di rantau Asia Tenggara melalui SEATO.

 

Menteri-menteri Macmillan dah yakinkan Macmillan tetapi Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman tak setuju dengan hal ni walaupun beliau seorang yang pro-British.

 

Keadaan bertambah buruk apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963. Presiden Indonesia, Sukarno menggelarkan Malaysia sebagai neo-kolonialisme & negara boneka British.

 

1963 juga menyaksikan penggunaan Handley Page Victor Bombers ke Singapura sebagai penghalang Indonesia pada permulaan konfrontasi Indonesia.

 

Empat hingga lapan pesawat Vulcan British dihantar ke Tengah, Singapura dan RAAF Butterworth, Malaya antara tahun 1963 dan 1966 semasa konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

 

Pesawat ni akan ditugaskan sekiranya konfrontasi jadi sangat tak terkawal. British bercadang untuk mengebom lapangan terbang Indonesia. Bom nuklear hanya akan digunakan sebagai pilihan terakhir.

 

Kita bertuah kerana pilihan nuklear tak pernah digunakan kerana konfrontasi berakhir secara tiba-tiba.

 

Pada 30 September 1965 (G30S) telah berlakunya satu rampasan kuasa tentera yang secara tak langsung membawa kepada penamatan konfrontasi apabila Jeneral Suharto menggunakan kejadian G30S untuk memaksa Sukarno keluar.

 

Kerajaan British putuskan tak ada apa-apa lagi ancaman daripada Indonesia yang membolehkan British menggunakan RAAF Pangkalan Darwin, Australia sebagai pusat operasi mereka.Tetapi tak ada bukti 48 bom nuklear di Singapura dipindahkan ke Darwin.

 

Semasa konfrontasi berlangsung, satu serbuan oleh 2 pesawat pengebom Victor yang berlaku menentang Indonesia. Sepanjang tahun 1960-an, V-Bombers selalunya hanya digunakan sebagai latihan senjata nuklear SEATO.

 

___

 

Cita-cita besar Sukarno menubuhkan Indonesia Raya tak berhasil setelah wujudnya Malaysia?

 

Persoalan ni ada jawapannya di dalam siri DUNIA TANPA TEMBOK.

 

Buku ni dah ada trilogi untuk korang layan dan tahu apa konflik yang dah berlaku di seluruh dunia ni. Dapatkannya sekarang!

 

DTT: shope.ee/5V6BFhsNqi

DTT II: shope.ee/509ueoOgIc

DTT III: shope.ee/6pbYqChURS


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Penggemar sejarah dan budaya. Kini, mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia Tenggara Universiti Malaya dan graduan Diploma Sejarah dan Tamadun Islam UniSZA. Bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Arkeologi kerana terpengaruh dengan filem Indiana Jones walaupun tahu arkeologi sebenar tak seperti itu.

Leave A Reply